Jamil Khir mohon RM 1Juta, Jamil Khir lulus RM4 Juta ?



KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.


Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

"Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.

"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

"Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.


Harakahdaily

25 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dulu ustaz dalam Al-Kuliyah. sekarang dah jadi apa pun tak tahula...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah , teroknya Uztaz ini , buat malu agama Islam je . Perangai macam penyamun ..

    ReplyDelete
  3. Aikk!!!??? agihan wang zakat pun nak 'diswastakan' jugak ke??

    ReplyDelete
  4. Renovation rumah???????

    tak kan kita dah lupa kott??

    UMNO

    ReplyDelete
  5. dunia sudah akhir zaman,org2 yang kuat agama sudah tidak mengamalkan ilmunya..tengok apa dah jadi dulu kasi ceramah sana sini bila ada,dpt pangkat skrg dah jadi penyamun,duit zakat pun nak diselewengkan..inilah tanda2 kiamat makin dekat....insaflaa

    ReplyDelete
  6. perangai dia bukan macam penyamun.....
    dia memang pun penyamun pukimak.....
    kah...kah...kah.....

    ReplyDelete
  7. masa jadi pengarah KAGAT(Kor Agama Angkatan Tentera) manusia inilah pegawai ugama pertama yg ajak pegawai2 ugama dan lain main2 golf. tanyalah pesara2 askar yg pernah bertugas dgn dia..

    ReplyDelete
  8. masa jadi pengarah KAGAT(Kor Agama Angkatan Tentera) manusia inilah pegawai ugama pertama yg ajak pegawai2 ugama dan lain main2 golf. tanyalah pesara2 askar yg pernah bertugas dgn dia..

    ReplyDelete
  9. masa jadi pengarah KAGAT(Kor Agama Angkatan Tentera) manusia inilah pegawai ugama pertama yg ajak pegawai2 ugama dan lain main2 golf. tanyalah pesara2 askar yg pernah bertugas dgn dia..

    ReplyDelete
  10. Yang Tok ingat dalam General Oder (Perintah Am)ada disebut disitu yang memohon tak boleh meluluskan permohonan tersebut.Begitu juga didalam mesyuarat, yg berkepentingan perlu keluar dari mesyuarat tersebut semasa paper sersebut dibentangkan. TAPI bagi BN semua itu ahhhh.....beeelahhh laaaaa!

    ReplyDelete
  11. Pergi semua tangkap orang ria Valentine ...sorok rasuah ...teruk dpd Zionis !!!

    Haram zadah ke dia ni???

    ReplyDelete
  12. Ini lah dmia anusia bangsat. Baru jadi ustaz dah rasa dia berhak atas syorga. Dah tak ada perasaan takut sedikit pun diakhirat nanti. Ini lah hasil ternakan UMENO.

    ReplyDelete
  13. HAMPEH BETUL ....INILAH MASALAH NYA REKRUT TENTERA JADI ORANG POLITIK...HANCUSSSSS

    ReplyDelete
  14. Wang utk Baitulmal pun dia sapu ,,, Apa punya manusia ,

    ReplyDelete
  15. isa habiskan duit felda.
    shahrizat habiskan duit lembu.
    sekarang.
    jamil habiskan duit zakat.
    apalah nak jadi dengan
    menteri & pemimpin umnooooo..... ni.

    ReplyDelete
  16. Oh Najib dah tak ada ke lagi org yg amanah yg boleh jaga wang utk hal2 Islam ni, Adoi parah ,!! Muka dia je sapu wang jbt agama Islam.

    ReplyDelete
  17. Abg Jamil ni tau tak apa dier check n balance.. Abg Jamil.. Abg Jamil.. tak pa lah Abg Jamil.. ari ni Abg Jamil amik duit zakat.. besok duit baitul mal.. lusa harta wakaf.. tulat duit zakat balik.. sampai la Abg Jamil mampus.. bila dah mampus nanti Abg Jamil tau la langit tinggi ke rendah..

    ReplyDelete
  18. dari raut muka dah nampak dah muka xsenang duduk tue..jamil..jamil... dulu nasihat kat orang pandai..skrg??rosakkk....

    ReplyDelete
  19. terukny pewaris yahudi.. Yahudi tak buat gini pd agama dia...
    Kita undi umno lagi untuk merompak dan menyamun negara kita.. Undi lagi,undu lagi,undi lagi.. Sampai bengkrap!

    ReplyDelete
  20. .


    yahudi zionis pun kalau permohonan rm 2 juta dpt cuma rm 1 juta.

    ini bukan zionis lagi ni...

    Islam lebih terbela di PP.

    ReplyDelete
  21. apa pulak pertikai2 cara ni. tak berkesan langsung. repot sprm je. ingat kebal sgt ke? kalau kena dgn kesalahan, ke dalam punya. bising2 setakat nk mileage politik tak kemana juga. duit rakyat bukan boleh sepah2 kt jalan raya. ramai yg masih lapar kebulur ni.
    harap pemuda pas reti sikit.

    ReplyDelete
  22. Duit berlonggok depan mata tu yg jd rambang. Tambahan pula bukan duit sendiri. Apa lg idea utk menyamun datang dgn segera. Selagi boleh samun dia akan menyamun sebleum org lain samun

    ReplyDelete
  23. .

    yg kita mtk perkasa sama sama buat lapuran sprm.

    kita mtk penyelamat akidah pun sama sama buat lapuran sprm.


    Islam lebih terbela di Pulau Pinang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post