Penjelasan dari Nur Amalina Che Bakri (Video Inside)


Kecoh apabila pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dikatakan mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan “legging” dan bergambar dengan seorang lelaki mula tersebar dengan meluas di laman-laman sosial dan blog.


Amalina, 24, yang memperolehi 17 A1 dalam SPM yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung dikatakan telah berubah apabila gambarnya menunjukkan dia kini mengenakan pakaian yang menjolok mata dan dilihat telah berubah apabila berada di Universiti Edinburgh, United Kingdom selama lapan tahun.

Bagi menjawab persoalan tersebut, sekumpulan wartawan telah pergi ke kediaman ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di Kota Tinggi untuk menemuramah Amalina dengan menggunakan sidang video Skype.

Dalam sidang video selama 45 minit itu, Amalina mengakui dirinya sedikit tertekan dengan perkara tersebut, namun begitu, dia tidak mudah melatah apabila terus menghubungi ibunya untuk mendapatkan pandangan.

“Saya terus hubungi ibu, saya sudah lali, namun begitu, perkara itu adalah tidak benar, itu hanya cerita negatif ... saya tidak boleh menutup mulut orang untuk bercakap.

“Saya hanya jadi diri saya dan terima segala pandangan negatif itu,” katanya yang pernah dikaitkan dengan isu yang mengatakan dirinya gagal dalam peperiksaan dan pulang senyap-senyap ke tanah air.

Mengulas berkenaan isu memakai “legging” yang dikatakan menampakkan kulitnya, Amalina menjelaskan, “legging” berkenaan merupakan pemberian ibunya dan gambar tersebut diambil ketika mereka bercuti di Paris dua tahun lalu.

“’Legging’ itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris.

“Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya,” jelasnya.

Menjawab pertanyaan berkenaan gambarnya dengan seorang lelaki, Amalina menjelaskan, “itu adalah rakan karib saya, ibu kenal dia, gambar itu diambil semasa majlis hari jadi saya.

“Sebenarnya ada lagi seorang rakan perempuan saya dalam gambar, tetapi telah di ‘crop’,” katanya.

Tambahnya, perkara itu merupakan tindakan yang salah dan bertujuan untuk mengaibkan dirinya, malah, Amalina sendiri turut berterima kasih kepada pihak yang melakukan perkara itu.

“Memang ini saya yang sebenar, saya suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah sejak kecil lagi.

“Mungkin timbul salah faham berikutan penampilan saya yang kerap bertudung di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi, sedangkan di rumah atau bersama keluarga, saya tidak bertudung,” katanya lagi.

Amalina juga menyatakan, dia bersedia menerima teguran bagi membaiki dirinya, dan akan menjadikan perkara ini sebagai tauladan kepada dirinya pada masa hadapan.

“Janganlah menilai seseorang kerana penampilan luarannya sahaja, saya tahu batasan saya, ibu sudah ajar batasan agama yang perlu.

“Kalaulah Amalina terpengaruh dengan budaya Barat, dah lama Amalina jatuh, pelajaran entah pergi ke mana,” tambahnya dan memohon agar mereka yang menyebarkan gambar-gambar peribadinya itu membuang gambar tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya.

“Ini akan menjadi tauladan buat Amalina, segala teguran akan saya jadikan sebagai panduan, tetapi janganlah babitkan ibu bapa,” katanya lagi mengakui terdapat komen-komen yang mencalarkan hatinya berhubung penyebaran gambar-gambar akaun Facebook miliknya itu - The Malaysian Insider






******************************************

Berikut pula adalah laporan dari Harian Metro

Saya tetap Melayu Islam’

KOTA TINGGI: “Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.

“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.

Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.

Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.

“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung).

“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.

“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.

Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya.

Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.

“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian.

“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. “Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat.

“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya.

Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah.

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. "Sebenarnya ada lagi seorang rakan perempuan saya dalam gambar, tetapi telah di ‘crop’,” katanya."

    ===================================

    Kenapa pulak macam tu ?? Kalau nak buat sesuatu yang baik, cara pun
    kenalah betul jugak..jangan laa ditokok tambah keburukannya..

    ReplyDelete
  2. opinion aku secara peribadi..ko nak mengangkang ke ko nak telanjang ke itu ko punya pasal..mak bapak ko pun mengalakkan ko berperangai mcm tu...masalahnya di sini bila ko promote secara terang2 kat fb...so bila ko dikutuk ko kena telan je la anggaplah ianya sebagai 'nasihat'...tak payah nk menyalak..sebab tak semua muslim yg suka mengangkang mcm ko...lagipun org mcm ko dh x boleh nk nasihat secara lembut2...ko ni bukan muallaf yg tak tau hukum hakam...sekali lagi peringatan, do wear condom to avoid std!

    ReplyDelete
  3. aku setuju dengan kau rakus.. aku tak tahu apa ayat aku nak karang pada pompuan ni. Kau dah melengkapkan hujah aku. Tak payah aku bagi komen lagi!!

    ReplyDelete
  4. makin banyak bercakap perempuan ni makin nampak kebodohannya.. Berusaha nak back-uplah kononnya dengan berhujah kata masih amal islam dan bla..bla.. tapi yang pelik kenapa tak diadaptasikan dalam kehidupan, kenapa masih mereban dengan jantan kafir walaupun alasan private photos? Islam ada benarkan lelaki dan perempuan muslim melakukan maksiat walaupun secara private?!!
    Kalau aku jadi perempuan ni.. aku diamkan aje.. sebab makin nak bercakap makin bertambah jahil.

    ReplyDelete
  5. Boddo!! (dibaca ikut ustaz Azhar Idrus)

    ReplyDelete
  6. Cakap pun dah terikut slanga omputih tu..rasa hebat la sgt! ptuihh (ikut cara pang lema mamak..)

    ReplyDelete
  7. Anak Azmin pamerkan gambar jauh lebih dahsyat dari itu...kau orang
    semua senyap macam babi kenyang !!

    Kenapa tak bising..??

    ooooooooohh, sebab anak pemimpin PKR ! semua jadi halal,..patut laa peliwat pun kau orang sokooooong !!

    ReplyDelete
  8. ye ke rakab.. mai bagi link anak azmin pada aku.. nak jugak aku nengok..

    ReplyDelete
  9. woiii rakab!! ada ke PKR tuduh pompuan ni puteri UMNO?! yang hang sengal babi kenapa wooiii!!

    Makin banyak bercakap, makin bertambah bangang!!

    ReplyDelete
  10. Rakab, hang ni memang bahlol.
    Orang cerita pasai Amalina bukan pasai UMNO. Bahlol.
    Kalau bahlol jangan bagi tau orang...malu.

    ReplyDelete
  11. ntah rakab ni... org dok sembang bab ex-student msia, dia nk kait ngn politik..x kaitan langsung klu nk wat comparison..len la klu depa ckp amalina ni puteri umno ka apa....

    ReplyDelete
  12. umat islam perlu jaga aurat nye, tingkah laku nye dari menjadi bahan fitnah org ramai..klu aurat xnak tutup, tak payah mengaku islam la. Allah dh tetapkan aurat kaum wanita dan laki2. siapa kah diri kite ni nak pandai2 reka & tokok + hak Allah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post