
Dalam pemerhatiannya yang telah menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang beliau telah melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering disensasikan oleh media arus perdana tentang untung nasib Melayu dan Islam disini.
Menurut beliau juga jika dipercayai sepenuhnya apa yang dilaporkan oleh media arus perdana di dalam akhbar dan juga media elektronik kemarahan pasti akan timbul dan 1001 tohmahan akan dilempar kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.
Hakikatnya masalah berkaitan orang Melayu dan Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini, namun begitu kini di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP ianya jauh lebih baik dari semasa di bawah UMNO/BN..
Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk Islam
Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.
Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.
Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.
Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).
Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?
Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.
Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.
Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.
Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.
Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.
Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.
Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.
Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.
Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00
5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.
Sumber : Kuda Ranggi
Haa...ambik kau UMNOOO!
ReplyDeleteAkp setuju sungguh2 kenyataan2 bekas pengarang Bernama, memang rasa macam terbela, macam aje...
ReplyDeleteAkan tapi dengan ini benar kata2 Zul Kulim dlm blognya bahawa permulaan pemerintahan Lee Kuan Yew di Singapura era 50~60an, beliau mendampingi kaum2 Melayu/Islam sehingga terpaksa memakai songkok bila masuk kampung2 Melayu...Kaum2 Melayu time tu punya bangga dgn penampilan beliau dan terus menyokong beliau/parti PAP..tapi apa jadi Melayu/Islam di Singapura la ni...paderi Melayu Islam pun belambak...bangga lagi...
P/S:..terang dan jelas masih yg terperdaya..
hahahhaa...lg sekor..aku dh agak dh..mamat asd ni xde la sebijk mn..sesuai dgn penampilan n muke ala2 mat ganja...oi mat ganja..ko mmg jenis pemals kn..otak zero..nk wt artikel xreti..slalu copy paste artikel org len je..artikel sengal cmtu pon ko amek..oi bebal..cube la wt perbndingn dgn peruntukn utk agama2 lain plak..lps tu cubela wt perbezaan berdsrkn bil plak..adoi..dh la main ambk je smbr dr jab agma islam png yg diketuai oleh org politik..hehehe..
ReplyDeleteoi asd..xnk wt artikl psl patrik wong kene bunh ke..xkn penyamun msk rmh curi xsmpi 1000...spe la yg bunh ye..hahaha..jgn plak tduh org umno bnuh..so ape lg..kpd adun2 pasir,,sile la saman rpk klo brani..dasar pengecut org2 pr ni..mcm ketua die jgk..si nuar brahi tu..samn utusn brani..sman nala,ezm n umi xbrani sbb tkt lg byk kebenran akn didedahkn..
pok nik lg lawak..smbutn maulidur rasul die kate ikt agama kristian..tp trkh 14feb die nk plak wt hari suami isteri..trkh len xde ke pok nik oi..tu kn hr valentine..dlm sthn kn ade 365 hr..ulama ape ko ni sbnrnye..hahaha..sdh2 la gila kuasa tu pok nik oi..pngkt ko tu xblh bwk msk kbr pon..
sape bunuh patrik wong oi..org umno ke..hahahhahaa..
ReplyDeleteWOI POKNIK SIAL,KALAU TAK SUKA ASD PERGI LAIN TEMPAT LA,BUAT APA NAK MENYEMAK KAT SINI
ReplyDeleteSudaaa la pencacai UMNO/BN... dah takde modal la tu nak balas balik... Tak bleh terima kenyataan... Kalau dah BODOH SOMBONG tu diam2 sudaaa laa... lagi mau tunjuk bodo korang tu... sikit2 samakan ngan spore...aku ni hari2 bukak tv spore la wei... tengok berita dia... isi lagi bagus dari TV pencacai UMNO/BN.... Tak sama mcm korang sebut pun... Lain kali diam je cukup la kalau dah bodo tuu..
ReplyDeleteBuat malu kat kaum kafir jela.. huhu
ReplyDeleteKenapa sudah Pencen baru nampak perbezaan Islam di negeri yg ditadbir Pembangkang?
ReplyDeletePR - Islam lebih terpelihara.
Lebih baik kamu jgn toton tv1,2,3.
Zul Kulim?? Siapa tu? ada sesiapa kat sini yang kenal dan percaya si Zul Kulim tu?
ReplyDeleteInilah masalah besar pegawai-pegawai tinggi kita. Semasa berjawatan semua buta pada hal mereka mempunyai berbagai kemudahan untuk mengetahui kebenaran. Malangnya tidak ada pun sedikit niat untuk itu. Maklumlah gaji besar nanti sikutuk mahataik singkir mereka. Lebih-lebih pula anak jati Pulau Pinang sendiri. Soalnya tak pernah kah balik kampung dan melihat keadaan sebenar? Kenapa sekarang baru teringat bekas kampung halaman?
ReplyDeleteTok wan
ReplyDeletesudah pencen nampak perbezaan islam.
sbb sebelum ini Pakatan tk lg memerintah. dan mungkin baru pencen tahun lepas?
dan selalu nya masuk tahun ketiga baru nampak perbezaan dgn nyata. kalau tahun pertama org kata baru setahun memerintah.
dan krana terlalu melapurkan perkara yg boleh menyebabkan org naik marah maka dibuat siasatan sendiri.
kira dia ok lah..
jangan menuduh kakitangan awam sebegitu.memanglah masa dia bekerja, pekara2 ini tidak boleh dinyatakan.Kakitangan awam terikat dengan Peraturan sedia ada.suka tak suka kena ikut government of the day.
ReplyDelete.
ReplyDeleteakp 1:26 am
kenapa cina gerakan tak buat mcm terbela.. macam je.. dan kenapa umno pun tak buat mcm terbela???
sb mrk mmg bela dan bukan macam bela .. bela kroni.
kalau LGE buat mcm pun.. dah tiga tahun org islam penang dpt rasa duit rakyat.
Masa Gerakan/UMNO duit bulan ramadhan pun tak de. Gadai tanah melayu sebelum Pakatan/DAP .. Yg selamat tanah wakaf.. Ini bukan macam .. tp mmg kerja UMNO.
Kalau tak nak belambak paderi mcm singapore.. konon lah.. mcm lah aku tak de sedara singapore....kalau tak nak belambak paderi ckp lah UMNO boleh bg lebih dr itu??? Buat lah mcm rakyat boleh percaya.
Sini paderi tak belambak pun .. ramai yg nak murtad.. perangai lagi teruk dr anak anak sedara aku di singapore.
Kalau betul lah agama lain dpt peruntukan lagi bagus.. mamak mamak penang tu tak kan diamkan diri. Jd tlg lah mtk mamat mamat penang tu yg dedahkan. apa ke bodoh asd pulak yg kena dedah kan kalau senjata makan tuan. yg suka kat sini kau sorg je.. yg marah asd pulak kat sini ramai..
Pakatan tak de nak buang masa dgn beruk betina dan beruk jantan 2 tiga ekor tu.. knape berhenti bercakap?? bising lah hari hari smp anuar saman!!
prg bulanan al-quran
UMNO GERAKAN - tak baca quran
Pakatan (Pas/PKR)- baca quran.
Tuan Syed adalah lebih baik jika tuan masukkan perbelanjaan hiburan di Penang yg ditaja oleh UMNO Be End sbg perbancingan.
.
ReplyDeletedulu kalau buat macam je.. bukan cina gerakan atau mca yg bising.. umno yg bising.
kalau org islam byk prog islamnya maka akan lahir lah org org yg baik yg benci fitnah, benci rasuah dan benci sikap pura pura pemimpin umno. Mrk takut pd dosa dimana bg umno boleh diganti dgn 3 kali pergi umrah.
tu sbb zaman amno gerakan tak berani buat !!
kau org kira berapa juta pencacai mamak dan kroni rugi .. adalah kira kira RM 80 juta ke RM 90 juta dr 2009 - 2012 setelah di tolak RM 25 juta masa UMNO iaitu 2008... angka dr peruntukan berkaitan hal ehwal agama islam..
patut lah asyik berdemo .. sb mrk terlepas RM 80 juta !!!
Dapat bayar hutang 600juta dan boleh bagi pelbagai sumbangan untuk rakyat.
ReplyDeleteKalau Bee End yang memerintah, HUTANG MAKIN BERTAMBAH DAN RAKYAT MELOPONG JE LA...
-wakleman
Anon 6.35pm
ReplyDeleteKau jangan temberang lebih2 la..kata ada saudara kt Singapura...agak2 la nak temberang...dosa kering aje...aku dah pijak bumi Singapura...dan lebih banyak yg aku tahu..sedih la...Melayu/Islam kt sana..
P/S: Biar buta dimata, jgn buta dihati..
Aku hairan dengan puak Melayu UMNO ni,nak dikatakan BODOH tapi BANGGANG. Buah fikiran dia tak cerdek tapi BAHLOL. Memang Sah dan benar Tak tahu menulis dan membaca dilantik menjadi JKKK.
ReplyDeleteAKP 10.28:
ReplyDeleteTak payah ko heran dengan org Melayu Singapore tu.. Dorang pun suka dengan keadaan dorang sekarang.. Nak buat mcamana lagi. Jangan samakan Melayu Malaysia dengan Melayu Singapore..
Aku macam x heran jela dengan komen anon no 2 & 3 kt atas tu. SOMBONG GILA DUNIA.... terima jela kenyataannya, elaun Huffaz, elaun Quran,elaun Ekya`. Ape? selama bertahun2 Exco Melayu BN dulu langsung tak penah tepikiaq nak usul elaun ni ka? elaun apa yang hangpa dok mintak? GILA Donia Sunggoh...
ReplyDeleteAKP
ReplyDeletekau masih ulang perkara isu yg sama.
kalau ikut kan sejarah yg salah pun umno lepaskan singapura kpd LKY tanpa ada parti melayu yg kuat spt mana umno semenanjung ada mca, ada mic. Politk sana mmg aku akui cina singapura yg pegang. tp melayu dia tak melarat. Sistem beli rumah mudah. pengangkutan sentiasa ada. Rasuah paling rendah. dlm national geo, LKY mengalir air mata krn keluar dr msia.
Bini aku org Singpura. salah sorg kawan dia dreber truck. So cara kehidupan dia lebih baik dr dreber kita kat sini. Ya mungkin susah tp stand of living dan jangkaan kehidupan dia tinggi.
Kau pijak aje.. aku duduk sana seminggu dan pasport aku penuh pergi sana.
depan rumah abang aku dulu mmg betul ada pusat/gereja utk org melayu.. tp tak ramai keluar masuk.. kalau sini dibuat satu pusat/gereja org melayu aku tak leh nak bayangkan lah. dan aku bukan nak kata agama dia org kuat. tp susah dia org masih lagi islam.
aku belum cerita betapa mudah abg aku yg kudung kaki dpt claim socso dia. siap boleh pergi haji lagi.
tak byr nafkah ikut mahkamah.. terus masuk penjara satu hari. sini ada tak bayar nafkah masuk penjara.
p/s biar buta dimata ..biar buta dihati.. tp tak buta iman.
so kita fokus aje melayu di sini.. jgn lah ckp psl melayu singapura atau afrika..
Abg anon atas ni, saya bukan tak percaya. tapi abg kene percaya, memang dah lama ada gereja org melayu kt PJ tu. Kan ade Paderi nama Kamarudin tu aaa.. kalau nak kata BN juara akidah, dah lama ade kt PJ tu, pegilah serang! kalau nak kata Hassan Ali betul2 juara akidah, masa pegang kuasa asal tak serang? ini serang gereja yg tak sepatutnya. pastu buat time dah tersungkur dari jawatan. PUIIIII!
ReplyDeletetaupun undang-undng persekutuan menghalalkan segala-galanya......
AKP...the loserr sian kat hang...
ReplyDeletesingapore punya hal tahun 50an pun ungkit balik.hang tak sedar ka PP tu sejak tahun 70an lagi dah disingaporekan oleh gerakan dgn restu umno keparat.sedar dak AKP oiii!!! yg melayu telah terusir secara terhormat sejak tahun 70an selepas 13 mei.hang sedar dak?
kenapa umno yg majoriti besar kerusi DUN dalam negeri PP waktu tu masih boleh beri pd gerakan utk jadi KM PP masa tu?la ni bila hilang kerusi BN jadi pengkangkang baru nak sentuh bab singapore.dasar macai standard longkang mmg akan sentiasa berpikiran macam tu.aku terima aje tapi aku cabar hang.jika BN amik alih kerusi majoriti PP pd PRU13 ni.ahli UMNO yg akan memegang jawatan KM PP. tobat lahumm amenot tak berani punya.duk sedut kerandut telox gerakan brapa lama untuk sisa2 daki projek.
anon taik February 12, 2012 1:44 AM
hang munkin tak pernah membaca kot..biasa laa standard macai..jenis buta perut.tak kira copy paste apa pun.untuk pengetahuan hang laporan berita dari utuseks pun hanya dibeli dari BERNAMA.wartawan utuseks semua pemalas..hanya pandai buat fitnah saja.jadi tak ada masalah ASD nak copypaste untuk dijadikan issue bagi sesuatu berita.asalkan laporan tu adalah benar dan saheh.itu baru dikatakan bertukar maklumat untuk pembaca.lagi satu yg pasti blog ASD ni punya..jadi punya pasai dia nak buat apa pun.kalau hang tak suka jgn masuk.senang cite....
syabas LGE yg cuba mengambil contoh Khalifah Umar Ab Aziz sbg 'turus' kpd pentadbiran beliau di PP. Ada UMNO buat selama ini ?
ReplyDeleteMnianiOfonbo Oscar Bhutada Download crack
ReplyDeletequefilttotho
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!