Scandal NFC: Scandal NFC: Jangan jadi alat pembangkang! kata Wanita UMNO Johor kepada Rafidah Aziz...

4 Februari 2012



JOHOR BAHRU - Wanita Umno Johor meminta pemimpin-pemimpin parti tidak menjadi ejen pembangkang dengan mengiyakan segala pertuduhan tentang Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan tindakan meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya meletakkan jawatan parti serta Kabinet.


Ketuanya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis tentang NFC sedang berjalan dan semua pihak perlu menghormatinya.

"Sekiranya Datuk Seri Shahrizat didapati bersih oleh SPRM dan polis, mengapa pula (bekas Ketua Wanita Umno) Tan Sri Rafidah Aziz pula perlu mendesak untuk membuang seorang pemimpin yang sentiasa memberi fokus kepada isu-isu akar umbi dan rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, Rafidah ketika menjawat jawatan Ketua Wanita Umno dan menteri Kabinet, sering menasihatkan anggota parti dan Wanita Umno supaya sentiasa mempertahankan parti serta negara, sebagaimana dilakukan Shahrizat.

Menurut Sharifah Azizah, Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno sentiasa mempertahankan negara dan parti walaupun hebat diserang daripada pelbagai sudut oleh pembangkang dan pemimpin-pemimpin mereka.

Selain Ketua Wanita Umno, Shahrizat juga merupakan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sharifah Azizah mengulas kenyataan Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru-baru ini yang meminta Shahrizat meletakkan jawatannya di dalam parti berikutan kontroversi NFC.

Ketua Wanita Umno Johor itu berkata, Shahrizat telah memberi ruang seluas-luasnya terhadap pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan tentang NFC dilakukan perlu dipuji.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat menurut beliau telah berjaya mengarusperdanakan perjuangan Wanita Umno di seluruh negara dan usaha Shahrizat itu perlu diteruskan.

Pembangkang kata beliau sebenarnya ketakutan dengan program gelombang merah Wanita Umno di seluruh negara menerusi Skuad Syang dan pelbagai lagi, menyebabkan mereka membuat serangan bertali arus terhadap Shahrizat.

"Pembangkang sebenarnya sedang ketakutan," katanya sambil menambah, pemimpin parti tidak perlu meniru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup mengadai segala-galanya hanya untuk merebut jawatan.


Sinar Harian

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jalan2 sini sebab boring tengok berita tv....

    ReplyDelete
  2. Dua-dua ( rafidah & Shahrizat )ni sebenarnya lebih kurang sama je...bak kata pepatah " Mengata dulang paku serpih.."

    ReplyDelete
  3. Dalam Malaysia ni banyak pemimpin2 wanita yang berkaliber, bersih dan teguh berpegang kepada ajaran dan pedoman Islam. Malangnya mereka2 ini tak berpeluang jadi menteri kabinet sebab yang memerintah adalah BN dan di dalam BN tak ada seorang pun pemimpin yang layak dijadikan contoh.

    Sekarang rakyat dah bijak dan yakin bahawa di luar UBN terlalu ramai yang layak untuk menggantikan pemimpin2 haprak tajaan BN.

    Rakyat sekarang berjaya membebaskan minda mereka daripada kepercayaan bahawa tiada pemimpin yang layak selain pemimpin UBN. Mind setting inilah yang dilakukan oleh pihak kerajaan BN terhadap rakyat bermula dari zaman Mahdet Kutty sehingga kebanyakan rakyat seolah2 percaya tiada pemimpin yang layak selain Mahdet.

    Power of people Vs culprit people in power.

    ReplyDelete
  4. kalau nak jadi pemimpin wanita,kita perlu tengok luar dan dlm pemimpin itu,adakah dia patuh pada wajib dan sunat agama,soal sekolah tinggi tak payah dibobrok tandingkan,rakyat lebih faham tak payah bersandar sangat dgn itu,tengoklah sekarang,apa dah jadi ia perlu di seimbangkan,tinggi pelajaran kalau perangai mcm syaitan pun haprak,sebagai seorang pemimpin yg penting ialah kejujuran dan amanah,jgn ego melulu dan gelap tengok harta rakyat...rakyat dah sedar pemimpin2umnog/BN dah tak releven utk memimpin rakyat lagi,hanya satu saja perlu rakyat lakukan jika inginkan malasia makmur dan rakyat sejahtera,terajangkan umnog/BN pada pru13 nanti,jgn bagi satu undipun pada mereka..anda berani terajang..silakan,pastikan najis tersungkur dan semua pemimpin2 haprak umnog termasuk pemimpin2 mamak yg tak sedar diritu

    ReplyDelete
  5. setuju...dua dua sama puaka..

    ReplyDelete
  6. SPRM & PDRM akan kata lu bersih...

    Rakyat je yang bodoh kata lu kotor dan berbau mcm tahi lembu

    ReplyDelete
  7. Memanglah kalau dah bercampur dalam kumpulan taik apa yang ketua dia buat semuanya betul.Anak buah akan sentiasa memberi sokongan sebab tu lah ketuanya tak merasai bersalah.Umpama orang yang bekerja di kilang getah, bau dalam kilang getah tu tidak menjadi apa-apa pada dia tapi bila dia balik petang nanti, naik bas, semua penumpang akan tutup hidung sebab bau busuk.

    ReplyDelete
  8. umno(BUSUK SAMPAI KE USUS

    ReplyDelete
  9. apakah wanita umno johor tdak memikirkan bhw sekalipun selepas siasatan dan didapati bersih, rakyat akan tetap meragui nya. krn jarang ada pemimpin yg boleh dibawa smp ke tahap siasatan. kalau siasatan mengambil masa yg lama bermakna siasatan ada bukti cuma .....

    tak de bukti maka dr awal tak de siasatan .. dan pemimpin umno akan sedaya upaya menyapu nya ke bawah karpet


    apakah sbg bekas wanita umno kak fidah tidak lagi mempertahankan parti.. apakah nasihat umno cheras adalah utk memusnahkan parti.

    tu lah umno, yg tak suka nya ramai tp yg berani ke depan 2 kerat ini je .. lain semuanya nak berada di kedudukan selamat sb silap bersuara, pekong sendiri yg terdedah.

    dulu masa kak fidah pun mrk kata susah nak ganti kak fidah.. skg kak shahrizat pun susah org nak ganti jugak. entah lah.

    Mrk harus ingat bukti isu ini bukan dr pakatan tp dr audit negara.

    rupanya dlm umno yg sayangkan parti ramai tp yg sanggup berkorban utk parti tak ada.

    kalau kata kata wanita umno johor ini berhubung dgn kenyataan kak fidah dan syed cheras maka apa kaitan dgn meniru anwar yg dikatakan sanggup mengadai segala galanya.. kak fidah dah tentu tak mungkin boleh bertanding dan syed cheras amat mustahil nak bertanding berebut jawatan wanita umno. jd sape yg takut??

    ReplyDelete
  10. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain nie kelulusan sekolah hanya samapai Tingkatan 3 jer..dapat ijazah pun ijazah tipu main beli jer..saper yang tak kenal sharipah zizah nie kat kluang..suka mintak derma kat orang cina..tak caya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post