Kerana Fitnah. Umno Online, Papagomo dan Pisau.net dilaporkan ke SKMM



PETALING JAYA: Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo.


Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

“Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut.

“Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk “Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali”, di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut:

“Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL”.

Motif jelik dan keji

“Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah,” kata Zairil di dalam satu kenyataan media.

Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat desas desus bahawa anak Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Bagaimanapun, tuduhan tersebut telah disangkal oleh ‘pelajar perempuan’ tersebut yang dikenal pasti sebagai jaguh catur Hong Kong yang kini berada di Britain.

“Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya,” jelas Zairil.

Ini diikuti oleh pengesahan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri dengan apa-apa kejadian sedemikian.

Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu.

Meskipun demikian laman web dan blog yang dinyatakan di atas tetap meneruskan serangan dengan memaparkan laporan berunsur fitnah dan palsu di laman mereka.


Free Malaysiakini

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sikit2 nak saman, nak lapor kat SKMM. Korang ingat SKMM nak layan ke. Dasar PR...LOOOWWWW CLASSSSS...

    ReplyDelete
  2. Bodohnya komen rakab tu..

    Habis?? apa gunanya ditubuhkan SKMM? nak mentekedarah gaji buta?

    ReplyDelete
  3. Penchacai BN balik-balik bab melucas juga depa nak mainkan lagi "brengset Class", tapi bangang bodoh dok canang bende palsu...apa lagi masa ni lah PR nak serang bagi itu baghal mengelupor...kahkahkah awek catur famous lu gembat...hahaha bebal tol..

    ReplyDelete
  4. Hebat cybertrooper UMNO nih

    diorg ni kebal, bleh dpt keistimewaan naik kapal selam negara lagi.

    dlm posting blog diorg hari2 penuh dgn maki-hamun. ni ke mentaliti yg UMNO nak ketengahkan?? ini ke ideologi yg diinginkan oleh BN? Camna kami nak sokong BN kalau blogger lidah rasmi UMNO mengguna kata2 kesat hari2, yg jelas diharamkan oleh Islam! Kalau kata bukan Islam marah, tp nak kata dia Islam pun tak mcm org Islam. Mungkin kalau Nabi s.a.w. masih hidup, baginda pun belum tentu nak mengaku umat!

    ReplyDelete
  5. patutnya LGE buat bodo jer.. ni semua keja org sakit ( sakit ati ).. buat bodo je.. biarkan dia gila sorang2.. kita x yah ikut jd gila

    ReplyDelete
  6. napela rendah sangat pemikiran ko ni rakab..kesian tgk org melayu mcm ko ni.

    ReplyDelete
  7. alolo rakab anjing borosmah..mentang2 tuan ko dah sambong kontrek..awal2 ko dah menyalak ye kahkahkah...tapi salakan ko mcm biasa LOOOWWWW CLASSSSS...kahkahkah

    ReplyDelete
  8. These people should be in jail .... Fitnah je kerja mrk .... Dah tak ingat dosa lagi ... Hina sunggoh kerja2 fitnah ini ...

    ReplyDelete
  9. Memanglah LGE sial. Dia duduk penjara kerana pertahankan gadis melayu

    ReplyDelete
  10. Kalau pr tak saman @ report, dicabar suruh saman! Tapi bila dah buat report @ saman cakap low class bla...bla.. . Ini tahap kelas rendah mentaliti pencacai..!

    ReplyDelete
  11. Mana PPAS? Tak mahu tompang menyalak k?

    ReplyDelete
  12. Hahahaha!!! rendahnya moral pencacai BN sanggup bermati2an memfitnah dengan sedikit upah. Penulis upahan LOWWW CLASSSS....

    Bila dah fitnah takut pulak nak kena saman. Aku mulanya nak bookmark jugak web dan blog pencacai2 UMNGOK ni tapi tak sanggup, takut anak2 aku nampak nanti depa kata aku simpan web lucah pulak....

    Hidup LGE!!!
    Mampus UMNO!!!!

    ReplyDelete
  13. .

    Low class bukan psl fitnah je.
    tp psl fitnah yg sama je..
    kita bagi lah chance dia org fitnah pun tak pe... walaupun aku ttp tak bersetuju.. tp sbg satu senario je ya..

    bg lah dia org fitnah.. cuba kau org tenguk fitnah dia org dari dulu smp skg SAMA JE... TU JE... LIWAT ! AGENT YAHUDI ! ISU MAIN CATUR NI !! tak de yg baru...

    Tu yg bagi aku dimaksudkan LOW CLASS.. sb Rakab ni makanan kegemaran dia ialah dedak lembu.

    ReplyDelete
  14. tak lama lagi korang melayu islam akan hilang kuasa n hak kt Tanah Melayu ni.sume berpecah belah n tidak bersatu padu.skrg dlm pembangkang majoriti kerusi dimenangi oleh DAP.kuasa politik akan dipegang oleh depa.undila ramai2 pembangkang.skrg ni pon kite dh byk kali kene pijak ngan kaum depa..ni lgla bila kuam depa berkuasa.slamat dipinggirkan.lepas tu baru korang tahu islam ke mana hak org melayu ke mana.hebat sgt ke Guan Eng nk agung2kan tu?hidup depa atas dunia sebab duit je.kite org islam ni masih igt syurga neraka walau wat silap.walaucamne pon...depa tetap nk bertahan kaum depa...sama cam kite..nk pertahankan kaum kite n agama kite.jgn mula bagi muka n kuasa yg terlalu byk.kite kene majoriti.yg mane pemimpim yg wat silap tu...kite suh tukar...takkan sampai tukar kuasa politik kot.yg penting biar melayu islam berkuasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post