Pada 30 Januari 2012 yang lalu, BERNAMA telah melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau kecewa tetapi tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.
Ini kerana menurut Tun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.
"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.
Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat – laporan penuh sila baca di SINI
Kurang pasti pula aku ‘Anwar hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dulu lagi’ yang dimaksudkan oleh Tun itu sejak bila agaknya.. boleh jadi sejak Anwar dilahirkan kot..
Jika Anwar mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi sejak beliau dilahirkan barulah Tun boleh mengatakan Anwar sudah lama ada hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi..
Yalah.. Tun dikatakan pernah berkawan dengan Yahudi sejak di Universiti lagi.. jadi kalau Anwar dah berkawan dengan Pemimpin Yahudi sejak dari dilahirkan barulah boleh dikatakan Anwar dah lama berkawan dengan Yahudi oleh Tun..
Menurut apa yang pernah disiarkan oleh The Australian Jewish News pada 17 Julai 2009, Tun Mahathir dikatakan bersahabat dengan seorang Yahudi Singapore bernama Yahya Cohen.
Yahya Cohen yang kemudiannya menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura adalah rakan sekelas Dr Mahathir sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya di Singapore.
Dan dalam artikel yang berjudul ‘Life in Jewish Malaysia’ itu Tun Mahathir juga dilaporkan sering berutus surat dengan Yitzak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel.
Malah Tun juga didakwa pernah mengajurkan lawatan sambil belajar bagi kanak-kanak Yahudi dari Israel untuk bertemu kanak-kanak Islam di Malaysia.
Selain itu Tun juga dilaporkan telah membawa masuk seorang intellek Yahudi tersohor ke Malaysia untuk satu lawatan rasmi..
Betul ke nih Tun?.. Bertanya tak salahkannnn?
Info dari : TulangBesi @ Malaysia Waves
Artikel yang dimaksudkan iaitu ‘Life in Jewish Malaysia’ boleh dibaca di SINI
kalau yahudi orthodox xpe jgk , ini......sama jugak set set zionis
ReplyDeleteSebenarmya, Tun Apanama tak berapa ingat name yahudi tu. Tun apanama ingat orang itu Melayu Celup sebiji cam Tun sendiri. Maka terus jadi karib.
ReplyDeleteMemang terbukti lagi mamakkuty ular kepala dua! Lidah bercabang. Melayu kena tipu lagi oleh mamakkuty!
ReplyDeleteKenapa kita pun nak jd yahudi?Rasulullah pnah suap mknanan pd pengemis yahudi.pdahal pengemis yahudi tu dok fitnah nabi.nabi kwn baik dia ka?nabi xminta pujian.xberharap pengemis tu apa2.xtau la klu berutus surat tu indicator Tun dgn pemimpin israel ada komplot malaysia nk sokong israel.berita dari yahudi kta amek,berita dari saudara kita sendiri kta sangsi.xkan kta lahun?berpijak la dgn kaki kta sendiri.
ReplyDeletekalau dah namanya umno bn yahudi apco apa nak disangsikan dalam kabinet umno memang ada yahudi tak percaya tanya mamakkuty lidah bercabang tu bersama dengan chadra muzaffar keling kutty tu kan kan kan.melayu juga yang jadi mangsa memang dasar melayu bangang
ReplyDeleteBerbeza sangat dengan Anwar...
ReplyDeleteAnwar sanggup jadi khadam hamba pada yahudi zionis demi kuasa untuk dirinya sendiri..
Anwar rela jadi boneka yahudi zionis asalkan dapat jadi PM !!
Anwar redha gadaikan nyawa rakyat Palestin demi menjaga keselamatan
Israel zionis...semuanya demi mengharapkan sedekah yahudi zionis
berterusan kepadanya..
ASD, nampaknya hang berjaya jadi keldai zionis kat negara ni..
Spin jgn tak spin rakab.. Kalau brita australia tu mention nama anwar, dh lama pencacai2 Umngok sedunia lagu hang menjaja berbulan2 tapi sebab kena btg hidung pemimpin sendiri. Kau spin macam org gila.. Hahaha
ReplyDeleteBagi aku artikel Andrew Harris ni sangat bagus dan boleh menyedarkan penyokong2 Pakatan Haram yang rata-rata berfikiran sempit tu.
ReplyDeleteBukan saja Tun M , aku pun ada kawan yahudi masa belajar dulu . Buku teks pun yahudi yg tulis. Teori yahudi. Alat yahudi yang cipta. Kawan Tun M tu maknya orang IRAQ dan ayahnya orang YAMAN berbangsa yahudi . Yahya
Cohen ni keturunan Oriental Jews.
TunM bawak pasukan kriket masuk malaysia. Bawak pelajar ke sini . Bawak cendikiawan yahudi ke malaysia . Tun berbuat demikian untuk menunjukkan kepada bangsa yahudi bahawa negara Islam Malaysia TIDAK PERNAH BERMUSUH dengan orang menghormati Islam. Yang ditentang oleh Tun adalah Negara Israel bukan bangsa yahudi.
Tengoklah sendiri dalam Flotilia Pembebasan Gaza yang Tun adalah penggerak secara langsung, orang yahudi pun turut sama . Yahudi yang menjadi warga Israel pun turut sama . Malah mereka juga menentang dasar binatang puak zionis.
Yang celakanya tentang pecahan bangsa yahudi ini ialah Zionis. Bukan semua yahudi adalah Zionis.
Gerakan New Conservative di Amerika dan gerakan politik bawaan Moses Hess dan Theoder Herzl's merupakan setan yang menubuhkan negara Israel di bumi Palestin.
Negara Israel inilah yang dijanjikan sokongan dalam segala bentuk dan usaha oleh Anwar Ibrahim bagi menjamin keselamatannya.
Dan yahudi Amerika dari puak New Conservative inilah yang diharapkan oleh ANwar untuk mengisi tabung pilihanraya PKR. Tabung inilah yang membiayai poster , upah budak naikkan poster , buat makan minum dan elaun penyokong PKR dan pakatan haram.
Adakah Anwar berani memperjuagkan Palestin merdeka di pentas antarabangsa sepertimana yang Tun Mahathir lakukan ??
AKU X PERCAYA KATA MAHADIR NI KAWAN DGN YAHUDI YANG AKU TAU AKU NI MELAYU YANG ADA KERIS YANG DIJULANG SUKA YAHUDI. SEBAB APA YAHUDI SUKA PENJARA ORANG TANPA BICARA. SUKA BUAT PROBOKASI KAT ORANG YANG LEMAH BILA MEREKA BERKUASA. ITULAH YANG AKU MINAT. ITU AKU SUKA KAT MALAYSIA NI DIA ADA CIRI-CIRI YAHUDI JUGA .TENTERA DAJAL
ReplyDeleteppas.. ko kwn dgn yahudi dah berlagak tunjuk terror kat sini.
ReplyDeleteaku lg terror tau .. nabi nabi aku lagi pulak .. ada yg yahudi.
***
bila dah diistiharkan tak de hubungan diplomatik maka apa pun sbb.. nak main kriket ke.. nak bawak pelajar yahudi masuk sini ke.. bahkan cendikiawan yahudi pun .. mmg tak boleh.. kau faham tak!! Msia tak de hubungan diplomatik dgn Israel! .. jd mcmana dia org boleh masuk? knapa pulak pemain celsea tak dibenarkan bermain? dan kenapa pulak yg tinju siam tu boleh pulak.. sb Nak Jaga Hati Israel.. jd main tarik tarik tali!
akhir nya saat saat yg aku tunggu pun tiba.. akhirnya puak pencacai pun kata ada org yahudi israel turut sama Pembebasan Gaza.. Dan sb tu lah hak keadilan rakyat yahudi israel ini lah yg sepatutnya di beri hak full support..
Nak bezakan yahudi dgn zionis ni pun bukan senang .. so tu sbb (rakab atau mungkin ppas) keluar fatwa haram berkawan dgn yahudi.
senang cerita supaya semua faham beza antara yahudi dan zionis ialah..
Zionis - zalim dgn sanggup tabur fitnah.. berniaga sikit komisyen nya lebih .. boros seboros borosnya .. cakap berani buat nya takut, tu diajak debat .. terus senyap!.. strategik praya bykkan undi PATI ..
secara ringkas, yg baik dgn umngok dan Tun M semau nya zionis.
terus terang lah, Tun M berani memperjuangkan palestin di pentas antarabangsa krn disebalik semua itu ... sebenarnya dia mengadakan kerjasama erat dgn Israel. tu sb Israel tak kisah lantang mcm mana dia kutuk Israel... sb yg tetap untung ialah Israel.
berbalik kpd anwar salah ckp je yahudi dah bersuara.. label dia anti yahudi. tekan org pengaruh supaya anwar dikenakan tindakan. tp anwar tetap anwar .. keadilan sejagat iaitu keadilan yg dijanjikan oleh islam dialam semesta ini.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!