Parlimen akan dibubar minggu depan?.. Ini jawapan Najib tentang tarikh Pilihanraya bacalah..


Malam ni kecoh dengan isu tarikh pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke13, kerana menurut Husam Musa beliau mendapat maklumat bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu hadapan..


Tapi itu kata Husam Musa.. bukannya kata Najib Tun Razak..

Bila Najib nak bubar Parlimen itu hanya dia dan Rosmah yang tahu, kerana hanya di Malaysia tarikh Pilihanraya hanya Presiden UMNO yang tahu..

Ada pihak melaporkan Najib telah dinasihati oleh Tun Mahathir agar melambatkan tarikh pilihanraya, ini bagi membolehkan Najib memenangi hati pengundi dari masyarakat Cina.

Sebabnya dari laporan yang Tun Mahathir terima pengundi dari masyarakat Melayu dan juga India yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat ada yang sudah kembali menyokong UMNO/BN semula.. hanya pengundi dari masyarakat Cina yang masih kekal menyokong Pakatan Rakyat.

Tapi.. mungkin juga ianya dibocorkan supaya Penyokong Pakatan Rakyat leka..

Bagi aku.. ikut suka Najiblah bila dia nak bubar Parlimen tu.. Kan Anwar dah kata “Kami Sudah Sedia!!!”

Cuba baca apa kata Najib tentang tarikh pilihanraya..

**********************************************
Ini apa yang dilaporkan Berita Harian,

Najib nafi Parlimen bubar minggu depan
2012/02/03

MARANG: Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri berkata, pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan sebelum April 2013.

“Mereka terus membuat tekaan (tarikh). Satu hari mereka pasti membuat tekaan tepat,” katanya selepas majlis Bersama Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di sini, hari ini.

Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.

***********************************************
Ini pula laporan dari Sinar

PRU13 bila-bila masa, kata Najib
3 Februari 2012

MARANG – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.


Sinar Harian

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Memberi sambil mengutuk, he he he!

    ReplyDelete
  2. Ahli parasit PAS buat lawak bodoh...

    P/S: Husam masuk Rajalawak pun ada peluang menang..

    ReplyDelete
  3. Mana Najib berani nak bubar skrg ......

    ReplyDelete
  4. PARTI PENJAJAH TERAKHIRFebruary 4, 2012 at 2:03 AM

    AKP,

    KENAPA, HANG TAKUT UMNO KALAH KE? JGN RISAU, UMNO KAN ADA RTM/UM/BH UTK MEMBOHONGI RAKYAT,JD GUNAKANLAH, KAMI PR HANYA GUNAKAN INTERNET DAN KAEDAH TRADISIONAL LAIN UTK SEBAR MAKLUMAT SOHEH...

    ReplyDelete
  5. Tunggu !!! kak mah kena tanya tok bomoh dulu ,tilik2 tarikh yg sesuai ... PR yg beragama Islam kami suggest buat lah sembahyang hajat ... Sesungguhnya kuasa ALLAH tu lebih hebat.....

    ReplyDelete
  6. salam tuan.. sudi2 la kiranya blog saya di link kan dgn blog tuan..
    http://kopitarikkaw.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. PR sudah bersedia utk PRU13, rakyat juga sudah bersedia utk mengundi PR.
    BN dgn berbagai masalah yg timbul setiap hari.
    Bubarlah Dewan Negara minggu depan kalau Najib berani.

    ReplyDelete
  8. bodoh la org sokong krjaan ni.dah x leh beza ke pemimpin yg baik dan yg buruk..klau korang nak sokong sangat najib 2 sokong la..maklumlah korng dapat habuan bnyak..korang pkir la sdiri macam mana dia nk mmipin sdngkan kluarganya sdiri blum trpimpin..korang tgok la rosmah 2 bila la nk pkaitudung..dah tau haram tp buat jgak..bodoh pnye orang..ngko sokong ngko pon dapat saham lol..

    ReplyDelete
  9. harap di adakan bila masa yg sesuai bagi kesenangan para pengundi membuat pilihan pada pru 13.Kstabilan ekonomi dan keselamatan negara patut di utamakan.

    ReplyDelete
  10. Buatlah bila2 masa pun PR sedia membenamkan BN dengan pukulan KO... InsyaAllah.

    Najib dibayangi arahan Mahdet Kutty... alamat nak tenggelamlah tu..

    ReplyDelete
  11. ooooo kalau sokong kerajaan tak patut sebab keluarga najib tak terpimpin , bini najib tak pakai tudung dan kalau sokong nanti dapat saham .

    Yang kau pulak pegi sokong pemimpin yang berzina dengan pelacur kafir tu ada saham gak kan ?? Bini memang pakai tudung tapi dok menipu rakyat apake hal ?? mana jam omega ??

    Bini tu tak nasihat ker laki yang bawak ajaran syirik pluralisma tu ??? ker bini pun sama nak samaratakan agama demi hak asasi dan kebebasan individu???

    Bini dan anak dia pun sama-sama sokong langkah untuk menjamin keselamatan Israel ker ??? ooo yer mungkin keluarga dan penyokong2nya telah makan duit tajaan yahudi Amerika kot ..... gelap lah hati makan duit yahudi amerika ni ....

    ReplyDelete
  12. Video palsu pun nak percaya .....

    ReplyDelete
  13. penyokong BN satu jari enkau tunjuk kePR baki empat jari kamu tunjuk balik keBN.

    ReplyDelete
  14. Anwar ke dlm video tu?

    ReplyDelete
  15. Nanti, jangan bubar dulu...
    tokwan, Bombo, Rauna belum ambik
    BR1M tuu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post