Semalam di An-Nahdoh In.. Ribuan mendoakan kesejahteraan Anwar..(Video)

Semalam sewaktu berada di pelancaran LANG-GAR 901 seorang lelaki telah mendekati aku lalu dia bertanya "Pasai apa tak ada gambar Solat Hajat di An-Nahdoh In?".. dengan jujur aku menjawab "Saya tak pergi kat situ Pak Cik, pasai tertidur semula.." jadi sebagai memenuhi hajat Pak Cik tersebut... aku cari dan siarkan di sini..



Bertempat di Yayasan An-Nahdoh, Permatang Pauh, Pulau Pinang, pagi tadi, telah diadakan solat hajat khusus mendoakan kesejahteraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dihadiri ribuan jemaah yang datang memenuhi perkarangan kompleks tersebut.

Seawal jam 7 pagi lagi, kesemua jemaah yang bersolat hajat datang bertali arus memenuhi setiap ruang hingga kesesakan hampir mencecah satu kilometer.

Yayasan tersebut yang terletak di kawasan parlimen Anwar juga menempatkan pelajar tahfiz yang dididik sejak kecil yang sedia dalam keadaan apa saja yang berlaku dan redha ke atas pemimpin kawasan mereka.

Anwar yang berucap ringkas menyatakan rasa terima kasihnya kerana kesudian jemaah awal pagi lagi bersama-sama menunaikan solat hajat yang mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga dari fitnah yang melanda dirinya.



Hadirin yang memenuhi ruang solat juga menyatakan syukur ke hadrat Allah SWT kerana program tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Saksikan video klip yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

Semoga kita terus berdoa agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dihancurkan, amin....



6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anak Haram kg PertamaJanuary 8, 2012 at 3:15 PM

    kalau mcm inilah sambutan anuar aku percaya golong tikar la umno,comform najis jd ketua pembangkang dan rakab jd ulat pencacai..kah,kah,kah..kesian umno BN menangislah anak menteri2 yg suka berpoya2 nak tunjuk kaya hasil rasuah...minta nyawa2...kah3...termasuk kedai burit rakab golong tikar...org pakatan dah tahu mana rakab tinggal,tinggalkan burit saja

    ReplyDelete
  2. Hassan Ali dipecat?
    http://batuditepijalan.blogspot.com/2012/01/gempar-hassan-ali-dipecat-daripada-pas.html

    ReplyDelete
  3. Klu mengikuti kes prbicaraan ni, trnyata DSAI tdk brsalah. Hanya orng yg tidk bijak & cekap shj mmpercayainy. Sesapa yg sokong Najib tu brmakna dptlah sedikit saham fitnah tu.

    ReplyDelete
  4. tempat ustaz mutalib ni jgn main2... ramai yg pi solat sini org yg baik2, bukan mcm puak umno yang banyak buat dosa dan maksiat...

    kalau pun anwar masuk jail, yakinlah 110% allah alan laknat puak2 yang buat naya kat orang ni...

    tgu masa hg la najib, saipolll...

    ReplyDelete
  5. nuar pun satu hal

    time gini baru cari geng agama

    time senang...

    lupa dunia tak ingat akhirat

    ReplyDelete
  6. Lawan tetap Lawan!!!

    PEOPLE POWER VS CULPRIT PEOPLE IN POWER.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post