Isu Pasir: Jawapan dari dua YB PKR.. (Video Inside)



PETALING JAYA: Dua ahli dewan negeri (Adun) Selangor dari PKR, Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amiruddin Shari (Batu Caves) menolak dakwaan pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa mereka terlibat dalam skandal perlombongan pasir di negeri itu.


Mereka juga menafikan dakwaan bahawa Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali turut terlibat dalam skandal ini dan sebaliknya menyifatkannya sebagai fitnah terbaru daripada blogger mesra Umno itu.

RPK dalam blognya semalam mendakwa dua Adun PKR itu terlibat dalam skandal perlombongan pasir dan mereka adalah ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang membuat permohonan untuk melombong pasir di Dengkil.

“RPK terkeliru di antara dua personaliti yang mempunyai nama yang sama iaitu Azmin Ali dan Azmin Mohd Karim iaitu pegawai di Pusat Khidmat saya,” kata Shuhaimi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini yang turut dihadiri rakan sejawatnya Amiruddin.

Shuhaimi mendakwa tulisan RPK yang turut menyentuh mengenai rakaman perbualan telefon antara lain menyebut beliau akan berbincang dengan individu dikenali sebagai Azmin hanyalah rekaan putar belit dialog yang diselang seli dengan perbuatan sebenar dan mungkin dirakam.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya cubaan untuk mengaitkan fitnah ini dengan Azmin Ali kerana beliau langsung tidak terbabit dalam perkara ini. Beliau (Azmin Ali) tiada kena mengena dengan hal ini,” tegasnya.

Shuhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan RPK kononnya syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapat kontrak melombong pasir termasuk beberapa bayaran yang dibuat berhubung dengan perkara ini.

Syarikat tidak berdaftar dengan Kumpulan Semesta

RPK dalam tulisannya juga mendakwa, Shuhaimi beberapa kali meminta wang daripada seorang kontraktor antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010; di antaranya, RM5,000 untuk perbelanjaan kempen pilihan raya, RM35,000 perbelanjaan bulan Ramadhan, RM10,000 jamuan Hari Raya dan RM50,000 dimasukkan dalam akaun bank sebuah syarikat untuk kegunaan pilihan raya.

Menjelaskan pelbagai dakwaan itu, Shuhaimi berkata beliau mengenali Adnan yang juga pemilik Double Dignity sejak 2009 melalui pegawai peribadi seorang ahli parlimen di Perak.

Katanya, Double Dignity ditubuhkan sebagai sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah malah beliau memberi persetujuan dilantik sebagai pengarah bermula Jun 2009.

“Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity bahawa pelantikan saya sebagai ahli lembaga pengarah hanya disempurnakan pada 18 Januari 2010 seperti dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia bertepatan tarikh 18 Januari 2010 dalam surat sokongan disiarkan Raja Petra,” katanya.

Malah ujar beliau Double Dignity tidak pernah berdaftar dengan Kumpulan Semesta sehingga hari ini maka sebarang permohonan projek pembersihan pasir tidak timbul dan tidak benar.

Menyentuh mengenai wang RM50,000, Shuhaimi berkata ia adalah pinjaman yang diberi oleh Adnan kepada rakannya yang dikenali sebagai ‘A’ untuk membuka pusat Smartreader di Kota Damansara.

Beliau hanya bertindak menjadi orang tengah membantu rakan dikenali ‘A’ itu, malah ujarnya wang RM50,000 itu kini disimpan dalam akaun Azmin Mohd Karim memandangkan Adnan sehingga kini masih gagal ditemui.

Shuhaimi masih ahli lembaga

Walau bagaimanapun, Shuhaimi mengakui bahawa beliau masih ahli lembaga pengarah Double Dignity dengan menerima enam kali bayaran elaun sebanyak RM5,000 dari Jun hingga Disember 2009 manakala Amiruddin pula menerima tiga kali bayaran elaun untuk tempoh Oktober hingga Disember 2009.

Ketika diasak pertanyaan pemberita mengenai pengekalan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah, Shuhaimi menjelaskan perkara itu perlu dibawa dalam mesyuarat syarikat.

Dalam pada itu, Amiruddin pula berkata beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan pada 18 Januari 2010 namun tiada sebarang jawapan berhubung hal tersebut.

Shuhaimi menjelaskan beliau dan Amiruddin telah memperjelaskan hal ini sejak 2010 lagi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah individu yang terlibat juga dipanggil berhubung hal sama.

Kertas siasatan SPRM kepada panel bebas

Sementara itu SPRM memberitahu bahawa kes siasatan isu penyelewengan and sindikit kecurian pasir di Selangor akan dibentangkan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) pada 23 Februari untuk tindakan lanjut.

SPRM memberitahu dalam satu kenyataan media hari ini bahawa siasatan terhadap Amirudin dan Shuhaimi telah pun lengkap and sudah pun dikaji and diteliti oleh Pejabat Peguam Negara.

“Kes tersebut kini telah diterima semula oleh SPRM and seterusnya akan mengemukakan kertas tersebut kepada PPO untuk mengkaji, meneliti and mengesyorkan hasil daripada keputusan yang diperolehi daripada JPN,” kata SPRM dalam kenyataannya.

PPO adalah satu mekanisme bebas yang telah dibentuk oleh kerajaan bagi memastikan SPRM menjalankan tugas dengan bebas and telus.

Selain daripada kes sindikit pasir, SPRM akan turun membincangkan berhubung kes Pusat Fidlot Nasional (NFC).

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Memang pembohong x kemana. Nice keep in line. Akan sentiasa update tntg isu semasa. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saman je klu dah benar rpk berbohong..

    ReplyDelete
  3. RPK bila nak insaf dah tua rumah kata pergi kubur kata mari..

    ReplyDelete
  4. RPK diberi tugas untuk hancurkan kerajaan selangor sekarang. Tapi nampaknya dia cuma boleh serkap jarang saja tanpa bukti kukuh.... Itu pun dah kira ok lah bagi BN asalkan boleh spin.

    ReplyDelete
  5. 2 Adun dah mula kecut perut, ditikam, dise kawan sepejuangan parti,kalau org BN cakap semua tak betul..fitnahlah...macam2, sekarang ambil kauorg!!!...baru tau langit tinggi rendah, harapkan pagar, pagar makan padi...

    P/S: Silap2 ada parti2 diharam jika terlibat sama, mengumpul duit macam nie utk mengempur BN waktu PRU13...apa kejadahnya parti2 macam nie guna duit macam nie..parti tu patut tukar parti Robin Hood!!!

    ReplyDelete
  6. Anak Haram kg PertamaFebruary 10, 2012 at 11:24 PM

    rpk walaupun mewah upah,namun miskin bahasa,dah mcm pendatang PATI,sebab itu hidup senang keluarga bahgia..dia fitnah org tak tengok cermin mata semakin tebal

    ReplyDelete
  7. yg patut diharamkan ialah parti umno.

    berbelanja duit melebihi peraturan yg ditetapkan oleh spr. tu yg kat pahang masih lagi tak bayar duit bendera.

    ReplyDelete
  8. Anon 12.11am

    Awat hang nie demam ke??..kata UMNO berbelanja duit melebihi peraturan yg ditetapkan oleh spr tapi kenapa pulak kata UMNO pahang masih lagi tak bayar duit bendera?

    P/S: Bodoh tahap Gaban

    ReplyDelete
  9. yg dapat kontrak buat bendera ialah syarikat dr pahang utk bekal kan ke tmpt praya. aku tak kata pun umno pahang. syarikat ini aje yg ada masalah yg lain lain tu ok.

    yg aku maksud kan ialah kos buat bendera ajeyg syarikat ini tuntut dah melebihi dr kos yg dibenarkan oleh spr. belum kira bilik gerakan dan banner. khemah dan

    kau tenguk lah berepa byk bendera yg dipasang dan jumlah kan lah dgn harga satu bendera.

    p/s gaban tahap meroyan. he he he.

    ReplyDelete
  10. AKP nangoi.....
    yg najib rembat duit pencarum kwsp utk buat projek PPRT guna tagline "satu lagi projek barisan nasional"
    jadah apa..kalau bukan seleweng duit..aku nak tanya hang..para pencarum dah bagi izin ka kat najib untuk guna amik duit tu?awat tak pakai reserve tunai negara..kata ekonomi tiap2 tahun meningkat..mana duit negara..simpan kat mongolia kot..

    ReplyDelete
  11. Kalau ini dua ekor bukan kuda trojan Barisan Najis sudah lama SPRM tangkap macam Teoh Beng Hock. Mengapa mereka masih bebas? Gunakan lah logik ini. Kawan2 dari PKR harus berwas dgn dua bakal anjing ini.

    ReplyDelete
  12. .

    aku sangkal anon 9:55 am. Mrk masih bebas sb tak de bukti. kalau ada bukti mrk dah jd mcm Hassan Ali. Redah sana sini. Byk kenyataan mrk yg bercanggah dgn dasar parti atau buat masalah dng pemimpin pakatan.

    Jgn lah jd batu api..

    Isu pasir ini nak neutralisekan dgn isu NFC. dlm Pakatan pun adasbg Ahli Lembaga Pengarah supaya org bersangka buruk. Pemimpin UMNO lebih separuh jd Lembaga Pengarah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post