
Pihak KEADILAN boleh mengesahkan melalui maklumat yang diperolehi setakat ini bahawa wang RM1.755 juta itu dibayar oleh Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail bagi tujuan merasuah pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM untuk mempengaruhi siasatan ke atas NFC. Wang tersebut dibayar melalui cek oleh Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail.
PETALING JAYA 4 Dis : Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa cuba merasuah pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.
Mohamad Salleh, yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, merupakan individu penting yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan dana NFC berjumlah RM250 juta.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, merujuk tindakan pihak berkuasa mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail, 30 Disember lalu atas tuduhan menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.755 juta.
Bagaimanapun wang berkenaan, kata Rafizi, digunakan Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM untuk mempengaruhi siasatan ke atas NFC.
“Tugasan Shamsubahrin Ismail adalah menjadi orang tengah yang menyampaikan wang tersebut kepada pegawai tersebut,” kata Rafizi.
Merujuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kata Rafizi,undang-undang jelas menunjukkan Salleh melalui Shamsulbahrin telah cuba merasuah pegawai penyiasat SPRM.
“Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:
“Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.
“Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan,” katanya dalam sidang media hari ini - Keadilandaily
************************************************
KEADILAN Desak SPRM Dakwa Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC Kerana Cubaan Merasuah.
Saya merujuk kepada tindakan pihak berkuasa mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail pada 30 Disember lalu atas tuduhan menipu Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail sejumlah RM1.755 juta.
Pihak KEADILAN boleh mengesahkan melalui maklumat yang diperolehi setakat ini bahawa wang RM1.755 juta itu dibayar oleh Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail bagi tujuan merasuah pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM untuk mempengaruhi siasatan ke atas NFC. Wang tersebut dibayar melalui cek oleh Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail.
Tugasan Datuk Shamsubahrin Ismail adalah menjadi orang tengah yang menyampaikan wang tersebut kepada pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM.
Merujuk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Bahagian IV Perkara 16 dan 17, kesalahan rasuah berlaku apabila:
“Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain:
(a) Secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b) Secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain;
apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi; atau selainnya oleh sebab:
(A) Mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi; sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau
(B) Mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi; sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat”
Undang-undang SPRM secara jelas menunjukkan dalam kes ini, Dato’ Seri Salleh Ismail MELALUI Datuk Shamsubahrin Ismail telah cuba merasuah pegawai penyiasat SPRM dan PDRM di dalam kes NFC berdasarkan perkara-perkara berikut:
1) Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta
2) Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail bersetuju dengan cadangan Datuk Shamsubahrin Ismail untuk memujuk pegawai-pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan
Saya merasa kesal kerana pihak berkuasa masih terus mahu melindungi Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarga menteri kanan walaupun secara jelas beliau terbabit dalam cubaan rasuah untuk menutup penyelewengan yang lebih besar di dalam NFC. Sebaliknya, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas tuduhan cuba menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM.
Tindakan Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail mengambil jalan cuba merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM juga menggambarkan bahawa prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar. Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cuba membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan yang ringan dan boleh dilakukan denghttp://www.blogger.com/img/blank.gifan sewenang-wenangnya.
Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak SPRM supaya dengan segera memulakan siasatan ke atas Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan pengurusan NFC atas cubaan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM bagi tujuan mempengaruhi siasatan ke atas skandal NFC.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
4 JANUARI 2012
Rafiziramli.Com
Jauh bebenor bezanya Mohd Rafizi Ramli ni dengan sorang yang apa name? Shamsul whats his name yang jadi ketua AMK tu.
ReplyDeletemesti lps ni peguambela x bertauliah family shahrizat -ezam, GAP, JMM menyangkal sekuat2nya dakwaan ini. sdgkan ada pemimpin2 UMNO sendiri menuntut shahrizat letak jawatan, geng2 ni lak kuat mempertahankan shahrizat. kta nk perangi rasuah, kononnya (MEMINJAM PERKATAAN YG SLALU DIGUNA BULETIN TV3 1/4 & UTUSANPORNO)
ReplyDeleteadakah akta SPRM yg di nyatakan rencana ini ataupun yg berkaitan TERPAKAI juga untuk keluarga menteri atau ADA PENGECUALIAN!
rakyat bukan buta lagi. skrg maklumat x mengenal sempadan. khalayak antara kita sinis membaca kes orang biasa dijatuhkan hukuman berat atas kesalahan pecah amanah, rasuah & jenayah2 lain sdgkan pada masa yg sama golongan VVIP, VIP, yg berpengaruh menerima hukuman cuma sekelumit sahaja sdgkan mereka sapu lagi besar.
* apa skrip drama ni selepas ini, adakah datuk samsulbahrin akan menjadi hidangan kambing hitam utk tatapan rakyat malaysia?
Salam Yong.. ha..ha..ha.. maleh teman nak komen..
ReplyDeleteDah ada bukti kukuh , kalau SPRm nak pusing tak tau lah........dalam kes Anwar DNA pun curi2 di penjara ....
ReplyDeleterileks kak jat kita bleh settlekan hal nie... perkara kecik je nie.. ahaks..
ReplyDeleteanony 5.21 tu menyamar rakab...
ReplyDeletekhaak tuuih !
Kat Msia ni semua bole selesai asalkan ada duit.
ReplyDeleteMalaysia Boleh. Hidup UMNO.
yes... hidup UMNON*K...
ReplyDeleteHaaarrrrgggghhhhh tui...
ehh mana panglima khairy negro? tak menyalak dah ke...kahkahkah...bila nk debat? kahkahkahak tui tui tui...
ReplyDeletepanglima khairy tgh bz merempit merogol kot. folo anak2 buah la tu. cet tuihh
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!