KUALA LUMPUR, 11 FEB: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah calon paling sesuai untuk merampas balik kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang.
Daim yang jarang memberi komen mengenai politik semasa berkata agak sukar untuk Ketua Wanita Umno Datuk Sharizat Jalil bertanding sekali lagi di Lembah Pantai setelah tewas pada PRU tahun 2008.
"Saya tidak nampak Shahrizat boleh ke kawasan ini...kerana dia kalah. Kalau kalah, nak cuba lagi...saya ingat susahlah. Itu pandangan saya,” kata beliau di satu majlis anjuran Umno di Lembah Pantai, semalam.
.
“Sekarang ada ketua bahagian, seorang menteri (Raja Nong Chik). Kalau tidak pilih dia, nak pilih siapa lagi" tambah beliau.
Daim yang juga bekas Bendahari Umno berkata peluang untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai memang ada jika ahli-ahli UMNO bersatupadu dan pucuk pimpinan memilih calon yang betul.
PRU 12 menyaksikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar menewaskan Sharizat untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai. Sharizat memperolehi 18,833 undi berbanding Nurul Izzah, 21,728 undi
Daim akur peluang BN menang semula kerusi parlimen itu bukan mudah kerana Nurul Izzah adalah seorang yang popular dang memegang jawatan penting dalam PKR .
Beliau turut menuntut kerajaan supaya menyelesaikan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakkan pembangkang mempolitikkannya.
Daim juga menggesa ahli Umno sentiasa mengutamakan displin dalam parti yang menurut beliau menjadi faktor penyebab parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum lalu.
“Pada PRU12 kebanyakkan kerusi tumbang bukan kerana parti pembangkang kuat tapi akibat kelemahan kita kerana tidak bersatupadu, Kita kena mengakuinya, kalau kita tidak mengaku, kita tidak akan berjaya selepas ini,” tegas beliau.
Malah, katanya Sharizat sendiri tewas di Lembah Pantai kerana sabotaj dalaman di Umno.
Pandangan Daim sekaligus memberi tekanan kepada Shahrizat untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet dan juga parti, susulan isu NFC dan salahguna pinjaman RM250 juta kerajaan membabitkan suami dan anaknya.
Sharizat sebelum ini mengaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tetapi menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan kedudukan beliau dalam kabinet.
Sharizat bertegas beliau tidak ada kena mengena dengan NFC dan mahu memberi fokus penuh untuk memastikan kejayaan BN pada PRU akan datang.
Parti Keadilan Rakyat sebelum ini mendakwa sebahagian daripada pinjaman kerajaan itu, digunakan oleh syarikat milik suami Shahrizat untuk membeli kondominium mewah, tanah dan perbelanjaan lain yang tidak ada kaitan dengan industri ternakan daging.
Antarapos
apa pun cara mereka, kerajaan zalim wajib dijatuhkan!!
ReplyDeletedaim waa ingat dah lama blaa rupa panjang umur,raja kedal a/l raja chik,apa yg dia buat semua org suka,sebab dia raja,kerana melayu takut derhaka,itu umnogok pilih dia selagi dia pandai berbohong,menteri mcmtu yg umnog cari...anda berani bohong rakyat..mcm rakab senang dpt kerja dgn umnog...kah,kah,kah...
ReplyDeleteNurul Izzah jalankan tugas dengan baik sejak menang kerusi Lembah Pantai. Nurul Izah sekarang bukan macam Nurul Izzah dulu. Dia mampu kalahkan siapa saja di Lembah Pantai sebab masa bertanding dulu pun Shahrizat adalah calon UMNO popular dengan jawatan tertinggi dalam wanita UMNO.
ReplyDeleteInikan pula siapa tuhh? Raja apa? Raja Nong Cik? Majoriti warga KL bencikan UMNOBN... tapi dia boleh jadi menteri jaga WP. Apa boleh buat sistem dah camtu... Kalau aku seganlah sikit sebab jadi wakil bagi rakyat majoriti tak sokong kita... Heheh sian puak UMNO nih..
Lagi satu aku dapat cerita Daim pun dah mula bantu MB Kedah sekarang nihh... Ada apa2 ker??? Hati2 ya MB... dengan org UMNGOK nih...
ReplyDeleteWah...lu orang pikir itu negara lu orang punya ke.. Lu semua orang BN pengkhianat dan penyamun negara. Ini Nong Chik geng penyamun dan penipu baru-baru ini cadang skim mahu curi wang KWSP rakyat.
ReplyDeleteMari kta sama-sama suruh pengundi di Lembah Pantai undi Nurul Izzah yang rajin serta ihklas berjuang untuk rakyat. DSAI sebagai PM Malaysia. Hidup PR.
Bila itu Daim kasi duit suruh undi BN, ambil saja - tapi masih undi PR. OK!
umno gila kuasa,sesama dia pun nak berebut.hajah ijat baru nak berubah jadi baik sampai pergi umrah 3 kali,itupun nak cerita ngan orang dapat hidayah dari allah,kepala bapak dia
ReplyDeleteAkhirnya sudah terbongkar. Dokumen dan infomasi tentang penyelewengan dan korupsi NFC telah disaurkan oleh pihak Mahathir/Daim kepada PKR. Nong Chik ini merupakan orang Mahathir, dan Shshrizat pula orang Najib.
ReplyDeletePuak Mahathir/Muhyiddin tidak akan biarkan Najib turunkan calon-calon PR13 nanti kem berpihak kepada Najib sendiri.
Raja nong kecik patut ganti sahjilat sebab
ReplyDelete1, raja lebih jahat. bukan takat kg baru, duit kwsp pon dia telan.
2. wargakota lebih benci kat raja kecik dpd sahjilat.
kalau raja bertanding kat lembah pantai, umngok akan kalah lebih teruk, silap2 hilang deposit.
aku kan sokong raja kecik sampai dia rebah.
Raja Nong Chik (kecik)kaaa.. Raja Nong Chaq (besaq) kaaa... Inshallah PR menang di Lembah Pantai.
ReplyDeleteRakyat lihat keikhlasan Wakil Rakyat mereka yg ada sekarang..
Rakyat juga tahu yang Wakil Rakyat mereka sekarang tidak diberi peruntukan utk membangunkan kawasan itu kerana dia (Izzah) tuu Pembangkang.
Tapi kalau PR perintah negara ini semua kawasan akan dibangunkan seadilnya, tiada projek2 yg membazir atau projek yg kosnya tidak masuk akal.
apa sudah jadi?
ReplyDeletepenyamun lawan penyamun.....
ketua penyamun timbul blik....
kah...kah...kah....
CARA UMNO BIASANYA WALAUPUN KERUSI ITU BUKAN SHAHRIZAT YG BERTANDING.. UMNO TTP AKAN LETAK PEMIMPIN WANITA YG LAIN UTK BERTANDING.
ReplyDeleteOLEH ITU UTK MENGEMBALIKAN KEPOPULARITI IZAT DI LEMB PANTAI, BERATUS RATUS LEMBU AKAN DILEPASKAN DI LEMBAH PANTAI SEOLAH OLAH SPT ACARA MELEPASKAN LEMBU DI MAXICO DI JALAN RAYA.
.
ReplyDeleteentah lah si Daim ni. Mana pergi intelektual dia. Ingat senyap bertambah pandai.
Krn pengundi wanita jumlah nya ramai lah maka kedua dua parti letak wanita di situ. Bezanya Pakatan letak yg muda. Tu sb Pakatan menang.
Oleh itu calun UMNO yg sesuai sekali ialah FLOS.
Hati2 lah dgn daim tu ... Bukan boleh percaya org2 mamak kutty nak cari untung je ,,!!!!
ReplyDeleteShut up Daim ...!!!! N get lost
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!