Sudah-sudahlah berbuat fitnah, hentikanlah pesan Anwar


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak yang berterusan memfitnah beliau supaya menghentikan perbuatan itu.


“Sudah-sudahlah berbuat fitnah, hentikanlah,” tegasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini.

Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki selepas dibebaskan mahkamah atas tuduhan Fitnah II, disambut ratusan masyarakat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Berhubung keputusan pendakwa yang mahu memfailkan keputusan pembebasan beliau, Anwar berkata, ia terserah kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk memutuskan.

“Itu terserah pada peguam negara. Saya ikut fakta dan undang-undang,” katanya ringkas.

Sementara itu, kehadiran beliau di sini menarik perhatian umum apabila rakyat yang hadir berpusu-pusu untuk bersalam dengan beliau.

Situasi itu menyebabkan jalan dari dalam masjid hingga ke tapak meletak kenderaan sesak sehingga kenderaan yang membawa Anwar beredar.

Pada Isnin lalu, Hakim Mahkaman Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam penghakimannya, Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA dan bukti lisan yang dikemukakan.

Keputusan itu,- yang turut mendapat liputan meluas media antarabangsa- disambut sebagai satu kemenangan rakyat dan dialukan oleh pelbagai pertubuhan, badan perundangan dan pemimpin antarabangsa.


UtaraNews

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Buat persediaan utk mati lagi bagus daripada asyik dok wat fitnah....hati dah kelam...., fikiran dah kotor....itulah jadinya...

    ReplyDelete
  2. Bagi UMNGOK PRU13 adalah hidup mati mereka. Mereka mahu kemenangan tapi dalam masa yang sama mahu merampas kekayaan negara secara penipuan dan rasuah. Pendek cakap depa nak dua2 sekali. Isk...3x

    ReplyDelete
  3. secara tersirat anwar sembahyg di mesjid kg baru ialah mendakwah pemimpin islam umno supaya mendekati rakyat dgn bertemu rakyat di mesjid.

    semuga mesjid/rumah allah ini dpt menyelamatkan mrk yg terlibat dng fitnah.

    sebaik baik nya semua kepala konspirator pergi berjemaah mesjid yg sama. sialfool tak boleh sb mamat tu main bantai je solat tak kira bontot dia bersih ke tidak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post