
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mencabar pengendali projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan penyelewengan perbelanjaan kad kredit syarikat itu sehingga RM600,000.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali secara spesifik menyebut laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh yang tampil menafikannya sebelum ini.
"Baru-baru ini adalah laporan polis oleh sekumpulan yang memakai baju hitam bertulis JINGGA 13 yang membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi.
"Jadi saya cabar Izmir, oleh kerana itu laporan polis yang tidak betul, supaya minta dia buat laporan polis pula.
"Saya cabar Izmir kalau kalau di pihak yang betul, kamu (Izmir) kata itu tak betul, itu fitnah, saya cabar Izmir ini pula, kamu pula buat laporan bahawasanya itu laporan palsu," katanya.
PERKASA dan beberapa NGO Melayu hari ini diberikan taklimat oleh pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
JINGGA 13 - minggu lalu membuat laporan polis terhadap empat anggota keluarga mereka yang didakwa membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.
NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu juga mempersoal sama ada benar wang itu tidak dibelanjakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya, sebaliknya untuk perbelanjaan pengurusan projek lembu atau NFC.
Dalam sidang media selepas itu, Ibrahim berkata, beliau difahamkan laporan polis itu akan dibuat atau jika tidak PERKASA akan "simpan kepercayaan" atas penjelasan isu itu hari ini.
Ibrahim juga berkata, dalam dialog dengan 12 NGO hari ini, mereka difahamkan perbelanjaan tinggi kad kredit itu itu dibuat atas nama aktiviti syarikat.
"Tetapi mereka pergi ke Australia untuk promosikan itu dan ini, jadi syarikat bayarlah guna dia punya kad kredit. Ini aktiviti syarikat," katanya lagi.
Malaysiakini
KAH..KAH..KAH..OOI BERAHIM KATAK, TAK USAH LA DUK JADI PECACAI UMNO SAMPAI MACAM TU SEKALI.AWAT HANG INGAT RAKYAT MALAYSIA BODOH MACAM HANG KA.PI BALIK PASIR MAS JADI GEMBALA LEMBU LAGI BAIK DARI DUK MELALAK TAK TENTU ARAH...KAH..KAH..KAH..
ReplyDeleteakhirnya lembu2 umngok masuk perangkap. mari kita tengok lembu mana yg akan disembelih dulu.
ReplyDeleteMaklumat betul laaa tuuu.
ReplyDeleteBocor ka tak bocor kaaa memang sah BETUL.
Ijat KANTOIIIII. cuti terus laaaa.
hang xnampak mke sharizat tu??peh,klh bini2ku gangster bai.cuak2,hahaha
ReplyDeleteController NES Terbesar Di Dunia(Video)
Perkassa sebelum repot perkosalah dulu lembu2 d kondo ada aircon kankankan...biar bapa katak dahulukan,anda berani,tak payah campur dlm hal ini buat malu melayu je,conner sanasini buat lawak bodo,rakyat tak sebodo dulu,yg masih bodo tahap goblok ampornogok,parti cencaluk..najis pun dah tahu asal meriah tanpa kekuatan lagi...berambussss ..
ReplyDeleteNampak sangat PERKASA mengatur strategi politik bagi pihak Mahdet Kutty. Apa yang Mahdet cakap semua depa ikut. Brahim Katak dengan Mahdet ibarat irama dan lagu.
ReplyDeleteDan kedua2nya akan melihat sendiri kejatuhan UMNGOK dengan mata kepala mereka sendiri tak kira dalam masa terdekat atau jangkamasa yang lama.
Si katak ni dah terdesak nak jadi calon Umno di Pasir Mas kah kah kah
ReplyDeleteMANA RAKAB KATAK WOIII! TAK MAHU SPIN KE WOIII.. KAH..KAH..KAH..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!