
PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini mahu Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang segera memberi penjelasan tentang penyelewengan dan salah guna kuasa RM63,650 wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi menguruskan kes tuntutan qazaf oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam memorandumnya kepada Ambrin, Jingga 13 mohon penjelasan berikutan penafian Jamil Khir yang dianggapnya sebagai memperlekehkan kredibiliti dan integriti Jabatan Audit Negara.
Memorandum itu diserahkan oleh Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa kepada Pegawai Khas Ketua Audit Negara Jamilah Jais di Putrajaya petang tadi.
Fariz berkata walaupun tidak menafikan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu sudah dikembalikan semula, namun yang dipertikaikan adalah wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap wang zakat selama hampir 11 bulan (Februari – Disember 2010) yang cuba dinafikan oleh Jamil Khir malah kini memutarbelitkan kenyataan dan fakta.
“Pada 21 Jun tahun lalu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengakui kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.
“Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada 21 November tahun lalu juga telah mengesahkan perkara yang sama tetapi semua ini dinafikan Jamil Khir,” katanya.
Laporan Audit mendedahkan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali telah meluluskan bayaran interem berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010 .
Bayaran ini diluluskan pada 9 Februari 2010 menggunakan peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran Kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.
Pada 29 April 2010, MAIWP telah membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 ( termasuk perbelanjaan pelbagai berjumlah RM650) menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu. Bayaran ini dibuat apabila menerima laporan daripada Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir setelah kes selesai.
Namun Jamil Khir menafikannya malah memberi alasan bahawa setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.
Free Malaysia Today
Jamil Khir sepatutnya gunalah peruntukan Jabataan Perdana Menteri dan Che Mat gunalah peruntukan am MAIWP/JAWI.
ReplyDeleteKalau dah guna duit zakat secara langsung memanglah salah kecuali dia orang ingat semua duit zakat bapak deorang punya.
Kah...kah..kah.. mana rakab..rakub, rakib, ratib what ever and the geng!! tak komen ke mamat songkok junjung agama ni buat statement.. balik2 komen pasal liwat, juburi dan seks video..kah..kah..kah.. komen jangan tak komen rakab..rakub, rakib, ratib what ever and the geng
ReplyDeleteaku dah nampak tanduk iblis kat atas kepala ustaz ni
ReplyDeleteUztaz Senator ini tak boleh pakai ...dah salah mengaku je , putar belit lagi....ikut perangai boss yg lantik dia...
ReplyDeleteApa lagi yang kau orang tak faham isu Jamil Khir ni..??
ReplyDeleteDia dah pun bagi penjelasan,..terang lagi bersuluh !
Memang betul laa kau orang ni kambing...
huahuahuaaaa..
non 11.59,
ReplyDeleteKau menyebut nama aku pun sampai meroyan...rindu ngan aku ler tuu...
heheheheeee....
ada persamaan ke ustadz general ni dengan general moshe dayan yang mata sebelah tu.
ReplyDeleteKepimpinan merupakan suatu perkara yang penting dalam memberi kesan perubahan kepada umat manusia pada setiap zaman dan tempat. Melalui al-Quran, kita dapat mengambil pengajaran penting daripada beberapa kisah nabi-nabi seperti kisah nabi Ibrahim a.s yang berdepan dengan kesesatan Raja Namrud, Nabi Musa a.s pula berdepan dengan kezaliman Firaun manakala nabi kita sendiri nabi Muhammad s.a.w berdepan dengan keangkuhan dan kejahilan Abu Lahab, Abu Jahal dan pemimpin jahiliah yang lain. Setiap masa dan tempat sentiasa berlaku pertembungan antara hak dan batil, kebenaran dan kesesatan, keadilan dan kezaliman, Islam dan jahiliah, cahaya keimanan dan kegelapan kekufuran.
ReplyDeletesi iblis ni lagi...
ReplyDeletekah...kah...kah....
Jamil ni dah tersangat menikmati kehidupan mewah, berpakaian kot, cincin berlian, jam tangan emas, rumah mewah, temberang kuat, gelaran Datuk tu mungkin tak memadai dan siapa tahu apa lagi. Senator lah tu.!
ReplyDeleteIni bukan nya hamba Tuhan, dia tu lebih suka cebur main politik dan seseorang yang tak mungkin rendah untuk berkhidmat. Eh...dia ni bagai iblis yg mempersendakan agama.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!