
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti dan pemecatan tersebut juga tidak memberikan kesan yang membimbangkan kepada parti Islam terbabit.
Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuku menjelaskan, pihaknya telah menjalankan tinjauan untuk menilai kesan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali ke atas pengundi-pengundi Melayu.
Tinjauan tersebut telah menggunakan dua kaedah iaitu: pertama, dengan menilai komen-komen pembaca terhadap isu pemecatan ini sebagaimana yang dipaparkan oleh media-media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube dan keduanya, dengan melakukan wawancara terhadap responden-responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen seluruh Negara.
"Berdasarkan tinjauan berkenaan, kami mendapati 85 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysiakini dan 67 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan. Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya tidak pasti.
"Tinjauan juga dibuat terhadap penonton klip Youtube berkaitan dengan pengumuman Presiden PAS mengenai pemecatan Dr Hasan Ali seperti yang diterbitkan oleh TVPAS. Daripada 67,796 penonton, 273 penonton memberi maklumbalas sama ada like atau dislike yang boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak. 80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan ‘like’ yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan.
"Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca-pembaca dan penonton-penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Zuhdi turut menjelaskan, pihaknya turut menjalankan tinjauan melalui kaedah wawancara terhadap 24 Yang Dipertua PAS kawasan, dengan anggapan pandangan mereka mewakili pandangan golongan pakar disebabkan keterlibatan mereka secara langsung dengan masyarakat akar umbi di samping pengalaman mereka yang luas dalam kegiatan politik.
Berdasarkan tiinjauan tersebut jelas Zuhdi, dapat disimpulkan bahawa bagi ahli-ahli PAS, pemecatan Dr Hasan Ali tidak langsung menimbulkan reaksi negatif.
Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi-pengundi Melayu, Sembilan Yang Dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan.
"Berdasarkan hasil wawancara tersebut, boleh disimpulkan penerimaan masyarakat Melayu di kalangan bukan penyokong parti terhadap pemecatan tersebut adalah terpecah dua iaitu 50 – 50," katanya lagi.
Berdasarkan kedua-dua tinjauan, penilaian terhadap komen-komen pembaca media baru dan wawancara yang dijalankan, kesan negatif dari pemecatan Dr Hasan Ali di kalangan masyarakat Melayu khususnya adalah sangat minima.
"Dengan mengambil kira julat sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu dan pilihanraya-pilihanraya kecil selepasnya, iaitu antara 45 peratus hingga 55 peratus, kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali dilihat masih dalam lingkungan julat tersebut.
"Malah sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca-pembaca akhbar alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider, kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," tambahnya lagi.
The Malaysian Insider
Kalau Dr. Zuhdi Marzuku cakap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PAS tu memberi kesan negatif memang sah Dr. ni kena LUKU dengan PAraSit dlm PAS.
ReplyDeleteMemanglah pemecatan tu tak memberi kesan pada PAS tapi hujah dan pengucapan Hasan Ali tu yang memberi kesan.
Hasan Ali telah menyedarkan ramai penyokong Parti Adat Sukan ni tentang perjuangan mereka yang telah lari matlamat asal penubuhan PAS.
Lari akibat ditarik hidung oleh DAP .
Lari akibat dihambat oleh PKR .
Maka jadilah PAS sebagai Parti yang memperjuangkat Adat Resam Melayu dan Sukan.
Hasan akidah ni parasit, kalau buang kutu atas kepala memang tak rugi pun, tak la gatal kepala tu sangat. Sapa kata PAS diperkudakan DAP? cuba tanya Chua Soi Lek, dia akan kata kalau undi DAP akan memberi kuasa yang lebih kepada PAS..ngee! Apa yang diucap oleh Hasan akidah umpama air liur umno, berbelit atas semangat kebangsaan..
ReplyDeleteMusuh dalam selimut.....Buang cepat2 lagi bagus
ReplyDeletemuka musibat ni lagi....
ReplyDeletesipenipu....
saudagar ugama...
Ular dalam semak ada dalam komentar ni iaitu PENGANUT PAS!! heeeeee
ReplyDeleteHujah dan ucapan Hasan mcm org yg hilang iman. Ini lah satu pemimpin Islam yg buat dan bercakap tak ikut dasar parti. Dah tak terpilih mula buat bukan bukan.
ReplyDeleteBertahun tahun sejak arwah ustad fadzil lg PAS tlh menentang fitnah. Dia pulak yg mandai mandai kata jgn sibuk psl anwar yg cuma sorang. Parti kerah hadir mahkamah, dia pulak kata buang masa.
kalau benar lah hujah dan ucapan hasan berkesan, berapa ramai ahli PAS yg hadir ceramah dia? PAS pernah bg pentas kpd anwar termasuk mahathir, kenapa UMNO tak leh bg Hasan guna pentas politik utk berjuang?
sebenarnya selepas hasan dihambat.. hubungan pakatan kembali bertaut.. mcm akar membelit pokok besar! Dedaun pokok tsbt mula menguning dan gugur satu demi satu.. beberapa dahan dah kering...
Diatas pokok tsbt pucuk plg tinggi ada 3-4 bendera UMNO dan 2 bendera BN...
Hassan penakut...Hasan penakut tak mcm Abg Ajis...UMNO tension krn Hassan dipecat oleh Pas. Tak dptlah UMNO kudakan Hassan utk buruk2kan Pas dari dlm parti. Bila Hassan dh dipecat dari Pas.....buat la roadshow mcmana pun...hanya ahli bawahan UMNO yg sdia afa bangang jer akan percaya ckp Hassan. Jgn dilayan Hassan...ini hal peribadi Hassan. Rasakan...dulu kata hal Peribadi Anwar...jgn diheret rakyat bersama. Hrp pemimpin UMNO ambil Hassan utk jaga Lembu. Lagunya pun dh ada...Hassan suka jga lembu...hari2 asyik merapu....jdilah Ezam Katak Hassan Lembu.
ReplyDeletekau tengok cerita the drunken master,lakonan jacky chan,lepastu kau tengok hassan ali...pamacm sama tak,dia melalak nak tumbang penjual arak kat selangor dulu,namun hampes,sepatutnya kerajaan selangor nak tutup kilang arak tu namun perjanjian dah d sign oleh kera2jaaan dulu...so melalalah hasan
ReplyDeleteSudahla bro dok kisah pasal hasan ali ni aku tgk dia pakai songkok pun dah loya....macam la budak yg bapaknya tersalah beli songkok saiz besar tertutup dahi..mari kita bincang pru13 banyak lagi isu yg belum selesai perkukuhkan angkatan dan selidiki stratigi umno kok celah mana lagi dia nak menipu.....
ReplyDeleteanon 11:55pm
ReplyDeletemmg dolu dolu... kat kg aku la.. mmg bapak bapak belikan songkok saiz besar.. boleh guna pakai dua tiga tahun.. budak mcm ni kita org panggil si kulop..
ok kita tinggalkan hasan nie..
apapun harap2..dato hasan ali..berjaya mengembangkan syiar islam dalam amenot...kami sebagai rakyat biasa ni..nak melihat..apa kuasa dan semangat dato hasan ali berjaya mentarbiahkan org yg tidak takwa pd ajaran islam didalam amenot..sbb dalam amenot...diaorg yg mentadbir islam...bukan islam yg mentadbir diaorg..jadi ..kami doakan dato hasan ali berjaya jadikan apa yg tuan dato hajati tu tercapai....amin.
ReplyDeletedr hasan terlalu menonjol tu yg kena tonjol
ReplyDeleteDr Hasan Ali ni dulu penceramah BTN, yg byk memperbodohkan rakyat Malaysia selama 54 tahun, dgn cerita2 dongeng kejayaan Umno memerintah negara... Sebijik mcm cerita Hindustan yg byk cerita org2 Kaya di India...walhal cerita sebenarnya ialah ramai merempat di India... Hanya 1 persoalan, Malaysia negara di kategorikan sbg Kaya oleh Bank Dunia, tapi kenapa rakyat Malaysia skrg ramai mengeluh dgn kenaikan harga brg, logiknya kalau kaya, senang, harga naik byk mana pon xkesah! 1 lagi, kenapa NEGERI2 PENGELUAR MINYAK MENJADI NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA??? KALAU IKUT TURUTAN, SABAH, SARAWAK, TERENGGANU & KELANTAN! APA YG DI BUAT OLEH UMNO DGN DUIT2 TU SEMUA???
ReplyDeleteDr Hasan Ali ni ibarat sirih pulang ke gagang...YG PELIKNYA SEORANG TOKOH MOTIVASI TAK BOLEH TERIMA PEMECATANNYA... BUKAN SEKALI-KALI NK SAMAKAN DGN HASAN ALI, TAPI KALU KITA TGK KISAH IBLIS DI KELUARKAN DR SYURGA, DI SEBABKAN TAK BOLEH TERIMA HUKUMAN YG DI KENAKAN ALLAH..KERANA TAK MENURUT ARAHAN BERSUJUD KPD ADAM A.S... BUTA MATA HATINYA KERANA MELIHAT ARAHAN KPD SIAPA KENA BERSUJUD, DIA TAK TENGOK 'SIAPA' YG MENGARAHKANNYA... SOMBONGNYA TINGGI, HINGGA LAWAN ALLAH... ALLAH NK MENUNJUKKAN KETIADAAN KEIKHLASAN MAKHLUK DLM BERIBADAT... MINTA DI JAUHKAN ALLAH... HANYA AMALAN YG IKHLAS (+ MENURUT SYARIAT) DI TERIMA ALLAH, SELAIN DR INI PASTI AKAN TERBONGKAR JUA AKHRNYA...
Video dia main gay cina di sebuah rumah urut refleksologi di Hong Kong semasa beliau menghadiri seminar ekonomi Asian Renaissance pada tahun 2009 dan video Anwa cium Sukma Darmawan di dalam lif sebuah hotel di selatan Jakarta pada 2010 pun ada dalam simpanan skuad kami, tunggu masa untuk didedahkan.
ReplyDeleteBebudak Kesatuan Himpunan Mahasiswa Indonesia (KAHMI) dan beberapa ahli politik Indonesia dah tengok minggu lepas tunggu meletup jer!!!!
Pasal Hassan Ali nih hangpa tak payah risau ler....
ReplyDeleteDia ada pun tak menambah, tak ada pun tak mengurang. Hehehehe... (pinjam kata2 Hassan Ali sendiri)
sudah2lah.
ReplyDeletejangan dilayan sangat
si hassan tu.
membuang masa saja.
biarkan si hassan terjun
dengan labu2nya...
biarkan... biarkan...
betul tu,macam luncai
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!