Scandal NFC: Shahrizat mohon cuti bukannya mahu berhenti.


Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.


CUTI.. bukannya BERHENTI!! Kalau nak berhenti tu rasanya jauh panggang dari api..

Isu NFC: Shahrizat mohon cuti tiga minggu

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shahrizat berkata beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Bernama

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Lembu berdaging digemas tak ado, yang den jumpo mamak keluarga sharizat jalil yang banyak daging, gemok gemok belako, ni pergi bercuti dah tentu guno duit lembu kan kan kan.

    ReplyDelete
  2. DSAI kata 12hb nak berucak di Turki. Kenapa berada di India pula.

    ReplyDelete
  3. kenapa cuti tiga minggu.
    letak jawatan & berambus terus.
    rm25 juta untuk ternak lembu.
    ini beli kondo, beli mercedes,
    beli tanah pulak.
    bukankah ini pengkhianat namanya.

    ReplyDelete
  4. lembu mami betina direhatkan utk disembelih
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  5. kalo tiada angin masakan pokok bergoyang.
    siasat atas kertas memang tak ada, tp guna status Ketua Betina UMNO & Menteri Bangun Betina tuu yg dpt tuuu....dunia blh lepas laa!
    "Jat, hang jgn berenti jd menteri sampai PR13 nanti sbb UMNO memang perlu sgn bantuan hang utk berkempen"

    ReplyDelete
  6. kahkahkah dah start cuti dahhh jat...

    ReplyDelete
  7. ini bercuti ke apa .. tahun tahun sebelum ini tak cuti ke??

    India, DSAI Merancang Mengambil Alih PutraJaya.

    Yg sah mmg ada penyelewangan tp tak de tindakan. Jgn tumpu pada penglibatan izat je.

    sprm sepatutny sudah mula siasat 2-3 minggu yg lalu.

    ReplyDelete
  8. Berhenti je lah Izat , sekeluarga , dah kaya raya pun belasah duit dana awam

    ReplyDelete
  9. Itu tandanya pemimpin Umno, telusss....

    Tak takut disiasat !! tak lari ke mana-mana kedutaan pun...

    macam si'anu' bengkok tuu..

    ReplyDelete
  10. tulus kepala otak rakab

    kalau tulus pinjaman tsbt diumumkan selepas diberi pd NFC.

    Kalau tulus pinjaman tsbt tak huru hara mcm skg.

    anak kau atau anak sedara kau atau anak buah kau tentu ada ambil pinjaman ptptn... pikir kan lah.

    rancangan jahat umngok gagal sb anwar berjaya menyelamatkan diri dar terus di penjarakan.. dan krn itu kes mahkamah jd lawak dan akhir nya terpaksa bebaskan anwar. Anwar licik .. pantas dlm politik.

    ReplyDelete
  11. Suruh siasat, pastu ko pegi bercuti. nak siasat macam mana? SPRM ikut bercuti sama kot?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post