Cina pura-pura sokong PAS kata Ng Yen Yen


KLANG – MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita .


Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya.

“Pas banyak tabur janji kepada orang Cina daripada bekerja kuat membuktikan mereka berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini dapat dilihat pemerintahannya di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak boleh menipu kami setiap masa dengan kenyataan untuk menyedapkan mulut.

“Mereka perlu sedar, orang Cina mahu pembangunan dalam ekonomi sedangkan Pas tidak mempunyai kemahiran itu. Atas sebab itu Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan, bukan Pas ataupun Pakatan,” katanya selepas membuat lawatan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, semalam.

Hadir sama, Tengku Indera Pahlawan DiRaja, Datuk Tengku Putra al-Haj Tengku Bendahara Azman Shah al-Haj dan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, Pas perlu sedar, orang Cina tidak sepenuh hati menyokong mereka dan kerjasama parti itu dengan DAP juga dilihat satu lakonan untuk mendapatkan kuasa serta menang pilihan raya sahaja.

Lebih tepat, menurutnya, orang Cina hanya berpura-pura menyokong Pas kerana parti itu tidak boleh dipercayai dan ini dapat dilihat apabila gagal berbuat demikian pada orang Melayu.

“Di Kedah, orang Cina masih sakit hati apabila dilarang mengusahakan ladang khinzir dan Pas seolah-olah memilih makanan mana yang boleh makan, mana yang tidak boleh kepada kami. Isu ini belum selesai dan ia menunjukkan Pas gagal di negeri berkenaan.

“Bukan itu sahaja, kami melihat Pas tidak banyak membantu kehidupan seharian dan dasarnya yang mahu melaksanakan hudud dan pada masa yang sama, DAP menentang, menunjukkan kedua-dua parti itu tidak ada persefahaman,” katanya.

Yen Yen berkata, cukuplah dengan pura-pura itu.

Mengulas mengenai kenyataannya yang Pas gagal memartabatkan kedudukan golongan wanita, beliau berkata, parti itu sejak sekian lama mahu wanita tinggal di rumah dan tidak pernah mengiktiraf dalam arus pembangunan negara.

“Pernah lihat Pas memberi bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina? Itu sudah cukup mempersoalkan sumbangannya kepada orang Cina,” katanya.

Mengulas mengenai janji parti Islam itu mahu melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yen Yen berkata, ia jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah mendapat undi, malah bukti mereka tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

“Pas mahu kerajaan yang mereka tubuhkan nanti, setiap hari kerjanya mencetak wang untuk menampung perbelanjaan pelajar berkenaan,” katanya.


Sinar Harian

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Barangkali Yen Yen lupa apa sumbangan Bekas MB perak dari Pas kepada Sek Cina dan orng cina selain kepada orang melayu..barangkali Yen Yen juga lupa yang orang cina selain mngejar pembangunan ekonomi,mereka juga lantang menunjukkan penentangan terhadap sikap korup pemimpin2 dalam UMNO dan BN.selagi semua tu berterusan,bukan saja Cina,malah Melayu juga akan beralih sokongan pada PR.

    ReplyDelete
  2. Aik? bukan ke umno ckp kalau pakatan menang DAP yg akan perintah Malaysia ke? apsal yen yen nak takut dgn PAS plak?

    ReplyDelete
  3. ANON 912...

    Persoalan yang paling terbaik? ini selalu dijaja oleh pencacai UMNO.. hahaha rupanya mereka tak 'sebulu' dengan MCA. UMNGOK kata kalau pakatan menang PAS akan diperkuda oleh DAP. Apek MCA kata pulak, kalau pakatan menang DAP akan diperkuda PAS dan akan menubuh negara Islam..baguih apa PAS tubuh negara Islam.. sepatutnya pemimpin dan pencacai UMNGOK kena tentang MCA kerana persoal penubuhan negara Islam.. hahahaha ..

    mana PPAS?

    ReplyDelete
  4. Kenyataan tipikal orang bukan Islam... 'Mendiskriminasi wanita' suatu kenyataan yang menunjukkan kaum bukan Islam di Malaysia masih jahil mengenai Islam dan apa yang telah Rasullulah buat untuk kaum wanita. Kalau Islam melakukan diskriminasi dah tentu tak wujud Yen Yen ni, dah kena tanam hidup-hidup. Orang Cina di Malaysia ni dah ada seratus tahun lebih, tapi masih lagi jahil. Ehmmm

    ReplyDelete
  5. Ini Ayam cakap bukan utk pihak majority cina. Ini Ayen cakap bagi pihak cina yg berbulu umno-running dogs.

    ReplyDelete
  6. MCA apa beza nya , dah tak relevant ....lagi Pun party rasis , sekurang2 nya dalam DAP ada juga bangsa lain.,,,,, promote tourism konon,,,,promote Cina doll kerja di night kelab , dtg sebagai tourist lepas tu dah tak ada duit ,overstay dan kerja di night kelab,,,,

    ReplyDelete
  7. ABUMM !

    ASAL BUKAN UMNO MAUPUN MCA

    ReplyDelete
  8. Dia masih tak sedar sejak ujud PAKATAN Cina India Melayu dan rakyat dah jadi kan ketiga tiga parti tsbt sbg satu wadah yg memperjaungkan taraf kehidupan rakyat.

    Dulu bolehlah serang satu satu.. kalau PAS .. PAS aje.. Kalau DAP .. DAP aje..

    Skg serang satu.. dua dua PKR dan DAP datang.

    ReplyDelete
  9. UMNO PENGKHIANAT SEBENAR MELAYUFebruary 2, 2012 at 8:29 PM

    CINA PON PURA2 SOKONG BN... BUKTINYA? CHUA SOI LEK YG TAK BERGUNA DAN ROSAK MORAL ITU DI PILIH MENGETUAI PARTI CINA DALAM KERAJAAN! KALAU DH ORG ROSAK MORAL DIPILIH, ITU MAKNANYA...SOKONG (UNTUK) MEMBAWA REBAH...

    CHUA SOI LEK MENGHINA HUDUD... AHLI2 UMNO/PERKASA SENYAP SAHAJA.

    PERKASA HINA ORG2 CINA DGN BERI ANGPAU BUNGKUSAN PUTIH... CHUA SOI LEK BISING2 MINTA PERKASA MINTA MAAF... DI SINI BOLEH DI LIHAT SIAPA TAKUT PADA SIAPA! SBB ITULAH UMNO/PERKASA INI DH 54 TAHUN 'PENGKHIANAT MELAYU'.

    DUIT MINYAK KELANTAN, UMNO RELA ANGKUT KE SIAM (MUSUH MELAYU ZAMAN BERZAMAN) SUPAYA TAK DPT UNTUNGKAN MELAYU KELANTAN... TAK APA KALAU SIAM MUSYRIK UNTUNG... UMNO RELA BELA SIAM MUSYRIK, KHIANATI MELAYU KELANTAN!

    ReplyDelete
  10. BNUmnno sudah menjadi party mengkianati bangsa sendiri ...54 tahun memerintah kebykan melayu masih taraf itu juga ,,yg kaya raya croni...siapa yg belasah Wang Dana Awam , bailout croni dan anak beranak, tanya MamakKutty dan boros,,,hasil minyak Kelantan pun di kianati , padahal Melayu ramai di Kelantan...
    Biarlah kita undi Pakatan diPRU13, puas hati .....

    ReplyDelete
  11. meluat aku tengok nyonya di atas tu....

    ReplyDelete
  12. Non Muslim nak takut apa undang2 Islam bukan di wajibkan pada Bukan islam ...hanya untuk org Islam je...Kebykan org Islam yg takut kepada hukum Islam jika byk buat tak betul..

    ReplyDelete
  13. Buat facebook sampai RM1.8 juta , berjuta2 org buat fb free...Itu pun BN cakap tak apa , sikit je...

    ReplyDelete
  14. dalam agama budhha ...ang yen yen jatuh dalam org munafik sbb .dulu sblm pemilihan pucuk kepimpinan MCA.ayen yen sendiri cakap .dia akan letak jawapan jika shaibul semak penasihat ulama umno chua soi sex menang jawatan presiden MCA ..ayen yen akan lepas semua jawatan..tapi skrg kite tgk sendiri lah lor....
    biarkan mereka dgn keluarga mereka sekali

    ReplyDelete
  15. Adakah Ng Yen Yen ingin menyatakan bahawa bangsa Cina berperangai tak ikhlas dari apa jua perjuangan? Membuka pekung bangsa sendiri? Maknanya benarlah kata pepatah bangsa Cina umpama sekeping kertas...dilipat2 baru boleh tengak berdiri, antara lipatan itu adalah pembohongan!!!Begitu???

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post