Produk Baru dari NFC kah ini?


Meskipun pada kotak dalam gambar di atas tertera wajah Shahrizat Abd. Jalil isteri kepada Pengerusi Pusat Fidlot Negara (NFC), kotak tersebut bukanlah mengandungi produk atau keluaran dari NFC.


Apa yang terkandung di dalam kotak tersebut aku tak tahu.. tapi yang pasti ianya bukanlah produk dari NFC.

Jadi Makcik dan Pakcik yang menerima bantuan dari Shahrizat itu janganlah mengharap untuk merasa daging lembu yang diternak oleh keluarga Shahrizat..


Mana mungkin Shahrizat mahu memberikan kepada Makcik dan Pakcik daging lembu yang dijual di restoran milik keluarganya di MeatWorks at ION Orchard Singapore dengan harga dari SGD50 hingga ke SGD50 untuk 250gm.

Tujuan utama wajah Shahrizat diletakkan pada kotak tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Makcik dan Pakcik di pendalaman yang jauh dari capaian internet bahawa Shahrizat adalah seorang wanita yang baik dan prihatin..

Selain itu ianya juga bertujuan untuk memulihkan kembali imej Shahrizat yang terjejas berikutan penyalahgunaan dana NFC yang dilakukan oleh Keluarganya..

Jika dikatakan wajah Shahrizat wajar diletakkan pada kotak 1AZAM itu kerana beliau adalah Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang melaksanakan program tersebut..

Sewajarnya juga wajah atau gambar Menteri Pertanian Noh Omar (bawah) turut diletakkan pada kotak tersebut kerana dalam program Azam Tani Kementerian Pertanian juga terlibat..




Info tentang 1AZAM

1Azam Galakkan Pertumbuhan Wanita Dalam Perniagaan

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Dalam mengecapi status negara berpendapatan tinggi, wanita juga tidak terkecuali dilihat sebagai antara faktor penting ke arah merealisasikan impian itu.

Ia bukan satu omongan kosong. Malah, situasi ini dapat dibuktikan menerusi komitmen kerajaan yang sentiasa mengiktiraf peranan golongan hawa dalam prospek pembangunan ekonomi negara.

Apatah lagi, kebangkitan wanita juga mendapat perhatian serius daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dengan jelas menyuarakan suara hatinya menyeru masyarakat supaya mengiktiraf peranan besar wanita.

Atas faktor itu, tidak menghairankan apabila pengenalan Indeks Prestasi Utama (KPI) menerusi enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenal dalam memenuhi keperluan rakyat yang menekankan kepada proses pembangunan wanita sebagai peneraju penting pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah, iaitu satu daripada teras NKRA, menggalas peranan berat mengeluarkan wanita daripada kepompong minda konservatif dengan meningkatkan penyertaan dan peranan aktif golongan itu.

Justeru, perniagaan dilihat sebagai satu cabang meningkatkan peranan wanita sama ada menerusi peruncitan, penternakan, kesihatan serta penghasilan makanan.

Komitmen ini jelas apabila kementerian dipertanggungjawabkan untuk melahirkan seramai 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012.

Antara program yang diatur bagi membangunkan kapasiti golongan itu ialah memberi latihan teknikal, penyediaan Kursus Asas Keusahawanan serta tidak ketinggalan, 1Azam--Akhiri Zaman Miskin.

1AZAM GALAK WANITA LIBAT KEUSAHAWANAN

Program 1Azam yang diperkenal tahun lepas dengan tujuan meningkatkan pendapatan rakyat miskin dan miskin tegar menerusi empat cabang alirannya iaitu, Azam Kerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat adalah usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan golongan itu daripada kehidupan sedemikan menerusi kebajikan produktif.

Tidak mahu lagi membiarkan golongan ini terus-menerus bergantung harap kepada kerajaan, Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata sudah tiba masanya reformasi mentaliti dilakukan bagi menjadikan mereka lebih berdikari.

Justeru, program Azam Tani yang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian, Azam Niaga (perniagaan kecil-kecilan), Azam Khidmat (bidang perkhidmatan) dan Azam Kerja (penempatan pekerjaan), adalah cabang terbaik kepada wanita seperti ibu tunggal dan suri rumah.

Biarpun program ini, tidak memberi fokus khusus kepada wanita kerana turut membabitkan Ketua Isi Rumah (KIR) golongan lelaki, namun ia mampu meningkatkan pertumbuhan wanita dalam perniagaan.

"Kita dapat melihat sudah ramai wanita berjinak-jinak dengan perniagaan dan ini menampakkan pertumbuhan ketara wanita dalam bidang itu," kata Pegawai NKRA kementerian itu, Hazmi Samsudin kepada Bernama baru-baru ini.

Melihat potensi program ini, kerajaan memperuntuk sebanyak RM$363.6 juta untuk tahun 2010 manakala RM$358.76 juta bagi tahun 2011 untuk menjayakan 1Azam.

TAHUN 2011, 1AZAM AKAN LEBIH GIAT

Mengulas lebih lanjut, Hazmi berkata penerima bantuan 1Azam dipilih secara teliti menerusi hasil pendaftaran di bawah sistem e-kasih, iaitu di bawah tanggungjawab pejabat Perdana Menteri dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja berjaya.

Dengan hasil pendaftaran seramai 45,611 golongan miskin dan miskin tegar berpendapatan antara RM750 dan RM2,000 sebulan, didapati hanya 30,068 ketua isi rumah termasuk Sabah dan Sarawak telah menguarkan minat untuk menyertai program tersebut.

Difahamkan laporan berita sebelum ini, seramai 9,687 daripada 45,611 yang mendaftar adalah ketua isi rumah wanita dan menjadi hasrat kerajaan untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Setelah disaring, akhirnya hanya 7,401 layak menerima bantuan program 1Azam bagi tahun 2010. Yang berbaki masih lagi di bawah kajian," katanya.

Bagi menjayakan program 1Azam, Hazmi berkata adalah mustahil kementerian itu bergerak sendiri dan untuk itu beberapa kementerian dan agensi berkaitan telah terbabit seperti Kementerian Sumber Manusia menerusi Azam Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Azam Tani) manakala Azam Khidmat dan Azam Niaga menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

"1Azam akan lebih giat pada tahun ini dan untuk itu sebanyak RM58.76 juta telah diperuntukkan di mana KPWKM akan menerima RM50 juta bagi melaksanakan Azam Niaga dan Khidmat manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM20 juta dan Kementerian Sumber Manusia RM8.76 juta.

"Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM140 juta bagi tahun 2011," katanya.

TIADA LAGI ERTI KEMISKINAN

Mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan, seorang daripada peserta Azam Niaga, Sabariah Mohd Tahir akhirnya berpeluang mengecapi kehidupan selesa apabila perniagaan kecil-kecilannya itu kini membuahkan hasil lumayan dan pernah mencecah jualan kasar sehingga RM90,000 sebulan.

Berbekalkan pelbagai kemahiran membuat kek, kuih moden dan tradisional, yang diperoleh hasil daripada menyertai pelbagai jenis kursus, penyertaan menerusi 1Azam membantunya memasarkan Ain Z Collections Enterprise bukan sahaja sekitar Kuala Lumpur malahan negeri lain.

"Saya mengetahui mengenai 1Azam ini daripada kawan-kawan. Pada awalnya, skop perniagaan saya hanya sekitar kampung dan tidak boleh menerima tempahan luar kerana tidak mempunyai peralatan cukup.

"Tetapi setelah menyertai Azam Niaga proses pinjamannya pun tidak susah dan saya sudah meminjam sebanyak empat kali untuk membeli peralatan seperti mesin plastik. Berbekalkan pinjaman itu, membolehkan saya menerima tempahan dari Kedah, Terengganu dan Johor," kata ibu tunggal ini.

Beliau pernah menerima pelbagai anugerah dan terbaru Usahawan Terbaik Risda Selangor Tahun 2010 bagi kategori Roti dan Pastri.

BERNAMA

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bukan rakab yang komenJanuary 12, 2012 at 2:41 PM

    Pengebom itu sudah dikenalpasti !!

    Dia adalah salah seekor daripada anak ikan ternakan ASD....

    Namanya ialah BOMBO singkatan drpd
    Bombongok..!!

    Huahahahahahaaaaaa...

    ReplyDelete
  2. Bagusnyaaaaa Shahrizat nih !

    Rajin menolong rakyat susah,..macam-macam cara dia usahakan demi nak tingkatkan taraf hidup rakyat.

    Ayuh kak Izat, rakyat memerlukan sentuhanmu...pedulikkan fitnah dan
    cacian puak pakatan tu..

    ReplyDelete
  3. PKR terpaksa mainkan semula isu NFC sebab isu konspirasi dah jadi senjata makan tuan..!!

    Bagaimana mereka berbohong dalam isu konspirasi begitu lah jugak dalam isu NFC ini.

    Anwar tetap seorang PELIWAT !!

    ReplyDelete
  4. bukan rakab yang komenJanuary 12, 2012 at 3:19 PM

    hek eleh rakab, kate je lah fetish dgn shahrizat GILF. BACA : GILF bukan MILF.

    Nenek tua selak kain betis kerepot camtu pun ko selera.

    Kaw kaw korang di Golden-shower kan shahrizat.

    Ayuh Menteri ijat, selak kain mu,teruskan usaha menipu rakyat malaysia 1AZAM my foot.

    ReplyDelete
  5. Kalau rakyat tak boleh pinjam RM250 juta, boleh pinjam RM250 pun jadilah. Sesuailah dengan taraf papa kedana mereka, tak bolehlah nak samakan dengan taraf menteri umno.

    ReplyDelete
  6. RAKYAT JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWASANYA SHAHRIZAT JALIL SEDAYA UPAYA CUBA UNTUK AMBIL JALAN 'SENYAP LAMA LAMA ORANG LUPA'.

    RAKYAT KENA INGAT, SHAHRIZAT BERHUTANG DENGAN KITA PENJELASAN BESERTA BUKTI MENGENAI PENYELEWENGAN DUIT 250 JUTA NFC OLEH DIA DAN KELUARGA

    JANGAN SESEKALI UNDI SHAHRIZAT ATAU BN!

    TERUSKAN KEMPEN, MULA DARI KELUARGA, SEDARKAN MAK BAPAK, PAKCIK MAKCIK, ANAK2 SAUDARA YG LAYAK MENGUNDI TENTANG BETAPA HODOHNYA BN. ANDA BOLEH BERMULA DENGAN ROSMAH SEBAGAI CONTOH INDIVIDU YG MENGHANCURKAN NEGARA

    ReplyDelete
  7. Lihatlah mentaliti org2 BN..org2 suruhan/bawahan/pencacai mereka...

    mereka pandang hina pada rakyat..dikatakan rakyat papa kedana rm250 pun susah dapat (tau pun)...tetapi jika yg meminjam itu MENTERI, mestilah layak, sebab menteri KAYA RAYA.

    Nak tanya, menteri itu tdk akan boleh duduk di kerusi menteri jika rakyat tdk memilihnya (lain daripada menteri shahrizat, kalah pilihanraya umum 12, tapi tetap jadi menteri_)

    Adakah kedudukan sebagai menteri itu bermakna LAYAK dapat PINJAMAN kerajaan untuk sesuatu projek, dan..secara automatis adakah mereka LAYAK juga se
    leweng duit pinjaman tersebut?

    Apakah duit kerajaan bermakna duit kerajaan? Yakni rakyat TIDAK PUNYA HAK untuk tanya kenapa wang itu pergi makcik?kenapa beli kondo makcik?kenapa bukak restoran mewah makcik?kenapa beli kereta mewah makcik?Menteri kan kaya raya...duit sendiri takde ke?

    LAKNATULLAH...

    ReplyDelete
  8. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

    Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

    Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

    Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.

    Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

    (Al-Masad 111:1-5)

    ReplyDelete
  9. Lepas ini.
    Buat pula
    1Penjara.
    1Malaysia
    1Azam
    1Penjara.
    Barulah betul.

    ReplyDelete
  10. Yang dapat projek tu NFC bukannya Shahrizat !!

    Kambing memang susah nak faham laaa...

    ReplyDelete
  11. BAKPE LA ORG UMNO NIE BODO SGT.. MEMANG LA TAK BAGI DIRECT KE SHARIZAT..DIA MENTERI.. KENA LA BAGI PROXY.. TOK LAKI DIA YG DAPAT.. BODO MELANTUN2...PASTU KATA ORG LAIN TAK FAHAM.. MUNG GI NGAJI LA DULU SEBELUM NAK CAKAP POLITIK....

    ReplyDelete
  12. kambing umno si rakab ni mmg bangang..dah gersang modal..kalau dh keluarga laki anak beranak duduk satu rumah yg ambik si lembu mamak betina tu pun subahat la samun duit rakyat..suuudahla rakab ko igt zaman skrg "letak songkok pun org pangkah umno" ke (rujuk khairi jamaluddin)...kahkahkahkah "dah lama dahhh" (rujuk che det)

    ReplyDelete
  13. Shahrizat ada saham dalam NFC kaa ??

    Kementerian dia kah yang lulus projek pada NFC tu..??

    ReplyDelete
  14. Salam semua

    Bagus tolong orang. tapi tak perlu lah sampai jadi TAUKEY PIALA...

    TAUKEY PIALA = Gila nak menang @ glamour sampai semua keje nak nak piala @ hadiah @ pulangan. punyalah banyak piala @ hadiah sampai boleh buka hypermarket jual balik piala @ hadiah.

    ReplyDelete
  15. nak ketawa aku baca orang umno bodoh melantun lantun.. hahahha sakit perut nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post