Penyanyi
terkenal tanahair Aishah yang dulunya merupakan seorang yang kuat menyokong
UMNO kini dilihat sudah mula tampil dipentas ceramah PAS.
Semalam
pula heboh diberitakan seorang lagi Artis popular tanah air telah menyertai
sebuah parti politik.
Artis
yang dimaksudkan itu adalah Dayangku Intan atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti
Tengku Abdul Hamid yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang”.
Borang permohonan
menyertai bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah diterima sendiri
oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung
Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.
Video wawancara dengan Dayangku Intan..
Video wawancara dengan Dayangku Intan..
Berikut adalah laporan dari Jalan Pulang
Di
celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang
berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu
"Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti
Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.
Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.
Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.
Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.
Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai 2007, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.
Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!