Semalam Shahrizat bidas Rafidah.. hari ini dia kata tak mahu kurang ajar..(Video Inside)



Bercakap kepada wartawan di Hospital Besar Kuala Lumpur, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal NFC kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuanya itu.


"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.

Menurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.

Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa.Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawap pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.

"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini jam 4 petang tadi, baca pula apa yang diaporkan oleh Antarapos semalam semasa Shahrizat berada di Beruas, Perak.

BERUAS 4 FEB - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil mengajak rakyat menilai latar belakang mereka yang mendesak beliau meletak jawatan dalam parti dan kerajaan demi “membuat keputusan betul” mengenainya bersabit isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam komen yang dilihat sebagai tujukan kepada bekas mentornya Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata : "Anda perlu melihat kepada latar belakang politik mereka yang mendesak saya letak jawatan.”

"Kalau anda buat kajian sedikit pun tentang mereka yang mendesak saya itu, anda akan tahu untuk membuat keputusan yang benar terhadap saya," tegas beliau – sepenuhnya sila baca di SINI.

Semalam dia bidas Rafidah… Hari ini dia kata tak mahu kurang ajar kepada Rafidah..


5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kak Ijat lembu masih tak sedar diri dia dah jadi liabiliti kepada parti UMNO dan liabiliti kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Pulangkan balik wang rakyat yang diambil, lepas tu suka hati kow lah nak berhenti ke, nak terus bertahan dalam UMNO ke apa rakyat kisah!!

    Datuk aku bela lembu susah nak dapat untung. Kena tunggu 3 -4 tahun baru lembu beranak 2 ekor. Nih hangpa bela lembu, lembu takdak lagi duit dah dapat... pastu mentedarah lagi duit rakyat... apa punya lembu UMNGOK nih!!

    ReplyDelete
  2. Memang dah dasar orang umno bn tak ada maruah langsung semua hak rakyat nak disapu bersih lepas bagi kat anak bini keluarga makan bolih pegi haji dan umrah pulak tu apa ke benda ni , wang datang dari sumber apa ooi.mati esok cari rakyat malaysia satu persatu nak minta ampun kan kan kan

    ReplyDelete
  3. berlakon happy....
    rakyat dah menyumpah...
    tunggu masanya....

    ReplyDelete
  4. Izat kata kontroversi perkara biasa. Tp maknanya bagi aku, makan duit rakyat perkara biasa bg umngok.

    Bertanggung jawab kpd manusia adalah dituntut oleh Allah. Jd bila kita kata kita hny bertgg jwb kpd Allah.. tgg jwb kita kpd manusia terlepas.

    kalau setakat dpt petunjuk utk tidak letak jawatan tak payah lah nak pergi ke Mekah....

    kalau kita buat kajian sedikit atau banyak .. kita akan dapati kedua dua nya sama je ..

    sama sb dua dua ckp berselindung.. kak fidah kata tp tak sebut nama dan specific.. izat pun kata tp tak specific apa latarbelakang yg dimaksudkan ..

    ReplyDelete
  5. Bayangkan lah apa akan jdi pd anak2 bangsa kita jika ibu2 ini lah yg kelak melahirkan speseis2 UMNO yg bakal jdi pemimpin!

    Jelas la spesis UMNO kacukan Lembu2 yg dudok di Kondo2 ni lah yg membenihkan "Umat Melayu Naif Otak" konon nya tulang belakang BN rupa2nya jdi Beban Negara.

    Singkirkan UMNO yakni Umat Melayu Naif Otak nya & BN kelak jadi Beban Negara pda PRU 13 nanti!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post