Pembebasan Anwar menjadi nadi kekuatan untuk polisi Pakatan


ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) memperoleh publisiti yang meluas ekoran pembebasan Anwar Ibrahim Isnin lalu dan menyasarkan untuk menjadi kunci kemenangan kumpulan pengundi ketika Konvensyen Nasional di sini hari ini.


Perikatan yang menguasai empat negeri ketika pilihan raya 2008 berkumpul di sini untuk persiapan terakhir mereka menjelang pilihan raya yang dijangka tahun ini.

“Kita mesti cepat mengambil kesempatan di atas momentum tersebut (yang diterima daripada pembebasan) dan membina kepercayaan terhadap parti,” demikian menurut Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider.

“Kami berharap akan mendapat peluang dalam media arus perdana dan media baru,” katanya.

Pakatan pembangkang berkenaan memfokus kepada empat perkara pokok iaitu, perkhidmatan awam, Felda, monopoli dan ekonomi termasuk hubungan antara kerajaan pusat dan negeri -pada konvensyen ketiga mereka di sini esok.

Difahamkan PR berharap untuk menarik pengundi Melayu, kakitangan awam, golongan pekerja, dan Malaysia Timur, blok pengundi besar untuk menguasai Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, isu berkenaan telah di bawa oleh manifesto Buku Jingga sebelum ini, dan PR menggunakan konvensyen berkenaan untuk penjelasan lebih lanjut terhadap sesetengah polisi.

“Kami akan mengenal pasti lebih lanjut mekanisme untuk melaksanakan polisi berkenaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Konvensyen pertama, kami membentangkan prinsip utama. Konvensyen yang kedua, kami melihat pelan perancangan, dan kami akan menyelak semula pada konvensyen ketiga ini.”

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, PKR berharap agar pengisian polisi ini dapat meyakinkan pengundi bahawa “Pakatan serius untuk membentuk kerajaan.”

Dzulkefly menambah, adalah menjadi satu keutamaan untuk memperkemaskan empat polisi terbabit supaya masyarakat sedar dan tidak diselubungi “kesalahfahaman dan tersalah anggap.”

“Kami tidak menguasai media arus perdana, jadi sekiranya kami tidak membangkitkan perkara ini, rakyat tidak akan dapat pemahaman yang lanjut,” tambahnya.

Ahli Parlimen Kuala Lumpur turut mengutarakan cadangan agar wakil bukan politik dibenarkan untuk berucap dalam konvensyen tersebut.

Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong hari ini berkata perkara ini adalah demi menunjukkan keoada pengundi bahawa PKR bukan sekadar mensasarkan menawan Putrajaya, malah turut berusaha untuk memuaskan aspirasi rakyat.

“Ini bukan sekadar perkara berkaitan parti sahaja, tetapi pendemokrasian dan institusi nasional yang lebih baik,” desaknya.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Seluruhan Rakyat (kecuali beberapa ahli UMNO) yg tlh merasai kemanisan kemenangan semasa pembebasan Anwar setelah mengharungi pelbagai detik detik yg tdak menentu.

    Rasa kemanisan ini akan kekal dlm perasaan mrk dan sudah pasti rakyat ingin merasakan sekali lg kemenangan tsbt dgn lebih besar erti nya.

    Rakyat akan bertanya bgaimanakah perasaan aku sekiranya Pakatan menang besar dan Anwar menjadi PM?

    Krn ingin tahu yg mengunung maka setiap rakyat akan memberi undi kpd Pakatan.

    ReplyDelete
  2. Hari-hari lauk ayam.....cuba-cubalah pulak lauk daging lembu...mesti ada perbezaannya.

    ReplyDelete
  3. Setiap undi kita menentukan halatuju negara di masa depan. Kenapa kita disembur water canon, dibelasah FRU dan pedih mata kena tear gas? Kerana kita berjuang demi masa depan anak cucu kita supaya tidak lagi diperlekehkan keintelektualan mereka dan ditipu oleh penyangak2 UMNO.

    Ayuh gerakkan strategi ke Putrajaya... demi masa depan negara!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post