Shahrizat! Jangan jadikan Wanita Umno perisai isu NFC - Syed Ali Alhabshee


Antara kata-kata hikmat Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk Shahrizat "Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita UMNO sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku,"


"Mengapa nak heret wanita dalam isu keluarga beliau ? isu NFC bukan perjuangan UMNO, bukan perjuangan rakyat, itu urusan bisnes keluarga Shahrizat, wanita UMNO tak ada kepentingan,"

"Khairy tidak menangis pun tak ada jawatan, dia tak kata pun ada orang UMNO nak sebotaj beliau, sebaliknya dia tetapi menunaikan amanah dan tanggungjawab selaku ketua pemuda, penampilannya disenangi ramai terutama di kalangan pemuda, "

Hmmm.. tak sedar lagi tak tahulah..



******************************************


Syed Ali ingatkan Shahrizat jangan jadikan wanita UMNO sebagai perisai dalam isu NFC

SHAHRIZAT Abdul Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain berhubung isu NFC yang kini menjadi kemarahan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita UMNO sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku," tegasnya.

Dalam hal ini, beliau mempersoalkan Shahrizat apakah terlalu sayangkan jawatan sebagai menteri atau pun ikhlas berjuang dalam UMNO walaupun sekadar memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

"Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau," ujarnya.

Beliau berkata, tidak ada pemimpin UMNO yang secara peribadi memusuhi beliau tetapi mereka bersuara kerana tidak mahu UMNO dicemuh rakyat berkaitan isu NFC.

"Sampai bila mahu cakap tak serupa bikin, kononnya UMNO menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat sedang memerhati sejauhmana ikhlasnya kerajaan hari ini," ujarnya.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, hanya pemimpin UMNO yang berkepentingan dan tidak ikhlas terhadap perjuangan parti sahaja yang bersikap 'lepas tangan' dan tidak berani bersuara.

"Saya sendiri akan bangun bersuara, sebab saya tak ada kepentingan peribadi, saya tak gilakan jawatan, yang ada pada saya ialah niat mempertahankan maruah UMNO daripada dicemuh, menjaga kesucian UMNO daripada dinodai dan menegakkan kebenaran berasaskan perjuangan rakyat," tegasnya.

Justeru tegasnya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sepatutnya bermuhasabah diri dan tidak menuduh ada pihak yang ingin menjatuhkannya.

"Kita kena tengok dalam diri kita, tanya diri kita dengan ikhlas, betul kah apa yang kita telah buat ini, jangan nak salahkan orang lain," tegasnya.

Beliau menjelaskan, desakan dibuat pelbagai pihak sebelum ini supaya beliau meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet bukan bermotifkan agenda politik pihak tertentu tetapi demi menjaga nama baik parti dan kerajaan.

"Kalau ada desakan berbuat demikian, rasanya amat wajar kerana isu NFC ada kaitan dengan keluarga beliau dan dalam masa yang sama beliau juga adalah menteri kabinet," tegasnya.

Jadi kata beliau, tidak munasabah apabila Shahrizat melemparkan tuduhan kononnya desakan supaya beliau berundur daripada kabinet kerana mempunyai motif politik peribadi.

"Tak ada yang iri hati, tetapi yang menjadi perhatian umum sekarang ini ialah konflik NFC itu membabitkan duit rakyat dan beliau pula memegang jawatan menteri kabinet," katanya.

Di Bruas, Perak semalam, Shahrizat memberitahu pemberita desakan sesetengah pihak supaya beliau berundur tidak mewakili 1.3 juta ahli wanita UMNO secara keseluruhannya.

Malah Shahrizat menegaskan, beliau tidak sesaat pun merasakan diketepikan oleh pemimpin dan ahli wanita peringkat akar umbi, malah semakin ramai yang menyokongnya dalam menghadapi dugaan tersebut.

"Mengapa nak heret wanita dalam isu keluarga beliau ? isu NFC bukan perjuangan UMNO, bukan perjuangan rakyat, itu urusan bisnes keluarga Shahrizat, wanita UMNO tak ada kepentingan," tegas Syed Ali lagi.

Mengulas lanjut kenyataan Shahrizat itu, beliau mengingatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu supaya tidak terlalu mendabik dada bahawa beliau sentiasa hebat dan mendapat sokongan padu kalangan ahli-ahlinya.

"Isu NFC bukan dugaan kepada Shahrizat, ini kisah benar yang perlu ditangani secara ikhlas oleh semua pihak yang terbabit, ini cerita rakyat, rakyat marah dan bersuara sebab duit bela lembu yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada NFC adalah duit mereka.

Katanya, rakyat kecewa sebab duit rakyat disalurkan kepada NFC milik suami Shahrizat, seorang pemimpin kanan UMNO dan juga menteri kabinet.

"Shahrizat boleh bermain dengan angka, bermegah dengan sambutan yang diberikan, tetapi pengundi melihat isu NFC merupakan beban yang terpaksa dipikul oleh parti dan kerajaan selagi tidak diselesaikan secara berhemah dan terbuka," jelasnya.

Sambil menyifatkan Shahrizat pemimpin wanita berpengalaman, beliau berkata tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang sengaja 'menyibuk' dalam isu NFC.

"Tetapi kerana melibatkan duit rakyat dan dakwaan pembangkang banyak duit itu dibelanjakan untuk membeli pelbagai aset mewah termasuk kemudahan peribadi, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan perhatian dalam isu tersebut," tegasnya.

Katanya, jika seseorang pemimpin sayangkan kepada parti sudah tentu mereka tidak akan berdiam diri membiarkan perkara itu berlaku di depan mata sehingga menimbulkan kecurigaan dan kebencian rakyat.

Hari ini kata beliau, ada pihak sewenang-wenangnya menuduh UMNO dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'cakap tak serupa bikin' kerana dikatakan melindungi kepentingan keluarga Shahrizat dalam isu NFC.

"Ini bala yang kita terima, kita akan berdepan dengan pilihan raya umum tidak lama lagi, mana kita nak sorok muka apabila rakyat tuduh kita (UMNO) bela lembu tetapi tak pandai mengurus sehingga membazir duit rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu kata Syed Ali, tidak timbul tuduhan ada pihak kerana agenda politik peribadi ingin menjatuhkan Shahrizat tetapi ini berlaku kerana mereka sayangkan parti lebih daripada kepentingan individu tertentu.

Syed Ali menegaskan, beliau secara ikhlas tetap akan bersuara membangkitkan keresahan golongan akar umbi berkaitan isu NFC tetapi bukan bermakna ingin bermusuh dengan Shahrizat.

"Kita orang parti, orang UMNO dan menjadi hak serta kewajipan kita untuk menegur mana-mana yang dirasakan perlu diperbetulkan, bukan bermakna kita tegur kerana kita ingin jatuhkannya," tegasnya.

"Kalau orang UMNO tak boleh bersuara, di halang untuk melontarkan pandangan dan teguran, apa ertinya menjadi ahli parti, tetapi bukan bermakna kita boleh keterlaluan melanggar peraturan dan tatatertib parti.

Beliau berkata, pemimpin UMNO lantang menegur Shahrizat kerana mereka sayangkan parti melebihi kepentingan individu supaya tidak rosak dan dicemuh oleh rakyat.

"Shahrizat tidak penting, saya pun tidak penting, tetapi perjuangan UMNO dan aspirasi rakyat yang harus kita utamakan, mengapa kita selalunya sanggup berboh0ng kononnya kita pejuang rakyat, tetapi kita terlalu sayangkan jawatan yang disandang," tegasnya lagi.

Dalam hal ini kata beliau, seseorang pemimpin yang ikhlas dan berjiwa rakyat tidak akan menjadi takut dan melenting apabila ditegur walaupun kritikan itu amat pahit.

Menurut Syed Ali lagi, Shahrizat harus ikhlas melihat ke dalam dirinya bahawa walau apa pun alasan dan andaian yang diberikan, ia tetap berkait dengan keluarga beliau.

"Beliau boleh kata tak tahu atau tak ada kaitan, tetapi peneraju NFC adalah suami dan anak-anak beliau, masih ada hubungan keluarga, ada pertalian suami isteri, masakan dia tak pernah tahu dan ambil tahu, oleh sebab itu pembangkang tuduh Shahrizat buat lawak bodoh," katanya lagi.

Dalam hal ini katanya, adalah wajar desakan dibuat oleh rakan-rakan UMNO supaya beliau meletakkan jawatan sebagai anggota jemaah menteri tetapi masih kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

"Ini penting supaya mengelak daripada Shahrizat dituduh mempunyai kepentingan, sebab dia jadi menteri, jadi jika benar Shahrizat pejuang tulin UMNO, maka tidak ada sebab mengapa beliau takut sangat nak undur diri daripada kabinet," ujarnya.

Justeru katanya, tidak rugi jika Shahrziat mengambil keputusan bijak dengan meletakkan jawatan sebagai menteri tetapi tetap meneruskan perjuangan memperkasakan wanita UMNO.

"Apakah jika tak pegang jawatan menteri atau timbalan menteri, seseorang itu tidak boleh berkhimat kepada rakyat ? Apakah itu sebenarnya matlamat perjuangan kita bersama UMNO?,"soal beliau.

Menurut Syed Ali lagi, pemimpin UMNO yang benar-benar ikhlas, amanah dan bertanggungjawab kepada parti tidak akan berasa janggal untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat walaupun tidak diberikan jawatan penting sama ada dalam parti dan kerajaan.

Beliau menyebut contoh bagaimana Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang masih cemerlang berkhidmat walaupun tidak diberikan jawatan menteri atau timbalan menteri.

"Khairy tidak menangis pun tak ada jawatan, dia tak kata pun ada orang UMNO nak sebotaj beliau, sebaliknya dia tetapi menunaikan amanah dan tanggungjawab selaku ketua pemuda, penampilannya disenangi ramai terutama di kalangan pemuda, " katanya.

Tambah beliau lagi, UMNO akan disenangi dan dihormati terutama oleh orang Melayu jika pemimpinnya ikhlas dan tidak hipokrik termasuk dalam kehidupan harian.


UMNO Bahagian Cheras

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mana berani Syed Ali Alhabshee berkata, kata, kata, kata berkali kali kali kali kalau tiada pemimpin tinggi yg dibelakangnya.
    Fikir fikir (pikiaq-pikiaq) laaa Jat oiiii.... UMNO pun dah tak mahu kamu.
    Tapi Tok harap kamu terus kekal dlm UMNO jgn letak jawatan..... kami PR perlukan kamu di situ.

    ReplyDelete
  2. betol tu tok..jat lembu jgn sesekali letak jawatan..pertahan jawatan menteri tu ketitisan taik lembu yg terakhir...begitu jugak dgn betina puaka BOROSmah...teruskan tingkahlaku berjimat cermat kamu tu...mmg rakyat yg menyokong pakatan dan di atas pagar perlukan spesis2 seperti kamu

    ReplyDelete
  3. AWAS, LEMBU SEDANG BERLAGAFebruary 6, 2012 at 1:06 PM

    Kenapa Shahreezat tak nak jadikan Lembu2 Fidlot dlm ladang dia kt Gemas tu sbg Perisai? Kenapa jadikan Wanita Umno sbg Perisai? Aku rasa Rakab dan Penganut Pas pon boleh di jadikan Perisai bersama2 dgn Lembu Shahreezat... sbb dr segi saiz otaknya lbh krg sama ajer...

    Mungkin Shahreezat tak nak Lembu2 Kesayangan Keluarganya itu "Mati" jadi bangkai...nati xleh jual pulak, sape nk makan bangkai? Rakab & Ppenganut Pas aje yg suka kot.

    APA-APAPON, AKU PERGI MANA2 KEDAI KOPI PON, RAMAI MAK CIK & PAK CIK TERMASUK DI FELDA SERONOK BERCERITA PSL LEMBU SHAHREEZAT NI. HARAP2 LAGI BYK KISAH2 LEMBU2 NI DI BONGKAR OLEH PKR... Shahreezat hanya boleh sama ada Spin cerita atau pon reka cerita menyalahkan org lain.

    UMNO DAH BERPECAH DUA DLM ISU LEMBU INI... BIARLAH ORG2 JAHAT NI BERPECAH BELAH, KERANA PERPECAHAN SEKALI INI AKAN BETUL2 MENGHANCURKAN UMNO, AAMEEN.

    DAN JIKA UMNO KALAH LEBIH TERUK PRU-13 2012 BERBANDING PRU-12 2008 LEPAS,SHAHREEZATLAH PUNYA ANGKARA. SEMUA ORG2 UMNO BOLEHLAH MENYALAHKAN SHAHREEZAT...

    ReplyDelete
  4. betul tu,jgn letak jawatan,boleh lah jadikan peluru untuk kita tembak sampai pru13 nanti

    ReplyDelete
  5. Tak ada siapa nak jatuh kan kak ijat ..... .cuma rakyat je ...tak puas hati dgn cara Dana Awam di belanja kan bagai wang sendiri ,,,,rakyat yg daif nak makan pun susah ,kais pagi makan pagi, pemandu bas di melaka dpt gaji pun 500 je...
    Sebenar seluroh kabinet skrg bermasaalah sbb itu kita kena tukar party yg lebeh baik , jujur dan ikhlas berkerja utk rakyat ..

    ReplyDelete
  6. Bagaimana kak ijat nak menang kan BN umnooo dgn masalah dia ,,,,sedangkan sebelum scandal ini pun dia tak menang diPR12 dulu...
    Jadi menteri pun backdoor .....sebagai menteri pun dia tak sehebat mana .

    ReplyDelete
  7. Shahrizat diingat kan jgn jadikan wanita umno sebagai 'lembu' dlm kemelut yg dihadapi sekarang.

    Seronoknya .. lg lama isu ini tidak diselesaikan lagi untung Pakatan !

    ReplyDelete
  8. K ijat dah jadi liability to Umnooo ,resign atau tidak tak dapat ubahkan fakta tersebut ,, Kalau tak resign lagi parah buat Umnoooo issue yg jadi kesukaan org2 kampung , org2 di kampung kalau cakap pasal ekonomi marco & micro mana dia tau ,,,kalau harga barang naik tau lah n issue Lembu lagi mrk tau ,,,,terlopong mulut dengar jumlah 250juta !,,,

    ReplyDelete
  9. sama color semua atas pentas....
    orang jahat nigeria ke?
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  10. BAGUIH KAK IJAT,LAWAN TERUS JANGAN LETAK JAWATAN.KALAU DAH TAK ADA JAWATAN AKIBATNYA KAK IJAT JADI KUPANG TEMBAGA LA.LAGI LAMA KAK IJAT BERTAHAN LAGI UNTUNG PAKATAN RAKYAT...KAH..KAH..KAH.guisto

    ReplyDelete
  11. Alahai kak Ijat , turun naik Mekah seribu kali pun ,itu kak Ijat punya pasal <jgn lah anggap kes ini dah write-off ....Rakyat masih tuntut kebenaran...
    Tak nak turun pun tak pe ,dok lah di situ sampai PKR turun kan kamu...di PRU13..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post