
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menyatakan pendirian menyokong Pakatan Rakyat (PR), tetapi yang jelas beliau menyokong sesebuah kerajaan yang bersih, adil dan berusaha menghapuskan amalan rasuah.
“Saya tidak mahu komen kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai sokongan saya dan beberapa sahabat lain kepada PR untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Bekas Menteri Penerangan ini berkata, beliau menyokong mana-mana kerajaan yang mengamalkan pilihan raya bebas, telus dan berkecuali, sebagaimana dengan pendirian pemimpin dan dasar Amanah.
Menurutnya, sudah tiba masa kerajaan menghormati hak rakyat dengan mengadakan pilihan raya adil sebagaimana dilakukan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
“Sekiranya ada perhimpunan Bersih 3.0, saya akan kerahkan semua ahli Amanah menyertainya dan saya akan berada di barisan hadapan. Saya bukan berniat hendak mengugut kerajaan, tetapi saya tidak mahu peme-rintah menipu rakyat.
“Amanah juga berjumpa dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pilihan raya. Kami sarankan media masa diberi kebebasan dan tidak menyiarkan berita berat sebelah, serta berharap pilihan raya diadakan selepas melaksanakan penambahbaikan,” katanya.
Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu berubah supaya mereka tidak mengalami nasib seperti berlaku di Mesir, Syria dan Libya, apabila rakyat memberontak dan menuntut hak asasi serta mahu kerajaan yang adil.
Sementara itu, Umno menyifatkan kenyataan Mohamad mengenai ‘sokongan orang BN kepada Pakatan Rakyat tidak benar.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan berkata, kalau benar ada pemimpin atau bekas pemimpin BN sokong PR, kemukakan senarai nama mereka.
“Kenyataan itu cuba menghuru-harakan BN. Kita kenal siapa Mohamad atau Mat Sabu dan sedia mendedahkannya kepada rakyat mengenai perkara ini. Jangan pula beliau memberi gelaran hero kepada komunis tanpa melakukan apa-apa kajian. Sekarang kita hendak percaya cerita ini?” katanya.
Sekiranya Amanah menyokong PR, katanya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berhak berbuat demikian dan ini tidak bermakna tindak tanduk berkenaan membenci parti sendiri.
Menurutnya, Umno akan tergugat sekiranya, pemimpin Amanah mengumumkan untuk keluar parti dan memberi sokongan terbuka kepada PR.
“Bagaimana pula dengan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang mahu perasuah kecil diberi pengampunan? Kita dalam kerajaan, tidak kira kakitangan kerajaan yang menerima rasuah RM5 hingga RM5,000, misalnya, tetap ambil tindakan,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sekiranya ini menjadi dasar PR, negara akan hancur kerana rasuah perlu dihapus bermula akar umbi, bukan di peringkat atasan sahaja.
“Hendak hapus rasuah bukan perkara senang dan mudah macam mereka cakap. Saya tahu mereka gelar pemerintah sekarang sebagai kerajaan tidak peka pada rasuah kerana melihat kes Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.
“Sedangkan Shahrizat sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Khir masih membuat rayuan mengenainya. Kita tidak menutup kes ini,” katanya.
Beliau berkata, memberi imej hanya pemimpin dan ahli Umno serta BN sahaja rasuah tidak adil kerana amalan ini tidak mengenal bangsa dan fahaman politik.
“Penulis Blog, Raja Petra Kamarudin ada buat pendedahan tentang rasuah di Selangor dan sebelum ini beberapa pemimpin DAP ditangkap kerana rasuah dan ada yang sanggup bunuh diri kerana takut mendedahkan pemimpin mereka (PR) terlibat dengan rasuah.
“Nasihat saya, Mat Sabu perlu cermin diri terlebih dahulu sebelum menuduh orang lain mengamalkan rasuah kerana ada pemimpin mereka tidak semuanya suci dan bersih daripada menerima rasuah,” katanya.
Sinar Harian
aik..bkn pr xsuke gol mamak ke..hahhaa...lantak la pr oi..kite kn neg bebas..biar la si kadiak ni nk skong spe pon..xjejas lngsung.hahah.tp yg pasti pas kaw gmbak skrng tgh huru hara..hahah
ReplyDeleteBersih! konon nak bersihkn plhnraya dan menolak amalan rasuah dlm politik. tetapi pngerusi sendiri membenarkn amalan rasuah dilakukankn berleluasa..alahaiii tak nampak ka lagi betapa kotornya pertubuhn bersih yg mjdi perkakas pr.
ReplyDeletePandai jg mamak ini krn sudah tahu akan akibatnya kalau PR kePutrajaya. Rumah istana diKedah semua orang tahu. Hang lalu jalan Bworth-Grik akan nampak istana ini. Jadi kalau tak pandai sekarang nanti disumbat penjara...kononnya nak bersih. Takpa boleh dimaafkan krn bertaubat!
ReplyDeleteWoi Kadiaq,
ReplyDeleteudah-udah la tu, tak cukup lagi ka? apa kata hang bukak restoran nasi kandaq kadiaq plak..gerenti aku mai makan la..cantek?
komen anon paling atas amat menyedihkan. Mcmla dlm UMNO-APCO tiada sebarang salah paham a.k.a huru hara. Disebabkan media dibawah cengkaman mereka sudah tentu berita yg berkenaan UMNO-APCO tidak akan disiarkan dan puak pecacai pulak mmg 100% berkiblatkan media2 ini maka tak hairan jika itu berlaku. Ingat honi mubarak juga kongkong media sebagai mana berlaku di Malaysia. Tp mungkin puak pecacai tak dapat maklumat ni..
ReplyDeletenampaknya pak kadiaq ni dah sedaq kata selama ini dia duduk dalam tangki najih baguehlah kalau dah ada kesedaran lepaih ni jangan dok tebiang lagi kat tong najih tu mai kita pakat tolak tong najih kedalam laud.
ReplyDeletejgn percaya bangsa eeeeeeee...
ReplyDeletebangsa bangsat...
hitam kurap...
malangnya pemimpin ameno kata ameno kotor slps hilang kuasa. masa ada jawatan mrk dari pucuk ke akar umbi sama aje pulun apa2 tender, kontrak dan hasil khazanah negara utk diri dan kroni masing2, contoh terbaru yg cuba didefend oleh najisb dan segala suku sakat iaitu NFC (National Family Corruption).
ReplyDeleteto anon January 16, 2012 1:02 PM..mmg la ade jgk slh faham dlm bn..so kenape..hahaha..tp skrng lg truk dlm pr..tiap ari ade je manusia kuar dr pakatan yg rmai dianggotai oleh monyet2 ni..
ReplyDeletemedia disekat ke?..paper2 pr berlambak jual kt kedai2..banner2 ceramah pr pon berlmbk2 smpi naik juling mata kite tgk..blog2 pr yg dh semakin mengurang dr segi populariti pon still ade lg tanpa sekatan..cume pr ni xmsk tv je lg..tp nk wt cane..kerajaan skrngkn kerajaan barisan nasional nasional..majoriti rkyt malaysia dh bg mandat..n rtm pon milik kerajaan..n kerajaan adalah kerajaan barisan nasional yg dh diberi mandat oleh majoriti rkyt mlysia..kerajaan skrng bkn KERAjaan pakatan rkyt..so ini hakikat.kalo nk msk tv mng la pru-13.hahaaahahaah..tp blh mng ke..rkyt makin benci dgn pr
ni geng mamak pedukang, jangan pecaya...
ReplyDeletedia dah tibai duit cukup2, la ni kata mau pilihanraya adil konon...
ptuiihhhh!!!!
Smakin dekat PRU-13, semakin peliklah perngai sebahagin pemimpin Umno(BN). Mrk minat duk atas pagar sbb senang lompat jika BN tumbang. Nak selamtkn harta benda & wang ringgit mrk waktu brkuasa dulu.
ReplyDeleteaiyoo...ini orang rumah lagi besar dari istana nak citer pasal rasuah.. ptuiihhh
ReplyDeletetaukeh agate duty free ni. Jual ayer syaitan dia pandai lah
ReplyDeleteSetuju dgn Anon January 16, 2012 6:12 PM. Begitulah perangai Pemimpin2 UMNO, bila ada jawatan takut, kecut, mengampu mengipas. Cakap depan rakyat lain, buat lain.
ReplyDeleteBila dah tak ada jawatan, Sheikh ni baik punya dia kona sampai Bersih 3.0 dia nak duduk barisan depan. Hang pi balik tidoq kat hang punya bloody cosy istana hang kat Baling lagi baik.
Ramai pemimpin2 UMNO yang sekarang nih dah duduk atas pagar, tunggu nak lompat kesebelah PR.
Prestasi dia masa jadi menteri dulu amatlah cemerlang....
ReplyDeletedialah pemimpin paling bersih...
ptuihhhhhh
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!