
KOTA BHARU - Pakatan Rakyat (PR) berjanji mansuhkan cukai pendapatan kepada individu berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan jika berjaya menguasai negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pendekatan tersebut lebih memudahkan rakyat berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.
“Saya merasakan tindakan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan RM500 kepada rakyat berpendapatan RM3,000 ke bawah membebankan. Oleh itu saya cadangkan agar Perdana Menteri, letakkan dasar supaya mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dikecualikan cukai pendapatan.
“Tak perlu mengisi borang, mendengar ucapan menteri dan dapatkan tandatangan penggawa dan sebagainya, ini membuang masa, kaedah pengecualian cukai pendapatan saya rasa lebih sistematik,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, hari ini.
Majlis perasmian projek usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara- Timur Urban Development Sdn. Bhd. (ST) itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mengulas mengenai cadangannya untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada rakyat Kelantan, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) mengenal pasti individu terlibat.
Menurutnya, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.
“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya.
Beliau bagaimanapun menolak dakwaan ia dibangkitkan sebagai modal politik, sebaliknya menyuarakan perkara itu sejak enam bulan lalu, namun tidak mendapat perhatian.
Sinar Harian
PPTN tu pinjaman individu kerana nak bayar perbelanjaan pengajian individu kat IPTA/IPTS. Kenapa pulak duit rakyat nak digunakan untuk melangsaikan hutang individu2 begini?
ReplyDeleteIndividu yang dah abis belajar kat IPTA/IPTS, tentunya dapat Diploma/Ijazah. Dengan kelulusan itu, dapat cai kerja.., dapat duit.. Apapasal pulak Kerajaan Kelantan nak tolong bayarkan kos itu?
Kalau betul laa Kerajaan Kelantan banyak duit sangat, kenapa tak tolong rakyat yang menderita tak dapat kemudahan air bersih yang baik? Kenapa tak baiki keadaan sekolah2 ugama yang begitu teruk keadaan fizikalnya? Kenapa tak baikpulih sistem angkut sampah yang begitu teruk d bandar2? Kenapa tidak dibaikpulih prasarana yang tunggang terbalik diserata negeri? Kenapa tak digunakan untuk program2 ilmu Islam (fardhu ain dsbnya) d seluruh negeri?
Nak gunakan duit rakyat untuk mengajar pemuda/pemudi agar jangan bayar hutang??
Politik kacau tu, Husam!
Anon 10.26 yg paling bangang,
ReplyDeleteContohi pendidikan tinggi negara barat...
kalau kacau buat pulut kacau..
awat hang tak suruh jamil katek pulangkan duit zakat tu? Ianya hak 8 asnaf
pundek anoy 10:26!!!
ReplyDeletePTPTN tu tak kena kat hang boleh la cakap banyak!!!
ramai yang pinjam ptptn, lepas belajar tak dapat kerja terutama perempuan, surirumah!!! pinjam dulu 7-8 ribu, lepas 5 tahun jadi 14-15 ribu...
ini apa ni, lebih dahsyat dari bank makan riba... ptptn tu zalim, sepatutnya pelajaran percuma di negara sendiri... projek lembu saja beratus juta, menteri sapu!!!
kalau ada pendapatan tetap tu relevenla.. abis yang xda keja/keja kampung ada pekdahnya. sekurang2nya BR1M diberi kepada semua orang samada ada pendapatan tetap atau tidak. nenek yg ada kat kampung sorang2 pun dapat, tu guna sain Ketua kampung/penggawa.
ReplyDeletecayalah ni kira bagus pakatan harami buat buat janji macam ni kompem pesaingnya akan lawan ....so yg untung marhaen yahuuuuuu
ReplyDeleteMasalah air pun tak selesai, lagi mau settlekan hutang individu guna duit rakyat ka Husam Jamnapari?
ReplyDeletekenapa tak hapuskan toll saya
ReplyDeletebudak sekolah rendah bakpo komen kat sini..tak tahu pinjaman pelajaran kerajaan yang sangat prihatin membebankan dengan interest n cukai yang berbagai..
ReplyDeleteadik-adik yang pun kena paham..
royalti yang dituntut bukan sedikit..jadi tak salah kan untuk berbuat kebajikan kepada rakyat..yg selebihnya gunalah untuk kebajikan lain..
apa beza kebajikan untuk orang miskin dengan pelajar yang dizalimi dengan membayar interest yang membebankan..as long as kebajikan x salah kan..
kepada adik-adik,kalau x pandai x yah tunjuk kat orang tau..malulah..
p la tido..esok sekolah kan...
heeee...
Duit zakat boleh guna utk byr kos guaman...tak akan nak byr hutang belajar amalan jariah /kebajikan tak boleh utk pelajar2 miskin yg telah berjaya dalam pelajaran?
ReplyDeletesalam all,
ReplyDeleteyang duk kritik husam kat sini bukan sahaja dari pencacai umno. mungkin mereka tak ada pun. yang duk merapu ni pencacai ug, yang benci husam - phd. husam boleh buat kerja. sebab tu tgna yakin dengan dia. tapi grup phd, tetap tekan tok guru suapaya namakan penggantinya walaupun tgna telah luahkan dengan jelas dan nyata, loud and clear. setakat phd tu boleh tolak tepi, virus ug yang dok ada tu yang jadi kacau. benda baik yang dicadangkan husam semua salah. yang dok merapu kat sini kena faham kerajaan tak pilih bulu, anak umno pun akan settle. kalau ko umno memang ko bodoh. tapi aku rasa ko lebih pada grup phd
wallahu'alam
Yang banyak pinjam PTPTN tu orang Melayu Beb.Yang ramai tak kerja tu juga orang Melayu.Macam mana nak bayar hutang kalau tak dapat kerja?????Sekarang ni tambah lagi umur kerja 60 tahun.Yang baru keluar UNIVERSITI tu tunggu lagi 2 atau 4 tahun untuk orang pencen.Lu menganggurlah 2 atau 4 tahun lagi.Kerna kesian kat budak2 U ni aku pencen pada usia 56 tahun bulan April ni.Kalau ikut gila aku , aku boleh sambung lagi 4 tahun beb? Gaji pun dah banyak dan hutang pun dah habis bayar.TPI DI SANA MASIH RAMAI LAGI YANG TUNGGU GILIRAN UNTUK KERJA DI JABATAN KERAJAAN.
ReplyDeleteAnon 10:26AM
ReplyDeletealahai kesian betol la kat kau ni...pendek bebeno akalnya.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!