
Pada awal isu penyalahgunaan dana NFC ini didedahkan oleh Rafizi dan diikuti serangan dari Blogger Pro PR, pencacai-pencacai UMNO ini adalah satu fitnah dan ada pula yang mengatakan isu ini sengaja dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat untuk melemahkan Wanita UMNO.
Biarpun apa yang didedahkan lengkap dengan data dan dokumen untuk menyokong pendedahan ini mereka masih tidak mahu percaya.
Semalam Shahrizat dilaporkan telah bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan siasatan dilakukan dan hari ini Najib pula membekukan segala harta milik NFC.
Masihkah diragui akan penyelewengan dana yang dilakukan oleh keluarga Ketua Wanita UMNO ini??
PM: Aset NFC dibeku hingga siasatan selesai
PARIT BUNTAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dibekukan sehingga siasatan pihak berkuasa berhubung kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging itu selesai.
Sehubungan itu, kata beliau, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar akan mengkaji penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu NFC dan keputusan Ketua Wanita Umno itu bercuti adalah "keputusan terbaik."
"Ya, saya sudah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan (pergi) bercuti adalah keputusan terbaik untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan yang rapi," katanya lagi.
"Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu NFC.
Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.
Projek itu yang mendapat dana RM250 juta daripada kerajaan diuruskan oleh keluarga Shahrizat dengan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan pengerusi eksekutifnya.
Semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, pihaknya konsisten mahu kepimpinan Najib membekukan segala operasi dan aset NFC.
Sehubungan itu tegas Rafizi, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu mengambil tindakan itu dan ia menjadi keutamaan demi kepentingan rakyat berbanding keputusan Shahrizat mengambil cuti tiga minggu.
"Bagi saya, sebagaimana kami telah katakan dari dahulu lagi, kami konsisten dengan pendirian bahawa kerajaan harus membekukan aset NFC sementera siasatan dijalankan, harus menghentikan operasi NFC dan menghentikan sebarang bentuk bayaran dan menghalang
NFC daripada membuat sebarang keputusan-keputusan penting.
"Soal Datuk Seri Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan siastaan dijalankan, ia adalah perkara kedua, bukan keputusan signfikan," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Kata beliau, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan membekukan dana yang disalurkan sebab ia membabitkan wang rakyat dan kepentingan nasional.
Kelmarin, Shahrizat mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai hari ini daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ketua Wanita Umno itu berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri.
Dalam kenyataannya Shahrizat berkata: "Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya
Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif."
NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.
Ekoran laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana RM250 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC.
Beberapa pemimpin PKR turut meminta Shahrizat memikul tanggungjawab selaku anggota Kabinet dan melepaskan jawatannya.
Sinar Harian
kote mohamad salleh pun kena beku ke?
ReplyDeletekah...kah...kah..
Patut di bekukan lagi dulu lagi ....Rakyat dah bising2 baru nak beku.....
ReplyDeleteWang Rakyat .......
ReplyDeleteKalau d beri kepada 25 sykt. penternakan sediadapun dah berhasil & montel montel mcm Kak Mah tuuu.
Sepatutnya kalau betul2 nak mengurangkan import daging ...kerajaan patut kumpulkan penternak2 lembu yg sediaada ..di bawah satu koperasi dan suntik dana dan saham2 diberi mengikut kadar masing2 kpd perternak ...outlet utk marketing pun patut di aturkan ...baru suntik dana kpd mrk.....
ReplyDelete..bukan di berikan kpd family bussines yg tak tau ternak lembu dan ada kaitan dgn member Umnoo lagi ..dgn duit sebyk itu jolly sakan lah mereka ...jaga lembu pakai mercedes mewah , lembu dok condo mewah ...holiday lagi ....dari awal lagi tujuan tu tak betul....kalau Audit Ng tak
dedahkan mungkin sampai hari ini senyap je ...Duit habis kata busines rugi tak payah byr , mungkin minta tambah lagi..
akhir kata....takde kes. hahaha...lu gila ke najib nak korbankan toke lembu nih kecuali ada 'deal'. Di telan mati pucuk, di luah mati katak. hahaha. Apa kata barisan pimpinan wanita umno yg tu ari bkn main lagi bertepuk tangan menyokong anak mami nih...senyap je. Dah ada yg melobi ke ....hahaha...
ReplyDeletekenapa nak beku aset? NFC dah kosong, takde aset lagi dah.. semua dah tukarmilik jadi hak peribody kak jilat.. rakyat jadi peniaga buluh kasap, dpt hujung pangkal lesapppp.
ReplyDeleteMaka pergilah Kak Ijat bercuti untuk habiskan duit2 NFC yang masih ada. Yang pasti bukan lagi dalam akaun NFC.
ReplyDeleteAku tuntut semua wang rakyat yang telah digunakan dipulangkan semula kepada rakyat!!
apa kuasa PM beku harta NFC? Bukan SPRM yg sepatutnya bekukan harta org yg disiasat melalui mahkamah dan akta SPRM yg sedia ada. Bgaimna pulak jika keluarga Najib yg teribat? Siapa yg akan bekukan harta keluarga Najib?
ReplyDeleteMcmana pun lembu yg beberapa ekur tu kan jd beku.. daging lembu boleh beku.
mula dr bgaimana keluarga shahrizat diberi pinjaman ... kalau ada org yg terlibat harta oeg tu pun dibeku.
cantik pic lu bro...
ReplyDeletebetina jambul di depan ni meme patut berundur lama dah...
aku meluat sebab sembang macam biawak tapi aurat di dedah...
yg salah tetap salah...
jgn dibekukan nfc saja tapi bekukan kesemua harta anak mami nie jugak...
pejuang hamas...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!