Kenapa Polis takut bertindak terhadap Keluarga Shahrizat? soal Mat Zain



KUALA LUMPUR, 4 Feb — Seorang bekas pegawai kanan polis hari ini mempersoalkan keengganan pihak polis bertindak terhadap keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dengan mengatakan mereka mampu menyiasat perkara itu dalam masa singkat bagi memastikan sama ada berlakunya penyalahgunaan dana untuk membiayai Umrah.


“Kenapa pihak polis takut untuk mengambil tindakan terhadap suami dan anak Shahrizat?” soal bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara hari ini.

“Bagi menyemak rekod untuk memastikan Mohamed Salleh dan Wan Shahinur (anak Shahrizat) menggunakan sejumlah RM31,580 dalam NFC bagi membiayai perjalanan Umrah mereka pada 2010 hanya memerlukan masa yang amat singkat untuk disiasat,” tegasnya.

Mat Zain telah mendesak Datuk Seri Najib Razak minggu lepas supaya menggesa polis, badan pencegah rasuan, Peguam Negara menyelesaikan siasatan terhadap skandal pusat ternakan lembu tersebut dalam masa dua minggu.

Tambahnya, bagi menyemak sama ada NFCorp telah membayar sejumlah RM26,400 kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hanya memerlukan “beberapa minit” penyiasatan.

“Sekiranya tuduhan-tuduhan itu benar, Shahrizat telah menipu rakyat apabila mengatakan beliau tidak mengambil tahu berkenaan hubungan pengurusan NFCorp oleh suami dan anaknya,” katanya.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap NFV, termasuk sejumlah RM27 juta didakwa telah digunakan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan tersebut, apabila Ketua Audit Negara mengatakan projek berkenaan tidak menetapi sasaran pada Oktober 2010.

Pembangkang turut mendakwa suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), telah mengarahkan bayaran sebanyak RM31,580 dibuat ke bagi membiayai perjalanan Umrah bagi diri, dan anaknya pada 2010 termasuk RM26,400 perbelanjaan Shahrizat pada 2008.

Ketua Wanita Umno itu semalam menegaskan beliau akan terus mengetuai sayap wanita dan kembali ke kementeriannya Isnin ini selepas bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.


The Malaysian Insider

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jawapannya senang saje, sebab polis malaysia tak profesional menangani kes2 terutamanya yang melibatkan pemimpin dan ahli politik UMNO dan BN yang juga tak professional.

    Kes lembu pun tak mampu selesaikan.... Inikan pula kes kapal selam, kes PKFZ, Altantuya dll.

    ReplyDelete
  2. Polis bagai Lembu di cucuk hidung...tak boleh ke kerja dgn jujur dan amanah

    ReplyDelete
  3. tak propesional tk tepat..yg lebih tepat ialah telur kpn dalam genggaman najib n the geng..itu je..

    ReplyDelete
  4. bukan polis tak mau pi siasat.....
    mat ijat dok selak kain tunjuk burit....
    kah...kah...kah....

    ReplyDelete
  5. witched lady pakai tudung sempurna.....
    kah...kah...kah......
    rupa iblis ada lagi....
    kah...kah...kah....

    ReplyDelete
  6. KESIMPULANNYA PASUKAN POLIS AMAT TAAT KEPADA PEMERINTAH SEBAB PEMERINTAH YANG DUK BAYAR GAJI MEREKA.

    ReplyDelete
  7. polis umpama beruk jadian..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post