Buktikan jika semua tuduhan PKR itu fitnah - Ketua UMNO Bahagian Cheras



ISU NFC yang mengaitkan keluarga Shahrizat Abdul Jalil perlu diselesaikan sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan PRU ke-13 diadakan, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Jika tidak kata beliau, isu tersebut bakal menjadi beban besar kepada UMNO dan kemungkinan akan menghakis keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tidak mahu kecemerlangan kepimpinan Najib akan menjadi cacat disebabkan oleh isu NFC," tegasnya.

Menurut beliau, rakyat sedang memerhati sejauhmana ketegasan dan ketelusan pihak berkuasa menangani isu tersebut.

Beliau menegaskan, rakyat juga sudah bosan dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan kepimpinan UMNO yang turut diekspoloitasikan pembangkang untuk menarik sokongan pengundi.

"Jangan salahkan rakyat (pengundi) jika mereka beralih sokongan disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu berkaitan kepentingan umum termasuk NFC," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu melahirkan rasa kecewa kerana pihak pembangkang semakin ghairah membongkar satu persatu pembelian pelbagai aset mewah terutama di Singapura yang dikaitkan dengan suami Shahrziat, peneraju utama NFC," katanya.

Katanya, jika dakwaan pembangkang itu tidak dinafikan oleh pihak terbabit (keluarga Shahrizat) kemungkinan boleh menimbulkan persepsi umum bahawa dakwaan tersebut sebagai benar.

"Jika semua dakwaan pembangkang terutama PKR itu fitnah, saya minta pihak berkenaan menafikannya secara terbuka berserta bukti atau fakta yang tepat bagi meyakinkan rakyat," tegas beliau.

Beliau menjelaskan bahawa rakyat mahu kepada penjelasan yang sahih berhubung isu tersebut yang turun mendapat perhatian media aasing.

Keluarga Shahrizat kata beliau, tidak perlu berasa takut atau cemas jika terbukti mereka tidak terbabit dalam sebarang bentuk penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa berkait isu NFC.

Syed Ali sekali lagi mengingakan bagaimana pembangkang dalam siri ceramah politik diseluruh negeri telah menggunakan isu NFC sebagai modal mereka memburukkan UMNO dan Najib selaku Perdana Menteri.

"Pembangkang tuduh macam-macam pasal NFC dan mereka juga menunding jari kepada kepimpinan Najib dan Muhyiddin," ujarnya.

Beliau turut mendedahkan bagaimana pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan negeri agak sukar untuk menjelaskan kepada rakyat apabila isu NFC dibangkitkan.

Sehubungan itu katanya, jalan terbaik ialah isu NFC mesti diselesaikan sebelum berlakunya PRU ke-13 supaya sokongan rakyat tidak terhakis.


UMNO Bahagian Cheras

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. It's not fitnah lah Ijat. ....It's a fact..,,,,Tu lah dah naik tinggi2 tak boleh terima kenyataan dia dah jatuh terhempas,,,,Tekanan jiwa

    ReplyDelete
  2. Hai kak Ijat dgn gaji Menteri tak akan mampu beli harta2 mewah begitu ,,,Gaji laki pun masih tak mampu,,, standard. Gaji di Msia ini belum mampu lagi ,,, tak tau lah kalau berjimat dari bayi !!!Anyway mana Lembaga Hasil dalam negeri tak kan tak tinjau2 mrk ni ,,, pemohon BRIm pun dah dpt surat cukai ,,,, kejar lah yg big fish ini with flashy properties , yg kejar gaji 4/ 5 ratus tu buat apa .. .??

    ReplyDelete
  3. Kalau kes macam gitu di luar negeri dah lama kena terajang keluar kabinet , income tax office pun dah masuk siasat , Najisss ini memamg tak ada kote ,,, doakan supaya ko kalah lah idi PRU 13 akan dtg ,,,,Kalah kan BN

    ReplyDelete
  4. Korang tak prasan k, paling pelik najib x boleh buat apa2 pada mamak ni...

    ReplyDelete
  5. Perasaan mesti kena ugut entah apa dia

    ReplyDelete
  6. ha ha ha ..The Battle of The Mamak

    ReplyDelete
  7. Letak jawatan pun dah tak boleh mengembalikan keyakinan rakyat kpd kepimpinan Najib. Jd pegang lah terus jwtan tu ..

    Shahrizat .. Shahrizat punya cerita iaitu ada campurtangan atau tidak?

    Tapi yg sampai sekarang tak de tindakan ke atas NFC tu apa hal??

    Budak budak jual voucer rm 200 cepat pulak kau org bertindak.

    ReplyDelete
  8. .

    buang dlm tong sampah?

    emh lebih baik kau buang dlm baldi lendir resdung kau tu..

    he he he...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post