PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu mendedahkan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti tersebut ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri.

"Ini termasuk baucar bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.
"Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.
Bukti yang dikemukakan Nik Nazmi itu berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman Jamil Khir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam satu kes qazaf.
Nik Nazmi berkata, dokumen kedua pula merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.
Jumlah itu meliputi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucar tersebut.
“Ini mengesahkan laporan atau siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara,” katanya.
Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia berkata, Jamil Khir dalam kenyataannya berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.
“Namun Laporan Ketua Audit kita sudah nyatakan lebih awal. Jamil Khir hanya menjawab mempunyai peruntukan kerajaan RM700,000 tetapi tidak pernah sentuh langsung bahawa Laporan Ketua Audit ada menyebut bahawa kedua-dua bayaran Februari dan April itu menggunakan wang zakat dahulu,” katanya.
Beliau menambah, hanya pada Disember 2010, baru wang tersebut digantikan kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWIP. Jamil Khir tidak menyebut tentang hal ini.
“Ini bukan peruntukan kerajaan tetapi wang zakat. Ini bukan ambil dulu kemudian pulangkan. Kita pernah bangkitkan kes di Johor, (bekas) amil (menyalahgunakan wang zakat kira-kira RM20,000) yang dikenakan hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan.
“Kenapa beza untuk menteri?,” soal Nik Nazmi.
Dalam pada itu, Nik Nazmi turut memperbetulkan laporan sebuah akhbar arus perdana pada 4 Januari lalu yang memetik kenyataan Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salah guna zakat tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
“Keadilan tidak pernah mendakwa demikian sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara,” katanya - mStar
*******************************************
BUKTI SALAHGUNA WANG ZAKAT MAIWP
Saya pada hari ini tampil dengan bukti-bukti dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.
Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.
Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.
Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.
Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.
Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.
KEADILAN memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini.
NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1

BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT.........JANGAN TAU BUAT JER........
ReplyDeleteKhir dah trikut tren menter2 lain..ni bukan duit judi boi.duit zakat boh..mana blh pinjam2, kau ni jdi menteri agama arif tentang agama ke tak?? Kalau bngang jaga pusat judi dahla..atau jdi pengawal keselamatan kt pejaba jawi jelh..
ReplyDeleteDia nak bertanding d Parlimen Jerai, sungguh untung UMNO dpt org mcm ni. Gula gula sudah d tabur d kawasan tersebut sblm musim haji lagi... cuba selak selak tengok apa dia gulakan org d sana.
ReplyDeleteASD blh dpt maklumat dari org2 d sana.
Rumah besar tp nak lawan kes pun guna duit zakat. Tindakan majlis agama amat memalukan. Apa pandangan org bukan Islam, sedangkan kita sbg muslim sibuk canang2 bahawa Islam ini sempurna amal maaruf nahi mungkar. UMNO punya Islam amal maaruf amal juga mungkar. Over to you rakab!!
ReplyDeletesipenyamun ni termasuk dalam asnaf zakat...
ReplyDeletekah...kah...kah
duit zakat pun depa tibai...
cibai sungguh....
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI. CAKAP BOHONG LAMA2 JADI MENTERI... DI JAB. PERDANA MENTERI.
ReplyDeleteSeingat-ingat aku Anwar saman 3 ekor ni atas kapasiti persendirian bukan pejabat kenapa peruntukan kerajaan digunakan untuk pembiayaan peguam mereka ni ( wang digunakan bagi pembayaran balik duit zakat pendahuluan).
ReplyDeleteBoleh kah Wang Rakyat digunakan dalam kes civil ni?
Siapa-siapa lawyer kat sini boleh jawap tak?
jwpn untuk anon diatas..
ReplyDeletesbb jamil khir tu rasa macam duit mak pak dia juga..yg best bila berita keluar..yg menafikan berita tu adalah rakan yg mengeluarkan duit tu pengarah jawi sendiri.pdhal berkomplot sama wartawan pun ngok pi tanya org yg terlibat sama buat apa.dan org yg pempunyai kuasa undang2 hanya memekakkan telinga membutakan mata..anak haram punya org yg pegang amanah ni.org yg berkepentingan.bab najib seleweng tu sbb mmg dia mangkuk dan jahil pun bab agama ni...tapi org yg pegang hal ehwal agama ni yg aku panas ati sangat ni.....cilakak punya pemegang amanah.doalah rakyat malaysia sekelian termasuk org yg berhak atau layak dapat wang zakat ni..supaya org yg pegang amanah tapi tak menjalankan amanah dilaknat oleh ALLAH s.w.t.
puak makan duit zakat ini yg di sokong dan dibiarkan oleh hasan ali.
ReplyDeleteorg yg duk minum arak sorok sorok, berlari dia nak tangkap.
skg ini hidup dia org dan solat dia org bersertakan dng sifat pembohong dan penipu.
ReplyDeleteKamu org umno dulu sokong fitnah. Skg kamu sokong ambik duit zakat.
lepas ni apa lah pulak yg kamu sokong yg Allah benci sangat sangat.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!