
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.
KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.
Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.
Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Kondominium Pertama
Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965
Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209
Tarikh dibeli: 27 Mei 2010
Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB)
Kondominium Kedua
Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965
Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575
Tarikh: dibeli 27 Mei 2010
Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank)
Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.
Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.
Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.
Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:

Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Najib Tun Razak:
1) Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?
2) Beranikah Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?
3) Apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?
Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
8 FEBRUARI 2012
Tak guna punya manusia. Anak-anak miskin masih ramai di malaysia sedang kebuluran tak cukup nak makan. Tunggulah balasan dari Allah... atas dunia kau boleh buat apa yg kau suka. bila dah mati esok. jawablah!!!!
ReplyDeleteTahniah Rafizi kerana kerja kuat anda.
ReplyDeleteSemakin banyak pendedahan maklumat pemimpin UMNGOK bermakna semakin ramai pemimpin2 dan pemuka UMNGOK yang akan angkat kaki masuk PR sebelum PRU13. Maklumat2 begini mungkin disalurkan oleh orang2 dalam UMNGOK yang dah menyampah dengan parti sendiri. Hahaha hanya satu andaian berdasarkan logik....
Anak Sungai Temberang !!
ReplyDeleteMami Penang pandai berniaga lembu, hanya orang berkepala otak lembu saja mampu buat begini. Esok lusa si rakab dan penganutpas pun akan jadi saudagar lembu yg berjaya.
ReplyDeleteundilah umno...kekayaan keluarga diutamakan dan rakyat tertentu di dahuluakan.
ReplyDeleteapa kata puak umno, senyap jeee
ReplyDeletelambat lagi PRU 13...tangguh
ReplyDeletealah rakab ni mana ada temberang..
ReplyDeletebiaq pi la kat depa...
mai la hisap peliaq abang...
air dah naik kat kepala....
kah...kah..kah...
teori rahman lanchow pula..
macam2 pelesit...
ni lah org PR...shahrizat beli kondo pun nak kecoh. kan banyak lagi duit2 kat perbendaharaan negara tu.
ReplyDeleteAnak Sungai Kebenaran!!!!!!
ReplyDeleteTahniah Anak Sg Derhaka! Anda sungguh aktif mengupdate, dah mcm web PRK dulu2 plak dah aku rasa blog nih! BAGUS! Keep it up!
ReplyDeleteterbang ke mekah lg la nampaknya mamak sekor nih....hahaha....bodoh punya melayu umno, jelas dah mamak sekor nih perbodohkan korang. Tengok dok kutuk2 kononnya singapura tindas melayu aleh2 melayu celup nih buat harta kat sana....hahaha...lu penyokong totok umno dpt apa?. nak beli rumah murah pun belum tentu dpt...
ReplyDeletepatut anjing bulldog umno si nazri aziz tak mau istihar harta kahkahkahkah harta puak2 umporno ni kalau dedah kat rakyat mau ada yg mati kena stroke!!
ReplyDeleteSialan punya org belanja duit rakyat mcm Wang sendiri , pengaliran wang keluar lagi , apalagi PDRM dan SPRM siasat lah cepat 2 ,,, patut mami ini kena gantung kerja hingga siasatan selesai ... Najissss memamg tak ada kote ,,,
ReplyDeleteTurun kan mrk2 ini pada PRU 13 ,,,,,,Sedarlah rakyat malaysia sebelum malaysia hancur ,,,,
Pegi umrah 3 kali dlm 2 bulan?? baik pagi siasat.. tah2 dia pindah lembu2 ke mekah.. tak pun beli kondo kat sana..
ReplyDeleteAku dh kata dh, mami ijat x payah susah2 selak sana sini, kelak ianya akan terlondeh sendiri. Tp aku masih sedih dgn puak2 ultra pecacai..masih mengagungkan insan2 yg tercalar akidah dan moral sebagai pemimpin mereka. Demi wang apa saja sanggup dilakukan.
ReplyDeletekepada pisspuss...Nazri Aziz tu bukan anjing spesis bulldog lah...dia spesis pitt bull yg kat USA org buat laga anjing tu
ReplyDeletedasyattt, meniaga lembu pun boleh kaya ooo!!! kaya gila babi...
ReplyDeleteHa Ha Ha Ayoh ,Mari kita rompak jangan tak rompak..selagi orang Melayu masih lagi bodoh dan banggang mengundi aku hahaha ..aku perduli apa...hidup UMNUUUUU.
ReplyDeletewoooiii...berok2 PaRia...cakap boleh la....bukti mana woiiii.....??...sekeping paper pun xde....harapkan cakap2 dari danny fong jea..bodoh punya fuckatan....
ReplyDeletekahkahkah anjing umno paria kat atas aku ni mengelepar nk pertahan tuan...kahkahkah anyways to ijat lembu your days have been numbered..rapeedah pun dahmintak ko berambus!
ReplyDeletenescaya klu harta2 kaum UMporNO dikumpul&digunakn semula...mungkin tiada lg rakyat2 miskin yg hidup melarat di OnE MAlAySiA ni!
ReplyDeleteMari kita nyanyi dulu..
ReplyDeleteBersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu,Terus Menipu
Kita Tipu Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Isteri,
Anak,Menantu & Bini
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Keji Dan Haprak
"Bersatu, Bersetia, Khianat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Menipu Rakyat Malaysia
UMNO Terus Lara
Merompak Rakyat Malaysia
(nurkilan: Haziq Reformasi)
Lembu baka "JAT" memang perlukan tempat ekslusif .Dalam dunia baka jenis ni sahaja yg ada di Malaysia.Tempat lain kalau jumpa baka ni...depa tak mampu nak maintain.Lagi pun lembu baka jenis ni, paling susah nak dikorbankan masa hari raya haji nanti...isi dah liattt sangat.Sebab dok lam aircond saja.
ReplyDeleteYang berada bertambah kaya
ReplyDeleteYang miskin bertambah papa
Yang berkuasa mendabek dada
Yang ditindas merobek kuburnya!
Yang dituduh haru biru
Yang mengata bermata kelabu
Yang UMNO menjadi lembu
Yang PKR masih bercelaru!
Yang Anak menjadi Derhaka
Yang Sungai mengalirnya tiada
Yang sibuk adalah kita
Yang tidak akan dapat apa-apa!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!