NFCorp langgar syarat pinjaman atau dalam lain ayat Pecah Amanah kata Nazri..



Kenyataan dari Nazri Aziz ini secara tidak langsung membuktikan bahawa anak lelaki Sharizat, Wan Shahinur Izmir Salleh yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada National Feedlot Corporation (NFC) telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia.


Ini kerana pada 9 Feb. 2012 lalu dalam kenyataannya Wan Shahinur Izmir Salleh telah berkata Perjanjian untuk pinjaman mudah RM250 juta antara Kerajaan dan National Feedlot Corporation (NFC) tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu.

Oleh itu syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara.. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dia ingat seluruh rakyat Malaysia ni sama dengan Lembu yang dia ternak kot?



*******************************************


NFCorp melanggar syarat pinjaman, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

Malah, Nazri turut menafikan laporan akhbar ( SINI ) yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya,” katanya.


Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu.

Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.

“Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.

“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.

Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi “kesan” dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.

“Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju,” tambah Nazri.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.

Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.

Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Perdana Mnerteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.


The Malaysian Insider

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dah jelas kes CBT ,tak faham mengapa SPRM dan PDRM ambil masa yg lama utk keluarkan hasil siasatan dan mengenalpasti kes ini ,, Mentang2 mrk org BN ...

    ReplyDelete
  2. Kami nak tau kerna melibatkan Wang Dana Rakyat. , mana boleh belanja bagai wang sendiri....
    Org lain nal beli satu flat pun susah....

    ReplyDelete
  3. Yang akan tentukan pecah amanah atau tidak adalah mahkamah . Yang menyiasat adalah SPRM.

    N. Surendran , naib president PKR membantah tindakan kerajaan malaysa yang mengahntar pulang wartawan arab saudi yang menghina nabi muhammad SAW. Katanya ini bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan individu. dan yang paling gila babi sekali adalah peguam PKR Fadiah Nadwa Fikri yang turut mengecam tindakan kerajaan itu .

    ReplyDelete
  4. Tok dah kata dahhhh..... No1)Syed Ali Alhabshee, No2) Rafidah Azaz, No3)Nazri Aziz, mereka ini ada pemimpin lebih tinggi yg dibelakang mereka. No4)...?
    Udah le Jat, kamu boleh faham dah tuuuu Jat!

    ReplyDelete
  5. hari-hari cerita pasal lembu ni. bosan dah

    ReplyDelete
  6. kenapala belum settle lagi kes ni,oleh kerana shahrizat tu org BN sebabtu SPRM/POLIS takut kecut juboq nak drass kes ini,inilah 1malasia,org BN/UMNOG boleh sapu upside down harta rakyat,kalau rakyat biasa duludah bertekong ko dlm penjara,....`INI TIDAK ADIL TIDAK ADIL,apa2pun kita pastikan BN/UMNOG d terajang rakyat masuk goal dlm penjara...kita org melayu hendakkan pemerintah negara kita bersih cekap dan beramanah...anda berani sepak BN/UMNOGOK pastikan mereka d sumbat dlm penjara..anda boleh guna kuasa undi saudara/i..so bertindaklah dari sekarang dan jgn percaya janji2 songsang org2 BN.

    ReplyDelete
  7. .

    Hny si lembu yg memandang isu ini isu lembu yg membosankan.

    rakyat memandang isu ini isu RM juta juta..! Pecah amanah..!

    ReplyDelete
  8. .

    aku tidak menentang sesiapa yg menghina Nabi Muhammad saw.

    aku pun terkejut bila wartawan tsbt ditangkap dan dihantar pulang. yg peguam tu bantah ialah mengenai hak asasi yg termeterai oleh PBB. Msia ada hak utk membenarkan pelawat atau indv masuk ke Msia oleh itu sepatutnya wartawan tsbt di larang masuk ke Msia. Bukan di hantar ke Arab Saudi. Oleh kerana kesulitan utk menguruskan paspot dan tambang k/terbang maka di hantar pulang. Secara kebetulan dia di tuduh menghina Nabi saw dan di kehendaki oleh kjaan Arab Saudi. Ingat tak kawan perempuan Tian Chua dr Hong Kong tidak dibenarkan masuk Msia.

    Dia melakukan kesalahan itu di Arab Saudi dan dia (wartawan tsbt) tlh mendengar disini ada forum yg boleh menyelamat kan akidah. jd mungkin dia ingin turut serta.

    ReplyDelete
  9. .

    maaf tersilap

    aku menentang sesiapa yg menghina Nabi Muhammad saw.

    Minta maaf. Mintak Maaf.

    tolong perbetulkan dan abaikan perkataan 'tidak'..

    maaf . astafirrullah.

    ReplyDelete
  10. anon:11:00..tulah luu kantoi..baca dulu sebelum send,kata nak tambah pahala....namun kantoi2

    ReplyDelete
  11. Disini kita cakap pasal cerita lembu lah...yg lain tu ada forum lain.
    penyokong dan pecacai umporno jangan cuba nak tukar topik. mami ijat hampa dah songlap duit rakyat, terima saja hakikat tu. kesimpulannya, pemimpin umporno memang tak boleh harap dan bendera keris umporno tu wajar di humban ke lunag najis. Orang melayu dah muak dan jijik dengan umporno. Dah sampai masa umporno sekarang cuma berharap pengundi sabah sarawak utk kekal kuasa. di semenanjung orang melayu dah BENCI umnoooooo.
    umno = lembu = keldai = baghal

    ReplyDelete
  12. hairan kenapa sperm ambik masa yg lama? apa nk heran kalau ijat lembu dtg pejabat sperm disambut oleh org no 2 sperm..teruskan wayang lembu box office 2012..pelakon utama ijat lembu, salleh lembu, dan anak2 lembu..pelakon yg memegang watak antagonis pidah ap, naz bulldog, dung moktar..pelakon pembantu sperm dan polis2 umno..tagline cerita lembu "duit rakyat 250 juta jadi taik...ada aku kesah?"

    ReplyDelete
  13. Baru sedar ini kes CBT ke?

    Punyalah bangang orang UMNO ini semua ye.

    Takyah pi universiti pun dah tau ini kes CBT.

    ReplyDelete
  14. nazri cakap tak perlu peguam atau saintis roket utk cam dan faham perbuatan penyangak2 sekeluarga tu adalah pecah amanah.
    malangnya sprm ni samada lembab macam lembu kak ijat, ataupun lembab macam kura2 baru naik dari kolam.

    tapi jauh lebih malang bagi seluruh malaysia, bila ada sorang tpm yang nama dia pun mula dgn bunyi lembu kak ijat, maka pemikiran dia pun serupa lembu kak ijat, tapi dia ingat dia handal lagi bijaksana akan dapat mengelentong 1malaysia:
    ada ke tindakan dia ialah nak lantik juru audit!!! mangkuk apa, ketua audit negara tu yang dah siapkan lama dah audit tu!!!
    oi, moo-hidin! why dont you just fire the ketua audit negara, and right after that we the rakyat will fire you as well???!!!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: SELAMAT MERDEKA 2

    ReplyDelete
  15. untuk makluman semua...
    rakyat dah menyatakan pecah amanah
    MCA pun akui
    umno cheras pun akui
    nazri di JPM pun akui
    rapidah aziz pun akui
    tun daim pun akui
    tun mahatiak pun akui
    raja nong cik pun akui

    cuma yang tak akui lagi adalah SPRM.kerana ia tidak melibatkan unsur rasuah.dan di beri kepada pihak PDRM

    dan...................
    jeng jeng.....
    hanya t.ketua polis negara Datuk Khalid Abu Bakar sendiri mengakui tiada kes yg boleh disabitkan dgn NFC


    KUALA LUMPUR, 1 Dis — Siasatan polis setakat ini menunjukkan tiada unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

    Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek itu termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    “Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan,” kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh, dipetik Star Online hari ini.

    jadi pahamlah kenape siasatan kes ni jadi lambat..sbb mmg tak ada pecah amanah..rujuk dari kenyataan t.k.p.n khalid

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post