PANAS!! 1000 Hektar Tanah Melayu di Perak dijual kepada negara asing.


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang…

Itu adalah sebahagian dari lirik lagu yang digunakan oleh jentera-jentera UMNO untuk membakar semangat peserta-peserta di Biro Tata Negara..


Malangnya biarpun ianya boleh dikatakan dihafal oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO namun ianya sekadar meniti dibibir mereka sahaja..

Begitulah apa yang telah terjadi kepada 1000 hektar hutan simpan di Teluk Rubiah bersebelahan Teluk Batik, Lumut, Perak.. dulunya ia milik kita kini bumi yang dipijak itu telah menjadi milik orang.

Ini kerana ianya dikatakan telah dijual oleh pentadbiran Zambry kepada syarikat dari negara asing iaitu Vale dari Brazil.


Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.



Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan kelihatan seperti bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia.

Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil.

Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Bagaimana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?


Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite.



Bagaimana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?



Petikan dr komen NGO terhadap Jeti VALE Brazil di Teluk Rubiah: “Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.

"Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut,” blog tersebut memberikan amaran.

“Mengapa kerajaan Perak begitu baik kepada Vale?” soalnya, sambil bertanya apakah projek ini menguntungkan rakyat Perak atau sekadar memenuhi objektif syarikat asing yang mempunyai duit.

“Sebab kontrak untuk membina fasiliti Vale kebanyakkannya diberikan kepada warga asing, di mana hanya sebahagian kecil sahaja jatuh ke tangan syarikat Malaysia. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group,” katanya lagi - sila baca di SINI

Jelas kepada kita kini.. demi mengejar kepentingan mereka pemimpin-pemimpin UMNO rela menjual tanah milik negara kepada bangsa dari negara asing tanpa mempedulikan keselamatan negara..


Artikel diatas telah diolah semula dari karya asal MSK @ Malaysia Times
Gambar-gambar telah disediakan oleh Otai Manjung

32 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Oh my God ..what is happening in Perak . It's a shame !

    ReplyDelete
  2. baik mati je zambry tu...aku dok ipoh pun tau pasal tanah2 yang dibuat oleh zambry nih.jual tanah sana sini....

    ReplyDelete
  3. Tiada siapa ke nak bongkar perkara ini macam kisah lembu tu.

    ReplyDelete
  4. Ada kawan dari t.intan mendakwa tanah yang ditanam k.sawit dimusnahkan guna jantolak mereka melapurkan pada polis.polis pula buat ta tau lalu orang kg.marah dan membakar jantolak tersebuat,orang kg.ditangkap polis mereka betul marah pada umno.

    ReplyDelete
  5. kalau perak pun boleh dirampas apatah lagi setakat pindah milik tanah seribu ekar, bila gaji sudah tidak bersih ibarat alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan... kita lihatlah nanti Nasib Zambray dan Najib... rupanya inilah yang di meetingkan dalam bas mewah sebelum jumpa rakyat??, zambray nie nampak sangat macam khir toyo, zambray nie nampak sangat harap Najib sahaja 100%, berdasarkan latar belakang memang tidak boleh berdiri sendiri....

    ReplyDelete
  6. Ini kerja khianat pemimpin umno terhadap orang melayu. Di Penang dah banyak sgt cerita macam ni. Tuan tanah yg jadi orang kuat umno jual tanah kat cina...bila dah dpt duit jutaan ringgit...last2 buat fitnah konon DAP halau melayu..buat fitnah konon tanah terjual tu milik MAIPP. Begitu lah pemimpin UMporNO, kalau dengan duit ringgit,jadi kelabu mata depa. Lagi cepat umno mampos lagi bagus bagi orang melayu. Tapi masih ada melayu haprak macam si rakab yg tak insaf2 juga yg selama ini orang melayu di tipu pemimpin rakus umporno!!!

    ReplyDelete
  7. Bila Pakatan ambil alih, UMNO akan tuduh Pakatan yg halau nelayan. Mrk termasuk ahli baru Hasan Ali, akan berjuang utk nelayan kononnya. Nelayan yg bising tu pun bukan nelayan jati dr Lumut.

    Skg ini kjaan Perak ialah kjaan tak sah sb tu mrk tak rasa bertgg jwb pd rakyat dan negeri Perak.

    Puas hati lah 3 ekur katak yg melompat dulu tu.. Ini semua berpunca dr mrk.

    ReplyDelete
  8. Bila Pakatan ambil alih, UMNO akan tuduh Pakatan yg halau nelayan. Mrk termasuk ahli baru Hasan Ali, akan berjuang utk nelayan kononnya. Nelayan yg bising tu pun bukan nelayan jati dr Lumut.

    Skg ini kjaan Perak ialah kjaan tak sah sb tu mrk tak rasa bertgg jwb pd rakyat dan negeri Perak.

    Puas hati lah 3 ekur katak yg melompat dulu tu.. Ini semua berpunca dr mrk.

    UMNO PENGKHIANAT !

    ReplyDelete
  9. Masuk laa dlm akhbar2 Paktan supaya org kampung semua tahu..."orang kampung semua daah tahuuuu"

    ReplyDelete
  10. pasti ada link dengan putrajaya ni. ya lah, boleh ke hentikan penjualan ini? kanun tanah negara kata apa? tanah rizab melayu tak leh jual. kena tukar status dulu. tentu bincang dalam dun. adun pr buat apa? ghimas laa

    ReplyDelete
  11. Ini kerja mamak hitam metallic...
    Kita ada mamakkuty, perompak negara..
    DiPinang, ada mamak tahi...makan tahi...
    macam mamak yg kononnya Melayu...

    ReplyDelete
  12. ITULAH HAKIKAT YANG ORG PERAK KENA TERIMA TELAJAK PERAHU BOLEH PATAH BALIK TERLAJAK PERBUATAN PADAHNYA RAKYAT PERAK TERIMALAH . HANCUR UMNOGOK LAKNATULLAH . HAKKKKKKK TUIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

    ReplyDelete
  13. Penderhaka sebenar !

    ReplyDelete
  14. semua mangkuk...
    nanti jadi macam Palestin baru nyesal tak sudah...
    barulah nak keluar fatwa kata tanah tak boleh jual kat warga asing hukum haram...
    semua tak belajar dari pengalaman...
    tak belajar dari sejarah Palestin...
    Palestin jatuh sebab warganegara tamak bila orang Yahudi mahu beli tanah dengan harga yang tinggi...
    last2...kata tanah kena ceroboh...
    padahal warganegara sendiri yang jual...

    ReplyDelete
  15. Jual kepada company dari Brazil? No wonder org Perak panggil Zamry PELE PANGKOR..inilah pejuang melayu sebenar diagung2kan oleh pecacai. Tgk sekor pun tak dk dtg komen. Tp klu bab fitnah liwat, seks, mcm2 nama dtg komen. Inikah org yg ada pendirian?. Sapa yang rugi dan sapa pula yang paling untung? Sekali lagi UMNO memperbodohkan rakyat macam lembu sharizat.Period.

    ReplyDelete
  16. hahahahahahahahahahaha....adakah pencacai UMNO ni faham apa yang sebenar nya terjadi???????

    TANAH DIPIJAK MENJADI HAK ORANG.....SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA AJK UMNO BAHAGIAN LUMUT YANG TELAH BERJAYA 'MEMPERTAHANKAN' KEDAULATAN TANAH AYOR...........HEHEHEHEHEHE

    ReplyDelete
  17. inilah perancangan mereka sehingga sanggup bayar juta2 pada katak untok nak ambil aleh kuasa padan muka orang melayu, dah lebeh lima puluh tahun kena kencing dengan anjing UMNO maseh tak sedar2cukuplah pulau pinang sebagai cuntuh untok orang melayu yg tergedik2nak kan pembangunan berfikir yg pembangunan itu ahirnya akan meminggirkan mereka ditanah air tumpah darah mereka sendiri kini semuanya dimiliki oleh orang2 asing.

    ReplyDelete
  18. DIMANAKAH PANGLIMA-PANGLIMA LUDAH? BILA NAK BERARAK DAN BERTEMPUR DI PERAK, TANAH MELAYU MAKIN DIKIKIS OLEH BANGSA ASING ATAU TENGAH BERTAPA DI BUKIT BINTANG DENGAN BETINA-BETINA SUNDAL?

    TU BARU SEBAHAGIAN JE YANG HILANG, YANG BERPULUH RIBU HEKTAR TANAH REZAB MELAYU HILANG TANPA GANTI SELAMA umNO MEMERINTAH MEMANG TAKKAN DAPAT GANTI.

    APA KITA NAK JAWAP PADA ANAK CUCU KITA KELAK? NAK SALAHKAN umNO? WAKTU TU umNO MUNGKIN DAH TINGGAL SEJARAH. NAK LUKU/LUDAH PENCACAI-PENCACAI umNO? WAKTU TU PENCACAI-PENCACAI MUNGKIN DAH MAMPUS DAH?

    KALAU ANAK-ANAK CUCU KITA KENCING ATAS KUBUR PEMIMPIN umNO PUN NANTI KITA TAK BOLEH NAK BUAT DAH. SEGALANYA DAH MELEPAS AKIBAT KEBODOHAN/KETAMAKAN/KEBANGSATAN PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN PENCACAI-PENCACAI umNO.


    -wakleman

    ReplyDelete
  19. jahat sungguh mat-mat hitam ni...

    ReplyDelete
  20. Hoi orang orang melayu. Dengar sini baik baik. Tanah kamu semua baik pun tanah adat, tanah wakaf, tanah rizab melayu semuanya milik UMNO.

    Melayu sememangnya tiada tanah. Tiada simpanan, Tiada maruah. Hanya ada sehelai kain pelikat. Itulah maruah orang melayu.

    Hidup UMNO. Mampus Rakyat.

    ReplyDelete
  21. Lama2 habis tanah di Msia di jual kpd org asing .....olih pencacai Umnooooo. Tolong lah jgn lah buat kerja begini ...Apa lah nak jadi .. Di Johor ramai juga org Singapore beli rumah di sana ..Lama2 bumi Msia yg kita pijak di miliki oleh org asing .....dah skrg ramai sgt pendatang asing dari. Indon , Bangla , filipines , Nepal dll bila dah tak ada wang , rompak je kerja mrk..Mat hitam di university swasta pun berlambak ....Rimas betul di buatnya

    ReplyDelete
  22. Govt should look into these matters seriously.....if u can' t do it ....let PR takes over...

    ReplyDelete
  23. berat lg kes ini dr kes shahrizat.

    Lega lah famili shahrizat kalau kes ni meletup !

    pencacai peduli apa tanah tergadai sb dia org kan sibuk nak pertahankan boleh guna duit zakat oleh menteri.

    ReplyDelete
  24. sedihnya....dah jadi kawasan autonomi org asing....rasa cam zaman penjajah plak....

    ReplyDelete
  25. Because of UMNO:

    1. Tanah Melayu -> GONE!!! (Kena jual as per article & also Iskandar Johor)

    2. Bahasa Melayu -> GONE!!! (Now became a rojak language called Bahasa Malaysia)

    3. Orang Melayu -> ALMOST GONE!!! (Especially in UMNO because too many "Melayu Jadian" like Zambry, Mahathir etc. supposedly from MIC joined UMNO)

    * ada lagi point???

    ReplyDelete
  26. mana rakab bangang,komen la

    ReplyDelete
  27. Nanti ada pulak berita kapal selam najib berlanggar ngan tongkang bijih besi..kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  28. Sila pantai tanag di Mukim Teja Daerah Kampar; masalah Tanah Rizab Melayu juga amat kritikal sampaikan ada ada tanah pusaka kami jatuh ke tangan orang luar... PATI yang kini memegang IC merah atau PR...

    Perkara ini kami sedari berlaku sekitar 15 tahun lalu di mana Pejabat Tanah menggunakan akta tanah yang dipinda tanpa memihak tuan empunya tanah...

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. dan mengambil tanah dgn harga yg sangat murah untuk laluan kepulau tersebut.

    ReplyDelete
  31. Yang asasnya memang melayu malaysia sangat bodoh mudah dipermainkan olih sibangsat dan penghinat terdiri dari umno bn yahudi,sedar le berubah le buang umno bn kita pakat undi pakatan rakyat ye pasti berbaloi.

    ReplyDelete
  32. KENAPA JD MCM NI... :(
    X SANGGUP NK BAYANGKN APE AKN JD PD ORG MELAYU. KENAPA MASIH ADE LG ORG2 MELAYU YG TEGAR SOKONG UMNO... MEREKA BUTA KE!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post