"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," kata Najib.
Bagi aku.. adalah satu pembaziran jika Malaysia atau pihak pengurusan Kilang memindahkan atau melupuskan sisa dari sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kesatu lokasi yang jauh.
Ini kerana pihak pengurusan terpaksa menanggung kos pengangkutan bagi menangkut sisa buangan tersebut ke lokasi yang akan ditetapkan oleh Najib.
Memandangkan Najib bersungguh-sungguh menegaskan bahawa apa yang diusahakan di kilang memproses nadir bumi Lynas itu tidak merbahaya apa kata jika sisa buangan tersebut dilunggukkan di Putrajaya?
Atau lebih tepat hantar saja sisa tersebut ke Sri Perdana dan Sri Satria iaitu kediaman PM dan TPM di Putrajaya.
Dari segi emosi dan juga psikoligi rakyat pasti akan lebih yakin jika Najib dan Muhyiddin sendiri sanggup menerima sisa buangan dari Lynas untuk dilunggukkan di hadapan kediaman mereka.
Buat lah taman atau apa yang patut... kalau boleh jadikan ia bukit, kemudian ajak semua penyokong-penyokong Lynas terutamanya dari Pulau Pinang mendakinya setiap hari..

*******************************************
Najib kelirukan rakyat kata Lynas tidak bahaya
KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isu Lynas adalah tidak munasabah dan membingungkan rakyat.
Menurut Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, kenyataan Najib mahu memindahkan bahan sisa (waste disposal) Kilang Lynas dari Gebeng adalah tidak berbaloi kerana ia tetap menjadikan negara ini sebagai tempat pembuangan sisa toksid negara-negara maju.
"Selain Najib mengatakan akan memindahkan lokasi pembuangan sisa ke tempat lain, beliau turut memberitahu bahawa sisa tersebut tidak merbahaya.
"Sekiranya tidak merbahaya kenapa perlu memindahkan tempat pembuangan sisa tersebut, ini amat mengelirukan rakyat," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.
Katanya lagi, kerajaan sememangnya mengetahui akan bahaya dan kemudharatan sisa toksid dari Kilang Lynas.
"PAS Malaysia merasakan ia hanyalah kenyataan retorik politik semata-mata untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan keputusan tanpa mengendahkan keselamatan rakyat.
"PAS memohon agar kerajaan tidak mengganggu kehidupan rakyat Malaysia dengan projek yang berisiko tinggi terhadap kesihatan, nyawa serta alam sekitar," katanya.
Zulkefly berpendapat Australia merupakan sebuah negara yang luas serta kawasan lapang dan gurun yang sesuai untuk projek berisiko tinggi itu.
"Kita berpendirian agar kerajaan menghantar balik sisa tersebut ke Australia dan bukan ke mana-mana lokasi di Malaysia.
"Selain itu kita juga menegaskan bahawa rakyat mahukan Kilang Lynas ini keluar dari Malaysia, dalam pada itu PAS akan terus memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat dari kerakusan kapitalis dan penyalahgunaan kuasa ahli politik," sambungnya.
Beliau yang turut menyatakan jika kerajaan masih meneruskan operasi Lynas, satu Himpunan Hijau 3.0 akan diadakan.
Selain itu juga beliau memberitahu, pendedahan akan dilakukan bagi memberitahu siapa yang sebenarnya di belakang projek Lynas itu sehinggakan kerajaan masih lagi mempertahankan pembinaan loji tersebut.
"Kita menyarankan kepada Najib agar lebih bertanggungjawab, isu Lynas ini menggambarkan kepimpinan yang tidak mengendahkan suara rakyat serta masa depan mereka dan negara," katanya.
Harakahdaily

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!