Isu KUIN: Penjelasan dari Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak


Menurut Ustaz Azizan.. Tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).


Ini bermakna ada seorang Pengarah Komunikasi sebuah parti tu dah tembak membabi buta..

Ucapan aku buat dia.. lain kali kalau tak tahu tanya dulu.. jangan ikut perangai Ibrahim Ali.


MB: Pihak pertikai Kuin tak faham undang-undang
1 Februari 2012

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihak yang mempertikaikan keputusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggantung lima pelajarnya, tidak memahami undang-undang yang digunakan universiti milik kerajaan negeri itu.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin menjelaskan tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

"Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hari ini beliau mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menerangkannya lagi.

"(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya.

Katanya difahamkan Kuin telah melantik peguam Karpal Singh untuk mewakili mereka dalam kes itu.

Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi, di sini.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan Auku, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta
berkenaan.

Azizan berkata beliau bersetuju dengan Buku Jingga tetapi pelaksanaan Buku Jingga itu adalah selepas pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat.

"Ada yang boleh digunakan sekarang, ada yang tidak boleh. Setiap negeri ada masalah masing-masing. Ada yang sesuai yang dilaksanakan di Semenanjung tetapi tidak di Sabah dan Sarawak. Ada yang boleh di Kelantan tetapi tidak di Kedah.

"Bukan saya menentang. Buku Jingga tu bagus tetapi ada perkara kena tunggu suasana yang mengizinkan," katanya.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Azizan berkata sebagai ketua parti, Abdul Hadi perlu bertanding.

"Saya tak tau apa sebab (Abdul Hadi buat kenyataan itu) sedangkan dia masih mampu. Dia asas kepada parti dan tidak ada buat kesalahan apa pun. Malah kalau ikut kesihatan, dia lagi sihat daripada saya," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU-13, Azizan berkata semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. - Bernama

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apapun yang namanya undang2 yang menyekat kebebasan mahasiswa berhimpun dan menyatakan ketidakpuasan hati serta bantahan, pihak IPTA/IPTS tidak boleh dibenarkan bertindak sewenang-wenangnya seperti menggantung mahasiswa2 tersebut. Prinsip demokrasi mesti menjadi landasan kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Mengapa kita harus takut dengan aksi berhimpun selagi aksi itu tidak membawa kepada unsur2 anarkis?

    ReplyDelete
  2. setuju dengan anon 10.58..

    mana-mana undang dengan akta yang berbeza tetapi perlaksanaan sama maka harus ditentang dan diperbetulkan seperti kes KUIN. Ini adalah hakikatnya seperti pihak pusat nak hapuskan ISA tetapi mewujudkan undang lain yang sama dengannya maka ianya perlu dilarang.

    Namun sokongan saya terhadap pakatan tidak akan berubah kerana perbalahan hanya melibatkan perkara cabang dan bukannya pokok. terima kasih Ustaz Azizan atas penerangan beliau.

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn kedua-dua Anon di atas. PR mesti berpegang kpd prinsip menentang kezaliman, menegakkan keadilan dan membenarkan kebebasan bersuara. Ini juga dituntut oleh agama Islam.

    Kurang pasti sama ada KUIN IPTS atau IPTA krn Kerajaan Negeri yang menubuhkan KUIN juga boleh dikira di pihak awam. Mungkin MB boleh tunjuk salinan lesen di laman ini.

    Perbalahan ini tidak akn berbangkit sekiranya dr awal lagi MB membuat penjelasan spt ini. Kelewatannya memberi penjelasan menggambarkan dia sendiri memikirkan AUKU yang telah digunakan dan pada mulanya, dia tidak berapa ambil pusing mengenai hal itu sehinggalah teman-teman di dalam PR, termasuk PAS mempersoalkannya. Sewaktu membuat penjelasan pun, MB mentakrifkan orang-orang yg menegurnya sebagai 'sudah malu' kerana tersilap Akta, membayangkan sikap 'one up'nya terhadap teman-teman di dalam PR dan masih mahu berpolitik dgn orang dalam. Ini tidak baik untuk kesepakatan PR walhal yg menimbulkn kekeliruan adalah beliau sendiri.

    ReplyDelete
  4. ASD,

    Hang jgn tunjuk muka manusia jenis Abdullah Ubai....kepala munafik...
    cina cakap mungkir janji....
    india kata mungkir janji....
    memalukan melayu islam lain yg ikhlas memperjuangkan ugama yg suci....
    satu maki hamun utk dia...
    lu memang cibai...

    duit mana diambil untuk bayar yuran Karpal Singh?
    Dah la munafik membazir pula...
    ini contoh rakan karib syaitan...

    ReplyDelete
  5. Cayaalah Ustaz Azizan.
    Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari hanya salah faham dlm hal ini.
    Tapi ada org yg "menangguk di air yg keruh"

    ReplyDelete
  6. zizan ni apa2 pun tak leh...
    kepala angin tak bertempat..
    kah...kah....kah....

    ReplyDelete
  7. autocratic leader
    we should put his head down

    ReplyDelete
  8. Ustaz Azizan ni apa bila sekali pandang segala tindak tanduk nya menyerupai Hasan Ali................

    ReplyDelete
  9. mungkin ada benarnya mmg akta yg digunakan lain tapi lebih kurang sama, cuba heck punca utama masalah kemudahan kalau bebudak tu tak buat demo agaknya kemudahan tu diambil tindakan segera tak, dia orang ahli MPP tentulah mewakili student, yang paling tak setuju isu perpindahan tahfiz tu la ni dok buat sekolah bestari apa ntah yang best tak tau la dulu bebudak tahfiz siang malam berlonggok kat masjid sultanah bahiyah la bebudak bestari tak de pegi solat balik solat, dulu klu pegi waktu dhuha pun masih ramai bebudak bertadarus, MB maybe tau tapi dia mana jemaah kat situ dia sg limautak pe maybe nak kena kifarah cam ganu dulu kut baru nak sedar... apa salah minta maaf tak kan hilang bisa ular menyusur akar.. kalau la MB Kedah cam Nizar kan bagus.. bila jumpa rasa tenang je.. MB maaf la belum rasa auranya, bukan nak buat banding, ADUN Nasir lebih praktikal...

    ReplyDelete
  10. aku yakin last2 azizan akn buat kenyataan di tv3 dan utusex...last2 dh jadi hassan ali..kononnya dh tkdak tempat di harakah...last2 buletin utama dgn utusex pun ambik kesempatan...dh nampak dahhh..azizan ni angkuh..ego..apa salahnya bwak berbincang secara tertutup...tgk apa dh jadi dgn hassan ali..elok pecat je si azizan ni..nanti kalau dh start bagi komen kt tv3 dgn utusex dh tak guna dah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post