RM510 sebulan, itu adalah gaji buat Pemandu Bas yang ditawarkan oleh Anak Syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cultural Tourist Sdn Bhd (PMCT).
Gaji yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan sebanyak RM10 menjadikan gaji RM510.
Pemandu bas yang tidak berpuas hati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam", "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju, Rakyat Miskin", "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.
Melalui syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1,900 hingga RM2,100 termasuk komisyen dan elaun.
Apabila syarikat baru mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510, jumlah yang tidak munasabah.
Difahamkan, syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat Scomi Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.
Di bawah ialah keratan berita tentang MOU yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia.
Dalam keratan berita ini dinyatakan gaji yang perlu dibayar kepada Pembatu Rumah dari Sri Lanka ialah RM850 sebulan, dari Filipina RM1000 dan dari Indonesia pula RM600.

Cuba perhatikan pula syarat-syarat yang terdapat pada iklan sebuah Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pekerja Asing di bawah ini..
We are a company provides Outsourcing of foreign workers and also legalize your illegal foreign workers .
Our foreign workers are all coming from countries like :
- Indonesia
- Myanmar
- Nepal
- Vietnam
- etc .
They can be employed for sectors like : Service , Construction and Manufacturing .
Terms & Conditions :
1.Worker’s monthly salary shall not less than RM850.
2.Overtime shall be counted based on 1.5 time hourly wages (RM4/hour)
3.Worker shall works for 26 days (rest 4 days) a month,
4.12 working hours a day (including 1 hour meal time)
5.Employer shall provide the accommodation and basic cooking equipments.
6.Worker’s returning flight ticket shall be responsible by employer,
7.which is RM350 per year for 3 years.
8.Employer shall pay RM100 per month to outsourcing company as Management Fees
If you are looking for some foreign workers , please do not hesitate to send me any request or quotation .
Untuk iklan sepenuhnya sila lihat di Forum Lowyat
Pendatang asing yang mencari rezeki di Negara kitapun dikehendaki dibayar gaji asas minima RM850.00 oleh Syarikat itu, tapi Ali Rustam mahu bayar gaji asas RM510 sebulan kepada anak-anak negeri Melaka yang merupakan rakyat Malaysia??
Inilah apa yang dikatakan Kera Di Hutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan….
RM510 Sebulan nak mentekedarah apa Ali Rustam weii!!!
******************************************
Gaji hanya RM510 sebulan?
NORDIANA JOHARI
2 Februari 2012
NORDIANA JOHARI
2 Februari 2012

PERINGGIT – Hampir 50 pemandu bas henti-henti mogok tidak mahu memandu bas, semalam, kerana tidak berpuas hati dengan gaji ditawarkan PM Cultural & Tourism (PMCT) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri yang mengambil alih operasi bas di negeri ini bermula, semalam.
Tinjauan Sinar Harian di Terminal Melaka Sentral di sini, seawal jam 6.30 pagi semalam mendapati, kebanyakan mereka hanya duduk beramai-ramai dan tidak mahu memandu bas.
Hanya dilihat beberapa bas membawa penumpang ke terminal, selain membawa pelajar, hasil ihsan pemandu bas selepas ramai ibu bapa merayu meminta tolong menghantar anak mereka ke sekolah.
Rata-rata mereka berkata, selagi tawaran gaji pokok sebanyak RM510 sebulan tidak diteliti semula, mereka berkemungkinan akan meneruskan mogok atau berhenti kerja.
Mereka mendakwa, pendapatan baru itu jauh lebih rendah daripada sebelum ini iaitu sekitar RM2,000 sebulan.
Kaji semula gaji pokok
Pemandu bas, M Selvam, 48, berkata, gaji yang ditawarkan hasil pengambilalihan operasi itu sangat murah dan tidak memadai.
“Kita mahu makan apa dengan wang RM510 sebulan? Sudahlah terpaksa bangun jam 5 pagi dan kerja sampai ke malam, bawa nyawa orang lagi. Ini memang tidak patut.
“Pagi ini (semalam), saya bawa bas pun kerana tidak sampai hati apabila ibu bapa merayu minta tolong bawa anak-anak mereka ke sekolah,” katanya.
Seorang lagi pemandu, Abdul Karim Said, 53, berharap. pihak PMCT akan segera mengkaji semula gaji yang ditawarkan untuk mereka.
“Kena ada keputusan muktamad. Kami diberitahu boleh dapat gaji sehingga RM1,500 selepas campur pelbagai elaun. Tolong kaji semula gaji pokok ini,” katanya.
Pemandu bas, Sabri Mohamad, 40, pula berkata, dia yang sudah hampir 15 tahun memandu bas berasa amat terkilan dengan bayaran gaji baru itu.
“Kita mahu kerja tetapi kaji semula gaji yang diberikan. Dahulu sekitar RM2,000 kami boleh dapat tetapi kali ini memang susah sebab kos hidup terlalu tinggi,” katanya.
Mahu bayaran elaun
Semalam adalah hari pertama operasi bas henti-henti di bawah PMCT selepas Kerajaan Negeri mengambil alih 10 syarikat bas henti-henti yang sebelum ini mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan akibat tidak mampu menanggung kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi.
Dalam pada itu, pemandu bas turut mengharapkan bayaran komisen dimansuhkan dan digantikan dengan bayaran elaun berikutan pendapatan antara bas adalah berbeza.
Terdahulu malam kelmarin, perkhidmatan bas turut tidak beroperasi berikutan penyerahan kunci pihak pengusaha kepada PMCT, jam 6 petang menyebabkan pemandu bas tidak bertugas.
Akibatnya, pengguna terpaksa menggunakan alternatif lain, termasuk menaiki teksi untuk ke destinasi ditujui.
Sinar Harian
Gambar-gambar di atas datangnya dari SINI
Negara bergerak ke arah negara maju kononnya... tapi rakyat dimundurkan kebelakang.
ReplyDeleteSelagi rakyat dapat diperbodohkan selagi itulah pemimpin UBN dapat hidup kaya raya. Sebab depa nih dapat pulangan lumayan dari kebodohan dan ketakutan rakyat.
Tumbangkan BN pada PRU13 baru hidup rakyat Malaysia akan sejahtera...
NEGERI UMNO... BEGITULAH. BG AHLI2 UMNO YG MENYOKONG UMNO MEMBUTA TULI, DAN MERASAKAN REZEKI, UNTUNG NASIB HIDUP KAMU DI TANGAN UMNO, DAN KAMU JUGA TANPA BERPEGANG KPD KEADILAN & UNDANG2 MENGAMBIL TINDAKAN KPD PEMBANGKANG SEHINGGA DGN TINDAKAN2 KAMU ITU MENYEBABKAN PEMBANGKANG PUPUS DI NEGERI/TEMPAT KAMU, MAKA SELEPAS ITU...KAMU PASTI PULA AKAN DI JUAL...DI JUAL DAN DI ANIAYA PULA OLEH PEMIMPIN2 PARTI KAMU... DAN DI MASA ITU BARU KAMU TAHU...BARU KAMU SEDAR, BETAPA PENTINGNYA ADA PEMBANGKANG UTK CHECK DAN BALANCE..(DEMOKRASI ITU BERJALAN HANYA APABILA ADA PARTI KERAJAAN & PEMBANGKANG)BARU KAMU SEDAR BAHAWA PEMIMPIN2 KAMU HANYALAH MENGGUNAKAN KAMU... HABIS MANIS SEPAH DIBUANG... INI DH BYK BERLAKU DI JOHOR,MELAKA... SETELAH MENGHAPUSKAN PEMBANGKANG DI SESUATU KWS, MAKA KAMPONG YG DI DUDUKI DI GADAI OLEH PEMIMPIN2 MEREKA, MASA ITU BARU MEREKA TAHU LANGIT TINGGI RENDAH, TERHEGEH2 CARI PEMBANGKANG..TAPI NASI DH JADI BUBUR.. MELAYU KENAPA RAMAI TAK CERDIK DLM BERPOLITIK, DAN JAHIL DEMOKRASI? AKU RASA ISU BAS DI NEGERI UMNO NI PON SAMA AJERLAH.
ReplyDeletekita merempat d negara sendiri!!!bayangkan kalau kita tak jual sawah padi....kita bos padi....kalau pertahankan jeti nelayan....kita saudagar ikan....kita teruskan menoreh d ladang getah...harga pasaran boleh dikawal.....minyak sawit diproses dari ladang sawit....kita saudagar minyakkk...kata P. Ramlee pertahankan reserve melayu ayuh!!
ReplyDeleteTak yah kerja le kalau cam tu, jual goreng pisang lagi sedap.
ReplyDeleteDI NEGERI UMNO PAHANG, ISU SAMA BERLAKU, TANAH LADANG PARTI UMNO BERIBU2 HEKTAR DI JUAL KPD TOWKEY CINA, KESANNYA, TOWKEY TELAH MEMBERHENTIKAN PEKERJA2 LADANG YG SELAMA INI DI BEKALKAN OLEH SYARIKAT2 KRONI AHLI2 UMNO, DI MANA TOWKEY CINA INI BERTINDAK PULA MEMBAWA MASUK PEKERJA2 YG DI BERI UPAH LEBIH RENDAH, KRONI2 UMNO YG TELAH HILANG PENDAPATAN MULA BISING2, AKHIRNYA ISU PENJUALAN LADANG UMNO INI TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN PM (MASA PAK LAH JD PM)... BEGITULAH CARA PENCACAI2 UMNO DI TIPU PEMIMPIN2 MEREKA YG BIASANYA 'DIPERKUDAKAN' OLEH TOWKEY2 KAPITALIS LINTAH DARAT.
ReplyDeleteFikir lah pakai otak RM510 mana cukup , pendatang asing pun di bayar lebih mahal ....Zalim betul...
ReplyDeletePadan muka undi lagi BN-Ummnnooo , berubah lah kalau tak nak di tindas lagi....PKU 13 peluang utk berubah ...
ReplyDeleteGAJI RM510... ITU HELAH KAPITALIS... NAK BERHENTI ATAU NK KERJA DGN KAMI, KALAU NK KERJA..BOLEH, GAJI RM510! KALAU TAK SETUJU, BOLEH GET LOST, RAMAI LAGI YG NK CARI KERJA...
ReplyDeleteMANA ALI RUSTAM, MUNGKIN DIA TAK AKAN MUNCUL...SBB DIA KAN PERNAH TERLBAT RASUAH MASA DULU2..
Di Pahang /kuantan jgn nak kata apa ...ada nya "Lynas" , lepas tu bahan sampingan nak jadi asbestos pulak ,di Negara Europa asbestos pun dah di haramkan di guna utk pembinaan ...sengaja nak bunuh rakyat mampos semua org bakal kena barah ...projek perumahan yg nak di bina pun cabut...tak ada siapa nak beli....
ReplyDeletemana Ali rus , perjuangan kan lah nasib pemandu2 terlibat , RM510 saja dah nak mampos kan , nak makan apa ...Mrk ini perlukan perkerjaan utk makan utk teruskan kehidupan....Jgn lah zalim sangat...Perangai lebih teruk dari Yahudi
ReplyDeleteDI Kuantan/Lynas, mungkinkah suatu hari nanti, kita akan dapat spesis baru... KUCING BERTANDUK, HASIL DR RADIOAKTIF LYNAS?
ReplyDeletetakkan nak hidup 510 apa gila ali ketam ni dia tak amanah,sebagai pelindung rakyat,jgn siksakan rakyat yg undi kamu naik jd MB,nanti diakhirat kamu akan cari pengundi2 hantu,sebagai wakil rakyat kita perlu amanah dan sedia mendengar rintihan rakyat yg bermasaalah,jgn tutup telingga kurap tu,bila dah kalah kata rakyat menderhaka,kepala burit hang,saja pilih dgn matlamat duitttt,anda berani kutuk rakyat,kan,kan,silakan
ReplyDeleteAstaghfirullah hal azimmmm..
ReplyDeleteapa la nak jadi..dia igt ni zaman dolu2 ka..sepuluh sen boleh beli air..karipap..nasik lemak bagai???
makin senak & semakk ler tgk perangai pemimpin2 yg tamak haloba sekarang ni!!
Org2 Kuantan patut vote out BN , kerna mrk lah rakyat bakal kena padah ,..Kalau tak sedar lagi ,memang padan muka..
ReplyDeleteRM510 sahaja , memamg patut buat piket ...sekurangnya mrk patut di bayar RM1500 ,,,itu pun masih sikit dibandingkan dgn harga barang yg mahal sekarang...
ReplyDeleterindu la plk kt rakab n ppas..hehee
ReplyDeleteDinegeri negeri bawah umno bn hak rakyat habis tergadai dijual olih bangsat dan petualang bangsa dan negara hanya melayu bangang saja yang sokong kerenah umno bn yahudi yang menyusahkan rakyatnya sendiri ,sebelum terlambat diharap sokong dan undilah pakatan rakyat dalam pilihanraya akan datang kita orang melayu khusus nya tak rugi tau .Fikir fikirlah bangsa ku melayu sebelum dirimu tergadai.
ReplyDeleteMAAFLAH SEMUA KALAU KOMEN SAYA NI MENENTANG ANDA
ReplyDeleteGaji tu memang kecil jika dibandingkan dgn gaji sebelumnya, tapi kena ingat kenapa perkhidmatan sblum ini diberhentikan? kos operasi. Gaji dorang tu termasuk kos operasi lah.. Dorang tak nak komisen tapi elaun. Camtu kalau malas keja gaji tetap jalan. Sapa yg rugi? Syarikat rugi jd ulang balik citer lamalah. Lagipun 510 tu hanya gaji pokok.. Dan bru nak mulakan operasi . Dorang hanya kira atas kertas. Kalau dah lama skit bleh bg lebihla tengok mcmana boleh lepas kos dan ada untung . Jd wlaupun kita keja makan gaji jgnlah kita hanya nampak makan gaji tula satu satunya cara nk hdup. Rezkinya dah ditentukan. Hanya 1/10 dari pendapatan. Ikutla sunnah Rasulullah, berniaga. Rezki 9/10., campur jadi 10/10. Nak berniaga apa ?
Modal kecil tak sampai 100. Tugas kita hanya beli keperluan kita sbg modal pusingan. Guna sendiri tanpa menjual kpd org lain. Tapi kita ajar org lain buat mcm kita, kita bleh dpt pendapatan, berapa yg kita mahu.! Kita tentukan sendiri. Jom kita buat bisnes MLM. C.N.I. utk jaminan masa depan
Duit syarikat bas tu Ali Rustam duk salurkan ke Sekolah Anak2 Luar Nikah yang ada kat Melaka tu.. Psl tu gaji pemandu bas jadi sikit..
ReplyDeleteVideo Panas : Makcik Rempuh Kedai Superbike Dengan...
ReplyDeletehttp://www.wikimalay.blogspot.com/2012/02/video-panas-makcik-rempuh-kedai.html
KALAU KITA RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR LAGI YANG KITA SENTIASA DITINDAS DAN DIPERBODOHKAN OLEH UMNO, MEMANG SAH LAH KITA SETARAF LEMBU DI FIDLOT YANG TUNGGU MASA UNTUK DISEMBELIH.
ReplyDeleteOLEH ITU PAKAT RAMAI-RAMAI KITA KUBURKAN UMNO DAN BN DALAM PRU KE 13.TAKBIR.........
Cakap macamana pun RM510 memang tak patut , kecil sgt..macam mana nak hidup gaji byk itu ...harga barang pun dah naik...
ReplyDeleteape jadahnye ahmad shukri nie. dalam pada suruh org berdikari nko nak ajak org join MLM. nak suruh jadi balaci downline ke? tau ke ape hukumnye sistem MLM ni. MLM tu bukan perniagaan. tu cume sistem yg menindas org2 bawah2 nko. yg untung org2 atas je. kalo berani masuk la sini http://aididmuaddib.blogspot.com/ taruk point2 nko ape bagusnye MLM tuh. byk meleis yg dungu percaya sgt dengan MLM. kelak sendiri yg merana
ReplyDeletekahkahkah buat penat aku baca komen si mat shukru tu...rupanya2 promote mlm sialan!
ReplyDeleteAmboi pandai betul kawan Ahmad Shukri Moktar ni.
ReplyDeleteDijemput saudara jadi pemandu bas untuk Ali Rustam.
gaji pekerja bangla lagi banyak dari tu.....hoiii ahmad shukri kau bangla ke apa...??
ReplyDeletetak masuk TV pulak cerita ni, heran-heran!!!
ReplyDeleterakyat melaka, aku cadangkan buat replika taik bagi kat ali ketam ni... rakyat penang buat lagu tu bagi kat ketua menteri depa...
kita tengok lagu mana, comform 110% masuk tv....
Inilah akibat penangan HIDUP UMNO,dulu,kini dan selamanya akan memperbodohkan melayu kah kah kah....Mat Bangla pun tak sanggup kerja kalau ini macam gaji
ReplyDeleteSokong lagi BN , padan muka ....ALi Ketam tu siapa tak kenal,...Ali baba juga. Gaji byk tu Bangla pun lari,,,,.
ReplyDeletewoi...bodonye...korang nk gaji tinggi dulu2 blajala tinggi2...xyah degree..sijil pon dh cukup.dulu mase sekolah korang watpe...kerajaan dh bagi kemudahan sekolah..cikgu..ko watpe wehhh...ko monteng ke isap gam.syukurla adela org bagi keje drebar ngan gaji tetap bulan2 tu.patut korang sedar zaman skrg gaji ikut kelayakan.spm ke...xde spm ke..ade sijil ke...sebab tu kite nk ank2 kite berjaye.at least korang dpt gaji tetap.nk lebih...usahala lebih cari cara lain..berniaga.keje dh tetap syukur...ade org gaji lebih dr tu...tp terpakse tuko2 keje sebab mcm2 masalah.wat malu jela ko ni...usahala...klo dh kate xcukup gaji tu...gla cari keje lain...buruh binaan tu..sehari leh dpt rm70-rm80 sehari.sebulan dpt seribu lebih.tp panasla...xde aircon cam dlm bas...xperlu kelayakan....keje berat sane sini...xmcm ko duk atas kerusi je.nk hidup...pandaila cari mkn lebih.k
ReplyDeleteOi ngok anom feb 6...sijil ke degree ke...pum x laku skunk ngok...kroni umNGOK yg xde sijil pum dpt keje yg gaji lhb besar psl asyik duk cucuk juboq org atah je....
ReplyDeletebuat syukri yg amat ku sayangi....anda nak masuk MLM ka apa ka.itu hang punya pasal.jgn jadikan isu semasa yg dialami oleh rakyat marhem sebgai alasan untuk mencari keuntungan.ingat rejeki itu ada banyak cabangnya...berniaga melalui perkhidmatan itu pun sudah dikira dari rejeki meniaga.termasuklah kerja yg abg drebar bas tu buat.rejeki tuan syukri telah ditetapkan oleh ALLAH bahawa tuan akan/telah berjaya dalam bidang MLM. jika tuan berjaya..tuan tak perlu pelawa diaorg masuk dalam MLM tuan cukuplah sekadar tuan simpati dan memberi sokongan itupun sudah memadai.sbb saya percaya abang drebar semua yg mempunyai tulang empat kerat yg berfungsi mereka pun tidak akan meminta sedekah.sbb mereka masih berupaya dalam melakukan pekerjaan.walaupun MLM tuan tu berjaya membuatkan org menjadi kaya..tapi tuan terpikirkah kerja2 abang drebar ni mulia dalam menjadi agen kesinambungan membawa penumpang dari satu destinasi kedestinasi lain untuk mencari rejeki masing2.sbb itu dalam islam kerja dituntut sebagai ibadah kerana ALLAH s.w.t. sbb kalau semua berjaya dalam MLM tuan..siapa pulak akan jadi drebar bas untuk membawa penumpang2 untuk mencari rejeki.adakah tuan sanggup jadi drebar bas.kerana itu mereka adalah org yg terpilih oleh ALLAH untuk bekerja disektor tu.sbb tu tuan kene berpikir kenapa ALLAH jadikan diaorg nie sebagai drebar bas dan bukan macam pihak tuan.bagi tuan nilai 100 itu hanya kecik.tapi bagi org yg berpendapatan 510 sebulan yg mempunyai tanggunggan isteri dan anak2.. 100 sebulan cukup untuk membeli 4 kampit beras untuk kegunaan sebulan.dan bagi rakyat bawahan nilainya amat tinggi.
ReplyDelete100 nak masuk mlm ka
100 nak beli beras atau susu anak
di situ terdapat keperluan dan kemahuan.....
kalau tuan tanya saya..mahu tak jadi kaya...mesti saya akan jawap...mahu jadi kaya..kalau boleh..lebih kaya dari tuan.sbb itu kemahuan saya..tapi keperluan akan mendahului kemahuan.sbb dgn beras sekampit kita boleh menyara anak beranak dalam seminggu atau lebih.dan pelaburan MLM tuan belum tentu menjaminkan boleh mendatangkan pendapatan yg lumayan dalam seminggu.begitu juga produk2 yg dijual oleh pihak tuan..hanya sebagai produk tambahan atau makanan kesihatan.jadi pertanyaa saya pd pihak tuan secara jujurnya...saya nak ikat perut untuk mengekalkan tenaga mencari rejeki hari2 ni dgn makan makanan rugi(nasi) atau produk tambahan atau kesihatan dari syarikat tuan.
oleh sebab itu saya mohon jasa baik pihak tuan untuk berpikir sejenak dari luar kotak dalam perniagaan bahawa dalam diri kita perlu juga berpikir bagaimana untuk menjadi insan yg sentiasa prihatin dan mengambil berat akan masalah disekeliling tuan..bukan mohon bantuan kewangan tapi..sekadar doa itupun susah memadai.tuan mungkin mempunyai akal fikiran dan hujah yg bernas atau mempunyai daya tarik ...sbb itu tuan berjaya dalam perniagaan ini..tapi tuan sedarkah bahawa nikmat yg ALLAH beri pd tuan tak semestinya sama dimiliki abang2 drebar bas tu.
dalam perniagaan.modal adalah perkara yg pertama.jadi apa kata tuan pie dekat drebar sana tu..dan bagi masuk free syarikat pihak tuan...sbb seorg 100 aja..tak kan pihak tuan tak brani sponsor..sbb saya percaya tuan berjaya dalam perniagaan ini..jadi duit bukan masalah bagi diri tuan untuk memberi modal pertama dalam bidang yg tuan ceburi tu.takat 100 seorg..tak kan tak mampu..ye tak...
p/s: jgn jadi seperti ali rustam. cakap lebih projek banyak terbengkalai.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!