Alahai Najib.. Yang ini pun nak tiru Anwar juga ke?


Sekitar February lalu kerana kesakan lalulintas sepanjang kira-kira lima kilometer yang berlaku akibat sekatan jalanraya oleh pihak Polis, Anwar terpaksa membonceng Motorsikal untuk sampai ketapak ceramah di Kampung Mengkasar.

Sekalipun banyak sekatan polis dilakukan hingga menyebabkan sebahagian rakyat gagal tiba di lokasi ceramah, kira-kira 3,000 penduduk setempat sempat mengikuti amanat Anwar dan pimpinan lain.

Kampung Mengkasar kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasan Parlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semalam pula Blog-blog Pro UMNO menyiarkan pula gambar Najib membonceng Motorsikal untuk kelokasi pelancaran Sahabat BN anjuran Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia (Waris Malaya) di Dataran Transformasi Malaya, Jalan Kebun.


Alasan mereka ialah Najib terpaksa membonceng Motorsikal kerana kesesakan lalulintas yang berlaku untuk ke tapak pelancaran tersebut..

Bengong punya alasan… 

Setiap pergerakan Najib akan diiringi dan didahului oleh beberapa buah motorsikal Polis trafik yang akan memastikan perjalanan beliau kesesuatu majlis itu lancar.. Anwar tak ada pengiring rasmi.

Siapa yang berani menghalang akan kena saman.. cubalah halang.

Jika dikatakan Najib terpaksa membonceng motorsikal untuk kesesuatu majlis itu adalah satu percubaan untuk memperbodohkan rakyat sebenarnya..

Tulis sajalah Najib meniru aksi Anwar menunggang motorsikal untuk berjumpa rakyat kan lebih tepat..

Ni sekeping lagi gambar Najib meniru Anwar..


Ini pula sedikit gambar dari Majlis Sahabat BN




“Kita tak tipu, perubahan sebenarnya berlaku. Saya akan membentangkan rang undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Parlimen walaupun sudah berjasa selama ini.

“Siapa kata orang muda tak sokong BN. Bukankah Waris Malaya ini orang muda. Perhimpunan begitu ramai sejak pagi tadi, perhimpunan yang saya lihat gambaran lautan biru, putih dan merah adalah cerminan adalah manifestasi bahawa angin kencang bertiup di bumi Selangor.

“Angin kencang akan meranapkan sesiapa saja yang menolak perubahan dituntut rakyat Selangor yang ingin kembalikan BN di Selangor. Era reformasi sudah berakhir,” katanya.

Presiden Waris Malaya, Sheikh Whessal Sheikh Ahmad.
Dataran Reformasi?? sejak bila wujud dataran ni?
Najib Razak menyifatkan reformasi anjuran pembangkang yang mengumpulkan orang ramai terutama golongan muda di tepi jalan sudah berakhir dengan kesedaran ia menyusahkan rakyat.

Beliau berkata, reformasi yang dilaung-laungkan pembangkang diibaratkan berakhir dengan ‘baling kerusi’, malah kekecohan berlaku, termasuk dalam perhimpunan siri Bersih 1, 2 dan 3 menyusahkan rakyat.

Najib berkata, tindakan itu berbeza berbanding Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan transformasi untuk membangunkan rakyat Malaysia.

“Reformasi kumpul orang tepi jalan kerana konon nak jadi juara, tetapi sebenarnya menyusahkan rakyat, kalau nak kumpul, kumpul secara aman.

“Negara ini, bumi ini yang bertuah untuk siapa, bukan untuk kami (tapi) untuk anda semua yang muda-muda sebab itu kita bela.


Laporan dari myMetro
Gambar dari Darul Ehsan Today

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post