PANAS!! Demo bantah JKKK UMNO Rampas tanah Sekolah Rendah Agama.. Macam perangai Israel laa..


Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah.


Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.

Papan tanda pembinaan Asrama anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK

Peserta demo berarak ke pejabat Adun Paka

Memorandum yang nak diserahkan tetapi YB lari ke Residen Resort berhampiran

Pelajar muslimat juga turut serta

Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!


Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!

Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu “Datuk” Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.

Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?

Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???

Sumber: Ustaz Saiful Bahari

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mampuih tak masuk TV dan suratkhabar cerita macam nie, yang dok keluar dalam TV pasal buruk PR je, Bee End Indah-indah dan MULIA BELAKA.

    -wakleman

    ReplyDelete
  2. Mat Said ni perangai jahat lebih dari yahudi....!!!

    ReplyDelete
  3. inilah petanda trengganu akan dikuasai oleh pakatan pada pru13,komfom punya,mat said akan menangis mengenang nasib umnog dah jadi komunis suka rampas hak rakyat,bagi mampus org umnog..

    ReplyDelete
  4. Jika ada wakil rakyat PAS masuk campur dikatakan nak ambil kesempatan dalam politik. Jika ada wakil DAP berjuang untuk depa ni akan dituduh merosakkan Islam dan bla..bla..bla..

    ReplyDelete
  5. dimalaysia orang melayu jadi miskin bukan kerana apa ini semua angkara umno bn yahudi sewenang wenang nya merampas tanah hak orang melayu kununnya atas nama pembagunan.Umno bangsat mampuih lagi baik jadi orang melayu jangan jadi manusia bangang masih sokong umno undilah pakatan rakyat

    ReplyDelete
  6. .

    baca tak artikel Bekas SU Akhbar Menteri di JPM psl Islam terbela di PP.

    Ada yg komen ... "Ya setuju dgn PP terbela.. Macam terbela.. "

    Yg Macam terbela pun UMNO tak mampu nak buat...

    Jadi kan lah ini satu peringatan bila nak memangkah pd praya 13 nanti. Bukan di kawasan itu je.. seluruh Malaysia.

    Mahu tak Mahu PAS/Pakatan kena masuk campur dan selesaikan. Kalau Nazri boleh mtk shahrizat pulangkan RM 250 juta.. tolong lah pulangkan lah semual tanah ini kpd rakyat.

    ReplyDelete
  7. .

    Selepas ini rakyat berarak ke istana dan persembahkan memo tsbt kpd Sultan hyg bijak lagi adil.

    Ini isu rakyat jd jgn lah pulak rakyat kws tsbt aje yg berjuang.

    ReplyDelete
  8. mana hilang anak2 pak ali...
    ibrahim ali presiden PERKASA
    salah satu konsep pertubuhan adalah -MENYERU digabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan Melayu, pribumi dan Islam dalam suatu saf gerak kerja lebih tersusun dan berkesan untuk memperjuangkan suatu pembentukan pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu, pribumi dan Islam dalam Perlembagaan dan pelaksanaan.


    hasan ali pengasas JATI-konsep perjuangan yang dibawa JATI iaitu IMR, singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi Raja-Raja

    jadi mana 2 ekor berok ni pie...harap2 karam singh walia dapat buat liputan di TV3suku....
    ada brann?....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post