Scandal NFC: Muhyidin dalang sebenar dibelakang NFC kata Rafizi



Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).


Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan.

"Keduanya adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu.

"Saya rasa orang-orang Umno lebih faham tindakan Muhyiddin tersebut menyerahkan projek mega yang begitu besar kepada keluarga Shahrizat." kata beliau.

Sehubungan itu beliau menyelar tindakan SPRM yang masih tidak memanggil Muhyiddin untuk di soal siasat sedangkan hal tersebut adalah perkara asas siasatan.

"Saya kira sekiranya SPRM mengambil tindakan terhadap Muhyiddin sekarang akan diberi persepsi oleh rakyat sebagai sudah terlambat.

"Saya tidak mahu memperkatakan sesuatu perkara yang tidak berfakta tetapi SPRM perlu bersikap profesional dan tidak memilih bulu.

"Janji BN dan tranformasi Najib akan dianggap sebagai hipokrasi sekiranya masih agensi-agensi kerajaan masih bersikap menjaga kepentingan pemimpin tertenyu." kata beliau ketika di hubungi.

"Muhyiddin berkata bahawa BN tidak tergugat dengan serangan pembangkang kerana isu yang dibangkitkan membabitkan serangan individu. Kenyataan tersebut disebabkan Muhyiddin merasakan diri beliau tidak lagi selamat."

"Muhyiddin telah merasakan diri beliau tidak lagi selamat kerana orang Umno sendiri telah tahu agenda disebalik pemberian projek tersebut kepada keluarga Shahrizat."

"Lagi pun ini bukan isu individu, isu ini libatkan dana rakyat bernilai RM250 juta. Rakyat nak tahu kemana wang tersebut telah disalurkan dan apakah faedah yang dapat dinikmati oleh rakyat hasil dari sumbangan wang mereka keluarga menteri tersebut." kata beliau.

Menurut beliau, gesaan Pakatan Rakyat supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja untuk menyiasat isu NFC dianggap jalan terbaik.

"Inilah yang Muhyiddin takutkan kerana beliau bimbang dengan trand sokongan rakyat yang semakin menolak BN disebabkan pelbagai amalan rasuah dan salah guna kuasa amat berleluasa berlaku ketika BN memerintah negara." kata Rafizi lagi.


UtaraNews

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apa bagus sangat ke kertas kerja NFC sampai Muhyiddin setuju luluskan peruntukan sampai RM250juta???

    ReplyDelete
  2. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
    Al-Araff 179

    Buat renungan semua orang mengaku dia tu Islam.Ni bukan aku kata..ni Allah swt yg kata.Aku cuma copy paste saja untuk sama2 pikiaq.Dengan segala bukti2 peneyelewangan kalau masih kata BN tu baquihh..so ayat diatas menerangkan kenapa orang Bn tidak mahu berubah.So tak apalah kalau tak mau berubah.Sebab Allah swt dah terang lagi jelas.

    PakTua

    ReplyDelete
  3. "Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa"
    "Keduanya adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta"
    "Ketiga maklumat ini datangnya dari 'Gang Najib' utk menjatuhkan Muhyiddin"

    ReplyDelete
  4. Salam semua.

    Nampaknya keputusan sekarang 1 sama (1-1), 1 Najib (Mana Antu??), 1 Muhyidin (Mana Sapi??).

    Yang pecah mulut ni ada mungkin dari org najib gak.

    "Antu sudah angkat itu Sapi la..."

    Alias B Hasan.

    ReplyDelete
  5. Dua2 sama kak Ijat dan muhi Yassin ....pakat2 kebas duit rakyat .... Dua2 nya patut disiasat oleh SPRM ...sbb tu liat Ijat nak letak jawatan.... Mesti ada hal ..
    Dalam umnoooo sendiri kacau bilau , ada puak pro Najib ada yg nak jatuhkan dia . Sbb tu semua agenda2 Najib tak dpt kerjasama .. Masaalah Najisss org tak sukakan Nyonya nya...

    ReplyDelete
  6. Bagus juga Ijat saman Suhaimi , biar semua rahsia terbongkar,,,

    ReplyDelete
  7. Kita mesti kalahkan BN untuk hentikan semua hal2 rasuah dan salahguna kuasa , kalau tidak mau hal ini berterusan . BN terus memerintah hancur Msia dgn penyamun BN , rakyat juga yg rugi ...
    Perangai gang MuhYasin dan org2 Najissss sama je ,,,,

    ReplyDelete
  8. BAGUSLAH KALAU MEREKA SAMA MEREKA BERGADUH SAMPAI TUNGGING TERBALIK,BIAR KITA TENGOK DAN BERTEPUK TANGAN....Kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  9. Aku nak buat pinjaman bukan main susah sekali. Nak itu lah...Nak ini lah. Pernah sekali aku nak cagarkan aset akupun bukan main berkira. Susah betul. Bukannya banyak sampai juta2 ringgit. Puluh ribu ja.

    Dia orang ni bukan main senang. Duit rakyat pulak tu. Belum sign aggrement dah dapat duit sampai puluhan juta ringgit.

    Nampak sangat parianya rakyat bawahan.
    Inilah dikatakan "Rakyat di bangsatkan...Pemimpin dia orang di dahulukan"

    ReplyDelete
  10. Tolak UMNO pada PRU13 nanti, sudah 54 tahun memerintah masih merayu pada rakyat berilah peluang lagi katanya. Sepatutnya dalam tempuh semua rakyat Malaysia sudah jadi jutawan. Lebih 540 bilion hutang negara rekod terkini. Tuan/Puan bayangkan lah ...

    ReplyDelete
  11. Hasil byk ... Tapi hutang negara makin meningkat , pemimpin rompak duit rakyat , masa untuk tukar kerajaan , cukup lah di perbodohkan oleh pemimpin ,dah kritical ni , Sedarlah rakyat Msia.

    ReplyDelete
  12. dulu aku tak tahu apa itu rasuah, ketirisan dan salahguna kuasa dlm umNO
    yg selalu DSAI sebut. tapi sekarang dah nampak sangat2 jelas dan baru aku faham.

    ReplyDelete
  13. .

    Pemimpin Pakatan tegur tak nak ikut.

    Apa yg Audit Negara lapurkan mrk tak serious.

    SPRM siasat terus je ke pengakuan Izat tak terlibat. Bukan dr punca kesilapan yg awal.

    Kalau Suruhanjaya pun lebih kurang mcm correc! correct! Bawak masuk mahkamah tdak puas hati dgn keputusan Suruhanjaya Di RAJA..

    hny rakyat yg boleh ubahkan semua tipu muslihat mrk yg memperbodohkan rakyat. JD PAKATAN RAKYAT SBG KERAJAAN MSIA dan Anwar Ibrahim sbg PM kita.

    ReplyDelete
  14. untuk semua bro faedah dari NFC telah pun dinikmati oleh rakyat bawahan secara zahirnya..terima kasih NFC..kat tempat aku minggu lepas beli daging lembu tempatan 1 kilo hanya RM17-18 ringgit sahaja...minggu ni harga daging tempatan melonjak RM25 sekilo..apapun terima kasih...sbb projek feet the telox oleh NFC berjaya mengurangkan permintaan ramai dalam industri daging tempatan.
    aku sayang mamijat love u..happy valentine day..
    iklas dari jauh..

    secret admayour

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post