Reserve Tunai Proton susut sebanyak RM3.4Billion.. Angkara siapa?



Semalam akhbar New Straits Times melaporkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya dari nilai RM4 Bilion ke jumlah yang begitu rendah sebanyak RM600 juta untuk menampung kerugian syarikat.


Menurut Dr Mahathir, pembuat kereta nasional, Proton telah mengumpul RM4 Bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai CEO, tetapi jumlah tersebut telah menyusut ke paras RM600 juta sewaktu perkhidmatan penggantinya Datuk Mohammed Azlan Hashim.

Dr Mahathir juga menambah bahawa kerugian yang dialami juga disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300juta untuk pegangan sebanyak 57%.

Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MV Augusta. Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu.

Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, kejatuhan Proton adalah disebabkan pengurusan yang lemah.

Oleh yang demikian DAP menyeru supaya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dibentuk untuk menyiasat salah-urus Proton dan kerugian berbilion ringgit yang dialami sepanjang waktu ini, terutamanya kerugian berjumlah RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai.

Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional.

Siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta.

Ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian.

Siasatan juga mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd. Khazanah telah menjual pegangannya pada harga RM1.3 bilion atau RM5.50 satu saham, iaitu separuh daripada nilai 'book value' Proton iaitu RM9.81 satu saham dan juga nilai asal yang dibayarnya iairu RM8 satu saham. Sekali lagi, ini adalah satu contoh pengendalian buruk kerajaan yang mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai.

Salah seorang individu yang bertanggungjawab membina simpanan tunai Proton sehingga berjumlah RM4 Bilion ialah Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff. Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff menjadi salah seorang ahli panel siasatan memandangkan beliau lebih memahami isu tersebut.

Siasatan itu akhirnya mestilah mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang begitu besar, dan langkah-langkah untuk membendung kerugian pada masa akan datang, terutamanya apabila membabitkan dana awam.

LIM GUAN ENG

*Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 8.2.2012*

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salah orang PKR & DAP... dia orang ni x pernah support PROTON sebab disini lah lubuk pekerjaan untuk pemuda pemudi MELAYU di seluruh MALAYSIA.

    ReplyDelete
  2. sakit hati baca ni... bila umno nak tumbang ni???

    ReplyDelete
  3. Semua agensi kerajaan Kalau rugi pengurusan yg lemah,,,,, Itu lah yg mengurus semua croni2 bukan yg betul2 proffesional,,, pekerja pun masuk pakai backdoor " Who u know" .....macamana business nak menjadi .... Hancurlah msia macam ini..

    ReplyDelete
  4. anon 6:17 pm

    otak mcm kau lah yg memudahkan pemerintah menjahanamkan kehidupan rakyat. bila jual MV Augusta ada kita tahu ?? yg jual PKR DAP ke yg paksa?

    skg dah rugi tinggal juta je.. siapa yg susah .. tak ke pekerja.

    dr dulu kita Pakatan nak elakkan perkara ini berlaku. Bila jawab sulit. Bila rugi tak pulak sulit.

    dulu masa pak lah resmi kereta baru.. 100 jurutera bumiputra tlh berjaya.. mana ? dan apa mrk nak buat skg ?

    ReplyDelete
  5. Aku rasa rata2 pemimpin PR adalah yang hanya mampu pakai kereta nasional.. tak mcm pemimpin BN yg suka pakai kereta import. dlm masa yg sama PR menyokong PROTON walaupun tak pernah diberi peluang utk melawat atau menyumbang idea utk memajukan lebih Proton. Ini adalah aset negara, khazanah negara dan seharusnya diuruskan oleh orang yang mahir dangan selok belok perniagaan dan pasaran automotif serta kehendak semasa. bukan ghairah nak kembangkan nama tapi terpaksa tanggung kerugian bila JV tak menjadi. last2 saham pegangan terpaksa dijual dengan separuh harga.. beratus2 juta habis begitu je. so, selama ni hasil jualan proton pun tak boleh menampung balik kerugian. siapa sebenarnya yg rugi? rakyat malaysia juga..

    ReplyDelete
  6. BANGANG!!!

    JUAL KERETA PADA RAKYAT SENDIRI MAHAL NAK MAMPUS PUN MASIH RUGI? BANGANG NAK MAMPUS TAK RETI BERNIAGA BERNIAGA.

    -wakleman

    ReplyDelete
  7. DALAM APA2 PUN KALAU MELIBATKAN AHLI POLITIK DARI UMNO MESTI LINGKUP PUNYA SEBAB MEREKA NI MEMANG PENYANGAK YANG TAHU SONGLAP DUIT DAN HARTA RAKYAT.

    ReplyDelete
  8. Semua pembekal2 kpd proton tu kroni BN UMNO. Kos alat2 ganti memang nya murah dan dijual kpd proton dgn harga yg amat tinggi. Mungkin juga setengah barangan & alat ganti adalah buatan Taiwan dan Cina yg ditukar bungkusan dlm negeri maka dijadilah tu buatan Malaysia.

    Bekalan satu2 alat mungkin juga disalur dari kontrak utama kpd beberapa lapis lagi pembekal bawahan yg kecil. Maka dgn harga yg murah, mutu pun takda le...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post