Harussani buat 'U' Turn - Najib tidak menggadai akidah pulakdah...



10 Februari lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.


“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka – sepenuhnya sila baca di SINI

Berdasarkan kenyataan dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria itu boleh dikatakan hampir seluruh Blog yang menyokong Pakatan Rakyat menyerang Najib.

Lantaran dari itu semalam serangan balas dilakukan pula oleh Blogger Pro UMNO, yang mengatakan Anwar Ibrahim lebih teruk menggadaikan akidahnya demi mendapat undi dari kaum India dengan menyiarkan gambar Anwar yang dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.


Lagi gambar sila lihat di SINI

Tiba-tiba hari ini sekali lagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengeluarkan kenyataan, kenyataannya kali ini bercanggah pula dengan kenyataan yang dikeluarkannya pada 10 Februari lalu.

Kali ini beliau berkata kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Oleh itu Najib tidak menggadai akidah.. dan jika Najib dikatakan tidak menggadai akidah begitulah juga dengan DS Anwar Ibrahim..



Aku tak akan lupa insiden ini..


*******************************************

Thaipusam: Najib tak langgar hukum syarak, kata Harussani

BANGI - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.

Sinar Harian

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post