Wanita dikait kes khalwat Badrolamin tuntut fasakh



Sebelum itu.. faham betul-betul ayat nih.. "sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut."


Pemimpin PKR yang dituduh khalwat tu.. oleh kebanyakkan Blogger Pro UMNO.. berbagai cereka fitnah mereka sebarkan..

Tapi yang menghairankan kenapa hingga sekarang tiada tuduhan dikenakan terhadap mereka berdua?

Kalau ada kes.. hmmm.. awal-awal lagi Ustaz Badrolamin dan Zati Iwani didakwa..

Takkan Anwar dah bagi arahan kepada Jabatan Agama Islam Pahang supaya mengugurkan tuduhan kot.... Sebarlah fitnah lagi wahai pencacai UMNO..

Malang buat Ustaz Badrolamin disamping pencacai UMNO yang menyebarkan fitnah bagi menjatuhkan beliau ada juga barua-barua dalam PKR yang gembira dengan fitnah yang disebar itu..

Malah kalau boleh biar Ustaz tu tersungkur kerana fitnah itu, untuk mempertahan beliau jauh sekali dan ada juga yang minta agar tidak ditangkis fitnah dari Blogger UMNO itu..

Bolehkah manusia begini dipanggil 'Teman seperjuangan'??

Teman seperjuangan kepala hotak hang!!!

Wanita dikait kes khalwat Badrolamin tuntut fasakh

ROMPIN - Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan­ ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan.

Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu.

Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh,” katanya.

Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.

Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut.


Sinar Harian

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post