Video diakhir entry..
Pendedahan tentang keburukkan atau kepincangan dalam UMNO selepas tahun 80an oleh Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir bermula pada minit ke enam dalam video ini..
Buat pencacai-pencacai UMNO kalau nak kritik atau kondem kenyataan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir ini.. tanya diri sendiri dulu “sudah berapa tahun aku bersama UMNO”.. sebabnya Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir sendiri telah bersama UMNO selama 55 tahun iaitu sejak dari belum merdeka..
Kadir: Apa dah jadi dengan Umno...
Timbalan Presiden Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata Jawatankuasa Displin Umno "tidak perlu bersusah payah" untuk menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap satu kritikan terhadap parti.
Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman "penuh dan tidak diedit" kepada jawatankuasa displin pada minggu depan.
Katanya, kenyataan dan rakaman temubual dengan Malaysiakini, Harakahdaily dan MOBTV serta ucapannya di Seminar ASLI telah direkodkan dalam DVD dan akan diserahkan pada minggu depan.
"Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno.
"Itu sahaja, sebab saya kenal Umno. Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin," katanya.
Bercakap dalam sidang media, Kadir mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" sebelum tindakan diambil.
Kaji dahulu 'kritikannya'
Bercakap dalam sidang media, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" dan melaksanakannya kerana beliau yakin ia akan membawa kebaikan kepada semua bagi jangka masa pendek atau panjang.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata jawatankuasa displin parti itu mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap ahli yang melanggar etika parti termasuk jawatankuasa itu akan merujuk kenyataan Kadir yang didakwa menjejaskan kepentingan parti.
Mengulas lanjut, Kadir berkata beliau menerima rombongan ahli keluarga rapatnya yang meminta supaya "jangan buat itu dan buat ini", bahkan dihubungi pihak media meminta komen berhubung jawatankuasa displin yang diminta menyiasat kenyataannya.
Antaranya cadangan dan pandangannya kepada Umno yang dilaporkan pihak media, yang dianggap sebagai "kritikan" ialah berhubung dakwaaan rasuah politik untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi dalam parti.
Kadir menganggapnya ianya satu perkara "keji dan jijik" dan mendesak kerajaan dan parti supaya menghentikan apa yang didakwanya "pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya.
"Saya yakin ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan berkekalan untuk mencapai objektif tersebut.
'Kita diperhati'
"Percayalah bukan sahaja rakyat dalam negeri tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhati kita. Perbuatan ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman," tegasnya.
Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendakwa pengedaran wang tunai kepada rakyat, akan merosakkan nilai murni dan cara hidup mereka.
"Adakah ini yang kita hendak wariskan kepada generasi akan datang?" soalnya.
Selain itu, Kadir turut membangkitkan berhubung kegagalan pemimpin bumipitera meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat seadil dan sepatutnya.
Menurutnya, pandangan yang diberikan dalam rakaman tersebut "tidak sampai 10 peratus" daripada yang dilakukannya sewaktu beliau menjadi exco Pemuda Umno pada tahun 60-an dan 70-an termasuk berhujah, mengkritik dan memberi pandangan.
Beliau yang pernah bekerja di bawah bekas ketua Pemuda Umno ketika itu Allahyarham Datuk Harun Idris, ketika itu bukan sahaja tidak perlu menghadapi jawatankuasa displin teatpi sebaliknya diberikan peluang berkhidmat dengan pelbagai jawatan.
"Saya sendiri dilantik oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan kemudiannya menyambung jawatan sebagai setiausaha politik kepada menteri-menteri kabinet. Allahyarham Tun Hussein Onn pula memilih saya untuk bertanding di kawasan parlimen Kulim-Bandar Baharu pada tahun 1978.
"Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan semua yang berkaitan janganlah menghina Umno yang sepatutnya terus dikekalkan sebagai sebuah parti demokratik.
"Ahli di semua peringkat harus dibenar bersuara dan pemimpin pula harus mengkaji hujah-hujah dari ahli ini," katanya sambil menyatakan keyakinan hujah itu akan menyubur dan menguatkan perjuangan parti.
Menjawab soalan pemberita mengenai statusnya dalam parti, Kadir yang juga bekas menteri penerangan menjawab beliau masih lagi ahli Umno.
Ditanya sama ada beliau bersedia berdepan dengan apa sahaja tindakan jawatankuasa displin, Kadir yang juga bendahari Umno Kulim-Bandar Baharu berkata beliau "tidak ada masalah".
"Saya tak ada masalah apa. Saya pun tidak bergantung hidup dengan parti....Tak ada masalah, cuma saya kesianlah bahawa kita sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal. Itu sahaja," katanya.

Dah cukup jelas... tapi ramai yg masih buta mata hati.. huhu
ReplyDeleteOrang yg kecewa memang macam tu..macam DSAI le juga..sendiri bermasalah disalah parti dahulunya..sapa nak percaya!!yg percaya hanya puak2 karat PR aje..
ReplyDeleteP/S: Kubur kata mai..rumah kata pi la hang...
tulh..kalu dh bodoh..mmg payah nk di ajar..
ReplyDeletesenior sendiri sudah buka pekung, terima saja lah kebenaran walaupun pahit. Tukar sajalah kerajaan, jgn jadi hamba duit,
ReplyDeleteparti sarkis amno nih.....tobat tak mau dengaq cadangan mcm tuh...cuma bila tersungkoq nanti...baru ada akai....
ReplyDeletekah kah kah
AKP
ReplyDeletekecewa ke tak kecewa ke...tuan Kadir Sheikh Fadzir tu dalam dan masih ahli parti umno.bukan melibatkan PR waima bau bau bacang pun termasuklah kami kat sini.ni masalah dalam hal rumah tangga umno sial yg sedang mereput membusuk.jadi bukan masalah.kami cuma boleh tgk aja.AKP..hang jgn luah kecewa plak dalam sini dgn statment tan sri kadir tu.dia tu senior hang..hang tu macai longkang aja.blm ada apa2 jawatan dah duk menolak cakap org tua2..dah tu macam mana umno tak mereput membusuk..sbb ada golongan nangoi mcm hang belambak dalam umno yg jadi macam tu.
Umno bn biarkan mampos dan mati mereput degan sendirinya ,mereka fikir diorang semua bagus belaka tak bolih ditegur dan dinasihati , makan duit rakyat rampas hak orang melayu , kita melayu semua rakyat malaysia pakat undi dan sokong pakatan rakyat baru ada pembaruan kan kan kan.Jahanamkan umno bn yahudi.
ReplyDelete"pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya kata Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
ReplyDeleteKalau Pemimpin dah hidup dengan amalan RASUAH dalam pentadbirannya maka dizahirkanlah kepada rakyat.
Sedar tidak sedar Allah telah tunjukkan dgn nyata kepada rakyat.
Maka fikirlah rakyat jelata sekalian.
Kena tanya mamak ini ...mengapa waktu mamakkuty jadi PM hang tak berani kritik?? Inilah manusia opportunis! kerana sama2 mamak kah?
ReplyDeleteAmbik peluang nak jadi calon pilihanraya le ni... Dah lebih 50tahun jadi pembelit..
ReplyDeleteTakde kena mengena dengan PR. Ni masalah dalaman UMNOngok..bukan baru2 ni je umno lari dari perjuangan.. sejak dari taman Dr mahathir lg.. bilamana anak2 dia bolot kontrak kerajaan dan penswastaan.. bila nak lingkup 1997 kerajaan juga yg kena suntik modal berbillion RM.
ReplyDeleteRasuah dalam umno ni ibarat isi dengan kuku.. sebb tu masing2 kejar jawatan dan sanggup menikam kawan sendiri sebb terpesona dengan kekayaan bila dah terpilih. mana taknya, jd ketua bahagian, ada je projek masuk 10%, tu yg jadinya buat semua runtuh, terbengkalai.. angkara tak cukup modal laa.. sebab dah kena kitai dek penyamun2 umnongok nih.
kepada org2 dalam umno.. sedarlah apa lagi yg tinggal dalam umnongok.. hanya parti yang menongkat dengan pangkat dan harta.. nak perjuang agama dan bangsa jauh sekali.
marilah kita ramai2 bersama PR.. parti yg baru dan penuh ikhlas berjuang utk rakyat..
mamu kadiaq, tunggu apa lagi join la pakatan... pas ka, pkr ka dap pun boleh...
ReplyDeletekita kasi tukaqqqq
.
ReplyDeleteberbeza detul cara TS Kadir ini jika dibandingkan dgn Hassan Ali.
Jd kritikan TS Kadir ini adalah krn nak selamatkan UMNO.
Sepatutnya ramai pemimpin umno sezaman TS Kadir ini memberi 'nasihat' kpd pemimpin muda dlm UMNO.
Mamak Rakab.. Masa mamakkutty tak de bagi "pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya.. Cara ini sgt keji dan jijik.
Cara "pemberian rasuah" ini kira dah tahap gadai perjuangan dan maruah!
.
ReplyDeleteaku tunggu pencacai komen yg Pakatan PP dan Selangor bg duit macamana pulak?
Kalau tak tanya aku akan tanya dan posting persoalan tsbt .. konon konon pencacai yg jwb.
ayuh pPAS AKP dan Rakab...
DI HARAP PAKATAN RAKYAT, PAS, PKR DAN DAP DAPAT BUAT SALINAN BANYAK2 UCAPAN KADIR SHEIKH FADZIR NI KE DLM CD/VCD/DVD DAN DI SEBARKAN KPD SEMUA ORG TERMASUK ORG2 UMNO, PEMUDA2 BELIA SUPERHERO, MAHASISWA-SISWI DAN JGN LUPA MAK CIK PAK CIK FELDA SUPAYA MEREKA DAPAT MENILAI SIAPA UMNO SEKARANG...
ReplyDeleteUMNO SKRG SEBENARNYA BUKANLAH UMNO DAHULU...UMNO SKRG IALAH SEJENIS HANTU RAYA... UMNO DULU DH LAMA MATI...REST IN PEACE, R.I.P...
JADI DR MAHATHIR TELAH MENGHIDUPKAN PARTI FRANKESTEIN INI YG PERANGAINYA LEBIH KRG MCM HITLER...
AKP YG BUTA MATA HATI,
ReplyDeleteMEMANGLAH KADIR SHEIKH FADZIR NI KECEWA... KECEWA DGN PERANGAI PEMIMPIN2 UMNO SKRG YG SAMA JAHAT DGN MANUSIA2 KEJI... SANGGUP RASUAH RAKYAT SEMATA2 UTK TERUS BERKUASA...
SETELAH 54 TAHUN, UMNO NI DH JADI SAMA PERANGAI DGN AMERIKA SYARIKAT, MEMANG BERJASA PD MASA SATU MASA DULU, TERUTAMA MASA SELEPAS PERANG DUNIA KE-2 SBB MENGHENTIKAN PERANG DUNIA TERSEBUT, TETAPI BERUBAH PERANGAI SEJAK MENJADI ALAT ISRAEL/YAHUDI... UMNO PON SAMA JADI BEGITU KERANA DH DUDUK DI BWH TELUNJUK APCO-WORLDWIDE...
perlu berhati2 dgn mat-mat gelap dai negara manapun
ReplyDeleteMasalah dalam kelambu hangpa, hangpa settlelah sendiri. Cakap banyak pun buat malu kat orang jer...
ReplyDeleteIkhlas ckp...baik Kerajaan PAKATAN mahupun rakyat...kena berhati2 dgn org2 UM***NO jenis begini terutamanya yg dh bersara!!mereka2 ini adalah..Dulu,Kini&Selamanya dgn UM***NO..dh kaya pun..dh LAMA dah..jd sbg pelindung utk kepentingan yg ada aka kesenangan diri..mereka2 ini juga akan membuat kita semua menjadi simpati
ReplyDelete&kesian kpd mereka2 sekiranya Kerajaan PAKATAN memerintah negara nti..mereka2 ini tidak mahu akan diambil tindakan aka dikenakan hukuman atas kesalahan yg dilakukan sewaktu mereka2 ini memimpin&berkuasa!!!
org kulim
ReplyDeletekadiaq dah nyayok dok kulim dulu dah 30 tahun tak dak apa pun hampa p tgk bandar baru beza dgn parit buntar...pekan padang serai lagi maju...dia pegang 30 tahun apa da...dia yg buat keja yg dia cakap...dulu sapa yg main duit...
dah pencen duk diam sudah klu tegak mcm hasaan ali tu lain la...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!