Sememangnya tindakan ini wajar dilakukan oleh pemimpin dari UMNO yang punya tahap intelektual setaraf dengan ternakan Sharizat di NFC.
Tak apa.. anggaplah ini sebagai Promosi Buku Jingga oleh Ahmad Maslan..
Ahmad Maslan 'bakul sampahkan' Buku Jingga
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.
Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat.
Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.
Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".
Bantu keluarga miskin
"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.
"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

"Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...
"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.
Ahmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei akan diserahkan kembali kepada rakyat.
"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi.
Malaysiakini
1st
ReplyDeleteshow him the way to hell in PRU 13
ReplyDeletesi Bangsat...
si pendek ni memang tak tau malu. Terang-terang minta kakitangan kerajaan sokong BN. Hujah macam budak tak sekolah
ReplyDeleteberhujah sebelah pihak bolehlah. Cuba ajak debat. Yang pendek itu pun termasuk ke dalam.
ReplyDeletetahap intelektual setaraf dengan lembu
ReplyDeleteNampak sangat pemimpin BN TAKUT akan sokongan rakyt kepada PR, lebih memalukan lagi dirinya sanggup bawa "Buku Jingga" naik kepentas untuk tunjukan akan ketakutyan BN pada PR.
ReplyDeleteBagi Tok Maslan niii
1) BODOH dan MEMALUKAN BN.
2) Tiada fakta utk berujah menumbangkan lawan.
Mat maslan dunggu ternakan BN tak memberi faedah langsung utk meng upgradekan umnog/BN menuju popular dikelangan rakyat,tindakannya membangkitkan kemarahan rakyat utk mengundi pakatan dipru nanti,siayam serama ni nak tunjuk dialah jaguh dlm semua aspek keberkesanan kelakuan bodo yg terang2 membunuh karier najib yg bersusah payah mencari simpati undi pd rakyat,siang/mlm mencari populariti sehingga sangup langgar Aqidah,NAMUN KERJANYA NAJIB SIASIA AJE DEK KEBODOAN MAT MASLAN AYAM SERAMA,ahli2 dan geng umnog semcm inilah yg akan meruntuhkan parti umnog utk terus terkubur dipru13 nanti......
ReplyDeleteapa yang salah dengan hujah ahmad maslan ?? memang tanah rancangan tu milik FELDA . Kerajaan negeri dah pajakkan pada FELDA (akta tanah kelompok 1960).
ReplyDeleteTanah milik Felda plantation ker FGVH ataupun pajakan kepada FGVH adalah perkara bodoh yang dihujahkan oleh pakatan haram .
Dalam kes Felda ni nampak sangat yang bodoh adalah PKR .
.mudah tu..
ReplyDeletecuba tengok harga saham kat surat kabar..belajarlah sikit..
alamat mampuslah peneroka yang tak
pandai main saham..
akhirnya ahmad maslan telan semuanya..
..bedebok bedebak hoi kalau main saham..boleh lemah jantung bila tengok harga turun..
Apa pun biarkanlah tanah tetap
menjadi hak milik peneroka..
Saham hanyalah perjudian yang merugikan..
Lihatlah nasib ASB ASM
salam semua
ReplyDeletecuba tengok PNB ada berapa amanah saham???
9!
ASN dah ada berapa ???
3!
dalam quran sudah tulis. "dalam sejarah ada pengajaran bg org yg berakal"
dah berakal ke kita ni???
Alias Bin Hasan
salam.
ReplyDeletebila lihat gelagat pak ahmad dengan tong sampahnya tu.. aku teringat gelagat pak khir toyo dengan penyapunya..
standat pimpinan yang dipilih dlm amno macam tu.. tak lebih & tak kurangnya..
tanda2 berakhirnya pak ahmad tak lama lagi..tunggu......dan lihat... mungkin menyusul selepas pak khir toyo.
bila diundang berdebat secara ilmiah .... banyak songelnya.
ada ilmu... simpanlah bersama jasad hingga keliang lahad. sebab ilmunya tak bermunafaat.
gajah mati tinggalkan bangkai. harimau mati tinggalkan belang.. manusia bernama pak ahmad tu nanti kelak.. tinggalkan apa ya.... nama..pak ahmad tongsampah.
LORRRR INILAH LEMBU NFC YANG TERLEPAS SEKOR....
ReplyDeletementeri2 umnongok mcm maslan ni takat tu je la keberanian dia...depan kamera...
ReplyDeletecakap aje lebih.kalau beran, debatlah...habislah saham felda nanti jatuh kt temasik. singapura tunggu peluang jer nak beli saham felda tu..habislah semua tanah melayu.pemimpin umno bodoh..nanti peneroka felda disuruh jual saham dia orang pulak...
ReplyDelete.
ReplyDeleteKpd 317 pemimpin Felda yg menentukan nasib kerabat Felda.. jd lah pemimpin yg beramanah dan bijak.
tny maslan mcmana proton boleh rugi?
.
ReplyDeletedia cuma buang satu buku je dlm tong.
org felda setiap se org simpan buku Jingga ..
Mcm lupa diri lah pulak. Ego dan sombong bila ada pangkat dan kuasa. Apalah punya mentaliti mcm ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!