Bagi yang mengemari irama Heavy Metal di era 80an dulu pasti kenal dengan gambar di atas, gambar diatas merupakan kulit album DIO (Devil in order) yang popular dengan lagu Holy Diver.
Bukan dalam album 'Holy Diver' sahaja image makhluk tah apa-apa yang digambarkan sebagai syaitan itu menjadi hiasan dikulit album mereka, malah boleh dikatakan hampir kesemua album mereka image makhluk yang digambarkan sebagai syaitan itu digunakan..
Di bawah ini pula adalah gambar dari kulit album Iron Maiden, image makhluk yang tah apa-apa ni juga digambarkan sebagai syaitan..
Sama seperti DIO, Iron Maiden juga menggunakan image makhluk tersebut sebagai image utama dikulit album mereka.
Kedua-dua image tersebut adalah hasil imaginasi pereka grafik mereka..
Berikut pula adalah gambar Hassan Ali dan Harussani Mufti Perak sedang menyaksikan logo JATI yang dilancarkan secara rasmi oleh Hassan Ali.
Menurut Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu Dato Dr. Hasan Mohamed Ali, JATI bakal menjadi platform umat Islam dan Melayu bagi membentuk jatidiri ke arah kemantapan Akidah, Syariah dan Akhlak berlandaskan konsep Islam, Melayu dan Raja (IMR).
Malang buat Hassan Ali.. berdasarkan sebuah blog yang mana pemiliknya menjadikan Bible sebagai pedoman, Harakahdaily melaporkan Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.
Petikan dari blog tersebut..
And regardless of your theological comprehension you no doubt have seen enough references over the years via movies and books to know that the number "666" is related to the prince of darkness. In fact the Bible has this to say about it.
"He also forced everyone, small and great, rich and poor, free and slave, to receive a mark on his right hand or on his forehead, so that no one could buy or sell unless he had the mark, which is the name of the beast or the number of his name.
This calls for wisdom. If anyone has insight, let him calculate the number of the beast, for it is man's number. His number is 666." - Revelation 13:18
Imaginasi pemilik blog tersebut hanyalah berdasarkan dari apa yang dilihatnya melalui wayang dan juga buku-buku serta sedikit panduan dari Bible, ianya menghasilkan apa yang boleh dilihat digambar diatas..
Sama seperti gambar makhluk yang tah apa-apa diatas ianya adalah hasil imaginasi manusia yang diciptakan Allah..
Persoalannya disini.. apakah kita perlu percaya kepada Bible hanya kerana kita benci kepada Hassan Ali?
Sehingga kita sanggup mengatakan logo JATI itu logo syaitan hanya bersandarkan kenyataan dari sebuah Blog yang menggunakan Bible sebagai panduan?
Dan sejak bilakah pula syaitan mempunyai logo?
Baca juga apa pendapat di SINI
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!