Siapa dah bagi kat Shahrizat baju Wanita Keadilan nih?



Cadangan Shahrizat untuk memberikan ‘Baju Kurung Wanita UMNO’ kepada Rafizi sebenarnya tidak lebih dari satu cubaan untuk mengalihkan isu..


Apa yang diserang Rafizi dan PKR adalah penyalahgunaan dana milik kerajaan oleh Keluarga Shahrizat yang menguasai NFC bukannya individu atau keluarga Shahrizat.

Dengan menjadikan peribadi Rafizi sebagai sasaran serangan oleh Shahrizat, beliau membukhtikan kepada kita bahawa pemimpin-pemimpin UMNO adalah sama dengan pencacai-pencacai UMNO yang menjadikan peribadi pihak yang mendedahkan penyelewengan pemimpin mereka sebagai sasaran serangan.

Sepertimana yang biasa kita lihat, apabila Anwar sebagi contoh mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran Najib maka berbagai cerita akan ditimbulkan oleh pencacai-pencacai UMNO contohnya video seks.

Mereka gagal untuk menjawab tuduhan penyelewengan atau kepincangan tersebut dengan hujah-hujah yang boleh diterima akal kerana memang wujud penyelewengan atau kepincangan tersebut.

Menurut Rafizi beliau tidak menyangka bahawa cadangan Shahrizat yang mahu menghantar baju kurung Wanita UMNO kepadanya adalah satu perkara yang serius.

Bagaimanapun beliau tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika ‘Baju Kurung Wanita UMNO’ itu diiterimanya kerana Isterinya sendiri enggan memakainya begitu juga Kristi,kucing peliharaannya.

Nak dijadikan sarung buah nangka, bapanya pula khuatir akan busuk buah pula nangka tersebut.

Sehingga kini menurut Rafizi dalam ‘Twitter’ cadangan paling popular ialah pakaikan kepada lembu tetapi dikhuatiri pula lembu menjadi berang apabila melihat warna merah..

Cadangan aku.. kalau diterima ‘Baju Kurung Wanita UMNO’ pakaikan saja kat mana-mana perempuan gila yang berkeliaran dalam KL tu.. kalau boleh suruh Shahrizat kirim banyak sikit.. biar kita boleh lihat perempuan gila di KL memakai uniform.. ha..ha..

Tapi kalau korang tengok gambar kat atas tu.. Shahrizat sendiri pakai baju warna biru macam baju wanita PKR.. mungkin diterimanya dari Rafizi kot.. pasal itulah dia nak balas semula pemberian Rafizi tu dengan mengirim baju kurung wanita UMNO kepada Rafizi..

Wanita Umno akan beri Rafizi baju kurung merah putih, kata Shahrizat

KUALA LUMPUR, 5 Feb—Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada “penghendap” dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu.

Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.

“Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada penghendap saya,” katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini.

“Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat.”

Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan “bercelaru” oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.

Pengarah strategik PKR, Rafizi mendakwa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.

Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Shahrizat kemudian mengambil cuti selama tiga minggu untuk membenarkan siasatan dijalankan.


The Malaysian Insider

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salam ASD..

    Sorry off topic. Tolong pesan pada Amir Ghazali.. Ketua AMK Penang, kami ada semua bukti yg menunjukkan Amir Ghazali meminta dan menerima bantuan kewangan dari pemimpin kami (UMNO) untuk program PKR.. sila hentikan sebelum ianya didedahkan kepada umum!!

    ReplyDelete
  2. Salam ASD

    Sorry tp berkaitan topic di atas, pesanan kpd Amir Ghazali.
    .


    Tlg bg tahu pemimpin kami (UMNO) Penang spy berhenti berikan bantuan kewangan kpd Amir Ghazali utk prog PKR.

    Bonggok! kalau engkau dedahkan yg teruk bukan AMK Penang tp Pemimpin engkau org lah... dia yg bagi bantuan kewangan. Dia menyokong prog PKR.

    ReplyDelete
  3. Mesyuarat Wanita UMNO memberi idea kirimkan baju merah putih kpd Rafizi.. Utk idea mcm ni Wanita UMNO kena bermesyuarat! kau org kira berapa belanja kau org dtg mesy dan berapa lama masa kau org bermesy.

    Ini perli Rafizi ..atau sindir Syed Chera?

    ReplyDelete
  4. kepada anon 11.27..

    sebelum tu, aku nak tanya duit tu memang duit UMNO punya ke atau duit rakyat yang pemimpin UMNGOK claim duit depa? heheheheeee

    ReplyDelete
  5. bangangnya wanita umno nih, yg rafizi dedah tu tak berkaitan dgn wanita umno tapi yg berkaitan dgn ketua wanita umno dan keluarganya...yg wanita umno terasa gak nih pasal pe...ada syer ke?. Kalau ada syer lagi teruk la, guna dana rakyat utk parti......utk yg suh amir tu berenti minta bantuan dr ketua kamu tu, dedah je la, tengok sape yg kena....hahaha..

    ReplyDelete
  6. Hooii Anon 11:27!! yang hang dok bawa citer Pemimpin UMNO bagi duit kat PKR tu apsal. Hang tau pemimpin hang bodo macam lembu hang pun ikut jadi lembu jugak. Hang pi la warning pemimpin hang yang bagi duit tu sendiri. Kalu dak pun hang report kat SPRM. Yang hang bagi tau dalam ASD apasal, otak dok kepala lutut..

    ReplyDelete
  7. Aku percaya bukan niat Rafizi untuk jatuhkan Kak Jat sebab dari segi politik Kak Ijat Lembu ni dah tak ada apa2 lagi bila kalah dengan Nurul Izzah.

    Wanita begini pun masih lagi diangkat jadi menteri... apakah tak ada lagi wanita dalam UMNO yang lebih berkaliber dalam UMNO?? Dah tentu tak ada sebab wanita lekeh macam ni pun terpaksa diangkat jadi menteri dan ketua wanita.

    Jika nak dibandingkan integriti Kak Ijat dengan Zuraida macam langit dengan bumi... jauh lebih baik Zuraida PKR.

    PRU13 = Power of people Vs Culprit people in power.

    ReplyDelete
  8. DARI SINI KITA DAPAT BUAT KESIMPULAN MEMANG PEMIMPIN DAH PENCACAI UMNO MEMANG BODOH DAN BANGANG TAHAP LEMBU KAK IJAT.

    ReplyDelete
  9. Buat Anon 11:27 AM kat atas tu..

    Hang nak dedah? dedahlah.. aku tak kisah, sebab bagi aku pemimpin datang pemimpin pergi..

    Kalau nak lebih berkesan hang channel info tu kat Pisau.net..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post