Selain Rafizi yang mendakwa Muhyidin dalang sebenar dibelakang NFC kerana beliau adalah orang yang meluluskan dana RM250Juta kepada keluarga Sharizat, Mahfuz Omar turut meletakkan kegagalan NFC terhadap Muhyiddin
Menurut Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil SPRM memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan - sepenuhnya di SINI
***********************************************
Alih fokus pada peranan k'jaan dalam skandal NFC
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu membekalkan ahli-ahli parlimen dengan minit mesyuarat syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sebelum sesi Parlimen baru bermula bulan depan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang membuat gesaan itu hari ini, berkata pendedahan berkenaan akan membuktikan kegagalan kerajaan dalam skandal tersebut, yang setakat ini hanya memberi tumpuan kepada dakwaan salah guna RM250 juta pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.
"Pertama sekali saya ingin meminta agar PAC menyerahkan laporan berhubung dengan skandal NFC kepada setiap ahli parlimen sebelum sesi 2012 ini bermula, yang mana kita tahu terlalu banyak kelemahan berlaku dalam projek tersebut.
"Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid perlu berani membuat pendedahan tersebut kerana melalui laporan awal beliau sebelum ini juga ada menyatakan bahawa perjanjian ditandatangani selepas peruntukan diberikan, ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang berlaku," katanya.
Menurut beliau, pendedahan laporan berkenaan amat penting kerana rakyat juga ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan setiap penyelewengan perlu diketahui lebih-lebih lagi membabitkan seorang menteri.
Malah kata Mahfuz, penyelewengan projek NFC itu bukan sahaja berlaku di peringkat perlaksanaan melalui syarikat yang dilantik tetapi ia telah bermula pada peringkat jawatankuasa lagi.
Katanya, empat jawatankuasa ditubuhkan oleh kerajaan bagi memantau projek NFC itu.
"Jika jawatankuasa ini telah melakukan kerja mereka dan (menyelia) bagaimana pinjaman dibelanjakan apabila ia diberikan secara berperingkat-peringkat, mereka sepatutnya menghentikan pinjaman, namun mereka tidak berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.
Antara jawatankuasa itu, kata Mahfuz adalah Jawatankuasa Pemandu Projek Pusat Fidlot Negara yang diketuai oleh menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sekarang ini timbalan perdana menteri.
"(Beliau mempengerusikan) jawatankuasa itu untuk memantau projek ... jika projek itu gagal, ia adalah kerana mereka gagal memantaunya," kata Mahfuz.
Pada sidang akhbarnya itu, Mahfuz juga mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati keluarga Shahrizat supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan NFC.
"Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC.
"Sebagai seorang menteri yang menjaga undang-undang, beliau sepatutnya berfikir secara rasional dan merujuk kepada undang-undang, yang bersalah perlu dikenakan tindakan apatah lagi dalam isu penyelewengan wang rakyat," katanya lagi.
Menurut Mahfuz, pembayaran balik wang tersebut adalah perlu kerana ia adalah duit rakyat tetapi kalau alasan untuk menutup skandal tersebut ia bukan jalan penyelesaian.
Malaysiakini
UmnoBN politik ku, tempat ku dapatkan kekayaan .itulah namanya rezeki melimpah.sampai bila terus berbohong ,mencuri ,menyelewing ,rasuah Dan segalah kekejian asalkan dalam politik bukan di anggap penjenayah.nama parti adalah sebagai lesen perbuatan ini.politik bertuhankan duit untuk kepuasan dunia .umno dulu kurus, kini perut buncit Dan selamanya dalam neraka.
ReplyDeleteSaya LIKE kenyataan Anonymous 100% di atas.
ReplyDeleteanon February 14, 2012 4:21 AM
ReplyDeleteanon February 14, 2012 7:59 AM
anda berdua dah sama mcm mahfuz yg bangkrap idea
ASDelete klu ko nk delete ko nyer pasal
ReplyDeletepengakuan Hasan Ali
“Selepas pilihanraya (ke 12)..memang betul saya jumpa dengan Khir Toyo..nak bercerita tentang penyatuan umat..nak cerita tentang akidah..nak cerita tentang syariah..nak cerita tentang akhlak seluruhnya..tanpa saya bersembunyi..tiap-tiap satunya dalam pengetahuan Presiden PAS.
“Bahkan Presiden PAS memberitahu saya..kalau ada orang tanya..dr tak payah jawab..suruh dia telefon saya sendiri”, katanya dalam ceramah ‘Selamatkan Akidah Umat Islam’ di Kampung Pengkalan Peguh, Lahat, Ipoh Perak, 10 Feb - AIDC
BN salah guna Amanah Rakyat kepada Mereka.
ReplyDeletePRU13 ayuh semua sokong PR
Anon 3,4. Bankrap idea tu tuk ceramah BN yg slalu xdak rakyat nak dengaq. Hassan Ali kalau buleh dengan semua orang dia nak jumpa. almaklum nak jadi hero.. kotla nak bincang betul2 dgn MB Selangor, rupenya bincang betul dgn ex mb selangor. Yg hg p bncg dgn org kaya 20b wat apa. Dia dah kenyang abih dh oi... Ego hassan ali menggunung tinggi. nak jgk tgk bila Allah beri kasih syg sakit mulut barang seminggu dua. bagi diam sat..
ReplyDeleteanon February 14, 2012 10:48 AM
ReplyDeletebangkrap idea ceramah lagi bagus drpd dgr ceramah yg byk idea FITNAH MERAPU DRPD PAKATAN HARAMI
so la ni hg dh tau yg hasan penah bincang dgn ex mb atas perkenan hadi takkan hg nk putar belit dok gebang hasan ali ngarut pulak weiiii aduihhhh hg ni mmg taksub kepartian la aku tgk hahahah
kasihan kat hg la adik anon February 14, 2012 10:48 AM
anon 10.48am
ReplyDeletekamu ni tau ke idak yg hasan jumpa ex mb sgor tu sblm mb sgor skrg dilantik lg....
kamu ni dh layak ngundi ke belum dik non
Kepada anon 8.45..
ReplyDeleteMasalah akidah sebenarnya tidak berlaku dalam setahun dua.. Masalah akidah di Malaysia ini berlakuu secara evolusi dari awal pihak penjajah melepaskan Malaysia ke tangan anak tempatan dengan bersyarat. DHA perlu lihat secara menyeluruh bukan hanya menunding kepada satu pihak sahaja. Seolah2 pihak itu sahaja yang bersalah sedangkan pihak satu lagi yang dilihat sebagai pihak yang dominan di dalam politik malaysia tiada sedikit dosa..
Jika beliau menuduh PR bertanggungjawab dalam membantutkan Islam melalui penemuan gejala sosial di Selangor bukankah ianya bermula sejak BN memerintah sekian lama.. Bagaimana dengan negeri2 lain di Malaysia seperti Sabah, Sarawak dan JOhor yang isu sosial ini tidak kurang hebatnya. Mengapa UMNO yang menerahui Malaysia tidak mahu melakukan sesuatu ke atas punca masalah sosial ini seperti hiburan keterlaluan dan sebagainya.Jika benar dia ikhlas perjuang Islam, dia perlu bergerak tanpa bercakap terlaluu banyak melalui badan2 NGO untuk menyebarkan Islam tanpa mengira isu politik.
Fikirkan sendiri..
anon 12.30pm
ReplyDeleteagak pelik bila nak sebar Islam tanpa perlu cakap byk....lepas tu kena fikirkan sendiri???
adoyai....anda didpt tak bersetuju bila dikatakan oleh DHA bhw permasalahan ini drpd pakatan harami....ok aku x dpt halang kehendak kamu itu.....
ttp anda pula nk maklumkan yg masalah ni berlaku dh lama dh kononnya berpuluh tahun dolu lg dh berlaku.....
persoalan disini ialah bukankah semasa DHA menjawat jwtn exco di sgor beliau mahu ingin hendak melaksanakan apa yg sepatutnya utk selamatkan akidah umat Islam ttp terdapat halangan drpd pakatan harami bak kata DHA nak laksana amar makruf nahi mungkar "almost zero"
justeru tak perlulah anda menuding salah kepada pihak terdahulu tentang selamatkan akidah kerana ruang yg ada utk DHA telah ditutup kemas oleh pakatan harami....jgnlah pandang belakang ....tgklah kedepan utk selamatkan akidah umat Islam....klu anda pandang kebelakang dan cari salah org sampai bila pun tak selesai masalah
.
ReplyDeletePencacai saja masuk isu Hasan Ali.
Ini isu PAC dimana DS Azmi perlu berani membuat pededahan dng menyerahkan laporan kpd setiap ahli parlimen. bila lapuran mesti ada minit dan surat yg berkaitan sbg bukti sokongan penemuan salahguna wang rakyat.
Kalau dpt lapuran tsbt kita akan dpt lebih maklumat.
anon 12:19 PM
ReplyDelete"kamu ni tau ke idak yg hasan jumpa ex mb sgor tu sblm mb sgor skrg dilantik lg...."
Ttp mmg dah sah dan terang masa tu ex mb tu tak kan jd MB Selangor. Skg dah jd baduan!
Jd kenapa berbincang dgn Org yg tak jadi MB lagi. Tunggulah MB Selangor yg betul di lantik..
Nampak sgt DHA gelojoh dan menyondol mcm ....
.
ReplyDeleteDHA terlalu bercakap byk.. bercakap tu boleh tp jgn merapu .. fokus pd agama islam tu . jgn buruk kan org kalau nak berdakwah.. buruk kan org ni kerja politik !
kalau DHA nak selamatkan akidah umat Islam, dia sepatutnya sokong teguran Mufti Perak mengenai sambutan Thaipusan yg turut sama di raikan oleh Najib yg jelas mengadaikan akidah.
wahai anon February 14, 2012 1:59 PM
ReplyDeletenampaknya anda mmg tak phm situasi semasa perjumpaan itu (hahaha) anon kena belajar lagi lah klu nk komen kat sini
mmg pun klu ikutkan ex mb tu jikalau dgn kapasiti bn semasa itu tak layak jd mb
tp klu citer byk pun tak guna sbb mmg aku rasa kamu kena byk belajar lagi sbb nampak sgt kamu tak phm situasi (hehehe) maaf yer dik non
kamu nk kata DHA gelojoh ker menyondol ker aku biasa sgt dgr ayat tu dr org yg TAKSUB gila babi dgn pas
buat anon taik atas aku ni..dah kalau DHA tu jumpa exMB selangor anak toyol demi menyalamatkan aqidah..jadi start dia jumpa exMB tu apa EXmb tu dah buat untuk bantu hasan ali.apapun terima kasih sbb menerangkan yg mmg hasan ali tu kejenye menyondol sbb hang biasa dengar ayat tu..maksudnya dari zaman dia berjumpa EXMB tu mmg keja dia hanya menyondol untuk minta habuan yg dia rasa layak untuk sesuatu jawatan.aku tak kata.tapi hang kata..so sah la kot dan tak dinafikan..skrg dia menyondol atas tiket NGO jati atas restu umno. jadi pergilah ambush pusat2 hiburan,maksiat,perjudian yg bertebaran di kawasan.kalau hang dah paham situasi perjumpaan tu...sebarkan lah untuk tatapan rakyat umum.bagi rakyat umum mengetahui cerita sebenar knp hassan ali jumpa EXMB selangor masa tu.hang mungkin ada maklumat yg berfaedah untuk rakyat mengetahui.jadi jgn serottkan telox hang untuk cerita kebenaran.pasal amr makruf nahi mungkar tu....hang balik selak kain mak hang dulu sat kalau betul hasan ali nak buat.kenapa dia kena tendang dari exco?jadi hang pandai..hang pie cari sendiri la pasepa dia kena tendang?nanti mai terang skali dalam sini.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!