Pendedahan penyalahgunaan wang zakat yang dikait dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menimbulkan tanda tanya berikutan perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilapor dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pengarah Pasukan Khas Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, perbelanjaan pengurusan yayasan itu juga tidak munasabah kerana mencecah RM2 juta.
Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, beliau berkata, pendapatan Yayasan Taqwa ialah RM7.78 juta manakala perbelanjaan RM6.98 juta tetapi RM800,000 tidak dilapor dalam laporan.
Memetik HarakahDaily, katanya, belanja pengurusan itu sangat tinggi, tambahan pula yayasan itu hanya mempunyai seorang pengurus besar dan 17 kakitangan sahaja.
“Mengikut peratusan penyaluran zakat Yayasan Taqwa kepada asnaf, didapati agihannya ialah RM4.98 juta atau 64 peratus manakala kos pengurusan RM2 juta atau 36 peratus.
“Kenapa peratusan penyaluran agihan hanya 64 peratus sedangkan ramai tidak mendapat bantuan,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini, hari ini.
Kamaruzaman – Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata, laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa juga tidak disertakan dalam laporan tahunan MAIWP.
Beliau berkata, yayasan itu ialah agensi bawah MAIWP yang ditubuh pada 1990 dan dipengerusikan Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.
“Kami mendesak Jamil Khir jawab. Ke manakah wang RM800,000 yang tidak dilapor dalam laporan tahunan 2010 itu dibelanjakan?” katanya.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga, katanya, mendesak Jamil Khir menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa mencecah RM2 juta.
“Semua ini dijelaskan segera dan terperinci. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci,” katanya.
Beliau turut mendesak pihak terbabit melantik satu badan bebas untuk mengaudit kewangan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.
Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik di Kedah.
Beliau juga dipalit skandal penggunaan wang zakat kira-kira RM65,000 sebagai kos guaman untuk menghalang permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Azlan Bukhari.
http://www.keadilandaily.com/?p=26298

Inilah apabila tabung haji dijadikan sebagai tabung anjing. Maka menyalaklah puak-puak munafik ni...
ReplyDeleteJamil....jamil...rupanya kau penyangak besar...duit zakat kau hentam siap kau bala menanti...mari semua kita buat solat hajat biar diberi petunjuk untuk si jamil dan kucu2nya...
ReplyDeleteTak habis2 hang belasah duit..,. Buat malu pada agama lain je , Anggota di pjbt agama sendiri tak betul ,,,,,
ReplyDeletememang betul dia ni menteredarah duit.nanti bila isu ni dah hangat. dia akan bawa keluar kenyataan bahawa duit itu untuk membantu anak2 miskin.dan di layak atau berhak menggunakan duit tu.sbb dia adalah anggota layak asnaf yg kesembilan iaitu org yg kaya tapi tak mau keluar duit untuk kebajikan.jadi makhluk ni layak untuk jadi asnaf yg ke 9 tu.sbb demi kebajikan...wehehehehehe
ReplyDeleteuntuk makluman semua.ada kawasan di kedah..maklumat menyatakan dia akan bertanding satu kawasan yg kuat BN bagi menjadi perwakilan ahli dewan undangan (adun).dan kalau UBN amik alih kedah ...dia secara automatik akan diangkat sebagai MB kedah.sbb untuk menjadi MB kedah kununya semestinya adalah org yg arif dalam hal agama.jadi dia org yg di anggap layak oleh pencacai2 amenot di kedah kecuali pencacai2 puak md bashah wal sami kedom naib canselor wat tokong sayuq.sbb tu skrg ni kerap sangat dia balik..bayangkan mesyuarat PIBG sekolah rendah sahaja dia menyumbangkan RM5k untuk pertubuhan tu.tapi wallahhuaqlam.dia rembat duit mana.yg pasti bukan dari duit gaji dia.sbb dia pun bukan ada banyak duit.sbb gaji dia semua labur buat istana baru.tapi memang kerap dia balik kekawasan tersebut.awal bulan 2 baru2 ni juga(beberapa hari lepas) dia ada buat ceramah di pasar FAMA kawasan tersebut.ceramah dia bergandingan dgn raja putar belit katak beracun AP kulim iaitu zul kulum...baik punya tarukkkk siap dengan paper (8 mukasurat) fitnah bertajuk gelombang merah di edarkan untuk org ramai yg hadir malam itu.
sekian dari saya..param singh clearr dari padi bunting rawter
APA NAK JADI DUNIA SEKARANG,ORANG YANG TAHU HUKUM AGAMA TERGAMAK MELAKUKAN KEMUNGKARAN.TUNGGULAH BALASAN DARI TUHAN,DIA AKAN BALAS CASH DI DUNIA LAGI.
ReplyDelete"Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik di Kedah".
ReplyDeleteTok dimaklumkan bahawa Jamil nii hantar penduduk sekitar Jerai pergi menunaikan haji ke Mekah, guna duit sape yee?
Mengkin duit lebihan buat rumah dia kot.
Apakah ini cara kempen Jamil disana?
jamil katek dah jadi penyamun ke?
ReplyDeletekatek, pendek pun ligat juga...
kah..kah...kah...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!