Video diakhir entry..

Ulasan dari seseorang yang turut berada di London semasa debat diadakan ..
Sebenarnya, ketika menulis, saya baru pulang ke hotel dari forum anjuran badan mahasiswa UK dan Ireland (UKEC)- Projek Amanat Negara Edisi kesembilan, dan saya merasakan seolah-olah berjaya mengintai masa depan Malaysia.
Walaupun Forum Ekonomi Dunia (WEF) merupakan pengalaman manis, Projek Amanat Negara jauh lebih menarik dan tidak akan saya lupakan sebagai seorang warganegara Malaysia.
Apa boleh saya katakan tentang pengalaman ini? Sebuah badan mahasiswa Malaysia di UK yang teratur dan bijak (penuh semangat dan kegigihan)- telah berusaha bagi menyatukan suara pintar dari Malaysia untuk bersama dalam satu pentas wacana minda cukup membuka mata.
Pendek kata, kejayaan anak-anak muda Malaysia di perantauan ini berjaya memalukan generasi lebih tua di Kuala Lumpur, mereka yang berfikiran sempit dan takut akan keterbukaan. Golongan ini berpendapat, Malaysia masih tidak bersedia untuk bergerak ke arah demokrasi dan debat terbuka.
Ini disangkal oleh UKEC. Mereka membuktikan Malaysia, terutama generasi muda sudah bersedia untuk berubah dan kita sudah mampu menerima dialog terbuka, jujur walau ia sering kala hangat.
Walaupun bukan pakar dalam sesi perbincangan saya (keagamaan…), saya bersyukur mampu memberikan kontribusi kepada PAN bersama-sama dengan ahli panel lain seperti: Dr Carool Kersten, Zainah Anwar dan ahli politik Pas, Dr Dzulkefly Ahmad.

Namun, sesi kami cuma sekadar pemanas badan. Sememangnya semua yang hadir ternanti-nanti debat tentang dasar kerajaan antara dua pemimpin muda Malaysia - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Adakah sesi ini akan menjadi satu medan pertempuran sengit, dua pemimpin muda yang hebat? Kedua-dua mereka sememangnya diketahui umum sebagai “suara penyerang” parti masing-masing dan sering berbalas serangan di Twitterjaya. Tambah lagi, nama Rafizi kebelakangan ini sering meniti di bibir masyarakat berikutan serangan bertubi-tubi beliau terhadap kesongsangan dalam pentadbiran kerajaan.
Bagaimanapun, apa disajikan nyata meleset. Sesi tersebut jauh lebih baik, kedua-dua mereka berprestasi seperti negarawan ulung, berhujah dan berdebat, mematahkan serangan pihak lawan dengan akal, bukan tempikan.
Kedua-dua menjelaskan kedudukan politik mereka dalam beberapa isu dasar penting. Rafizi berjuang untuk perubahan politik manakala Khairy mempertahankan status quo (dengan reformasi). Tenang dan berbekal ketajaman minda, kedua-dua mereka memberi hujah-hujah bernas dalam menjelas dan mempertahankan pandangan akan isu-isu seperti akses kepada media, kebebasan berhimpun, hubungan antara kaum dan sistem percukaian.
Sepanjang 90 minit debat berlangsung, kedua-dua mengelak serangan peribadi, tidak kasar- hujah disampaikan secara bijak dan profesional. Dari cuba untuk memenangi markah politik yang mudah, dua ahli politik belia ini telah mengetepikan politik kepartian yang sempit.
Ternyata, pihak penganjur berfikir panjang dalam mengendalikan debat berformat ala debat pemilihan Presiden di Amerika Syarikat, untuk memperoleh impak maksima.
Sebagai seorang pemerhati politik, saya menyaksikan anjakan paradigma dalam politik Malaysia, di mana kedua-dua pemimpin itu berani tampil ke hadapan untuk menerangkan kedudukan politik mereka, berbincang tentang perbezaan pendapat secara terbuka- meninggalkan serangan politik remeh-temeh.
Melihat akaun Twitter sepintas lalu, ramai berkongsi pandangan saya- seperti telah saya tulis beberapa minggu lalu di ruangan ini- bagaimana ia adalah satu tragedi kepada Malaysia, bahawa debat seperti ini tidak boleh dianjurkan di Kuala Lumpur.
Ramai merasakan debat itu bukan sebahagian daripada budaya politik Malaysia- debat itu memecah-belah daripada menyatukan. Namun, debat antara Rafizi dan Khairy membuktikan mereka ternyata silap.
Ukec berjaya membuktikan orang muda mampu berkembang pesat jika tidak dibelenggu kawalan kepada kebebasan berfikir. Debat terbuka seperti di PAN akan menambah kepada kemajuan negara dan tidak akan membinasakan negara kita. Justeru, saya menyeru rakyat Malaysia untuk menonton rakaman debat ini menerusi akaun UKEC di Youtube.
Seperti dikatakan oleh Rafizi: “Tidak kisah pihak mana yang anda pilih. Apa lebih penting ialah anda kembali ke Malaysia- dan menyertai arus yang membawa perubahan.”
Tinggi harapan generasi kami supaya anak-anak muda ini mengambil nasihat itu - Karim Raslan
Full version sila lihat di link ini..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/02/video-khairy-jamaluddin-vs-rafizi-ramli.html

Debat beginilah yang kita nak tengok antara Anwar Dan Najib. Masing2 menyatakan kebenaran, bukan mencari salah antara satu sama lain.
ReplyDeleteTernyata Najib tak yakin dengan diri sendiri bila berdepan dengan public. Cuma berani bila depan penyokong sendiri atau depan pegawai2 kerajaan yang dipaksa hadir pada setiap majlis atas nama program kerajaan.
awat video xleh tgk ni...
ReplyDeleteBuat Yus..
ReplyDeleteSumber video dah ditukar.. tengoklah.
aku suka the part rafizi invited KJ to join PR...hehehehe...
ReplyDeleteLagi suka part KJ kata dia anti ISA dan dari gulongan pro reforms di dalam Umno. Pastu Rafizi harap KJ jadi Home Minister, kemudian Education Minister untuk bantu buat dan laksanakan reforms. Tak guna cakap anti ini, pro itu kalau tak ada pengaruh ke atas orang numero uno. Senak KJ tu........
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=fmP144ECssU&list=UUc53nnneHsazpoRBfbnaAYA&index=1&feature=plcp
ReplyDeleteSyabas KJ da Rafizi Lembu
ReplyDelete"Syabas KJ da Rafizi Lembu"
ReplyDeleteMasih ada lg mentaliti 'bahas kedai kopi' di kalangan penyokong umno padahal KJ sendiri berdebat dgn Rafizi secara gentleman tanpa menggunakan perkataan2 yg mencerminkan ketololan...wahai anon 8:48, didiklah diri anda sendiri utk berfikir dgn rasional & terbuka tanpa dipengaruhi sentimen yg ternyata sia-sia.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!