Kalau semalam Ketua Wira PERKASA telah memberikan amaran buat seluruh ummat Islam agar jangan menyertai BERSIH 3.0.. hari ini beliau memberikan amaran kepada Pak Samad Said pula..
Perasan sungguh Ketua Wira PERKASA ni.. apa dia rasa diri dia itu cukup dihormati atau amat ditakuti oleh rakyat Malaysia agaknya..
Dia berikan amaran tapi dia tak bagitahu tindakan yang kana dia ambil jika amarannya itu dilanggar.. mungkin jika amarannya itu dilanggar beliau akan menghimpunkan Ahli PERKASA di taman bunga sekali lagi kot..
Jangan jadi pengkhianat seperti Ambiga, kata Perkasa kepada Pak Samad
KUALA LUMPUR, 7 April — Sayap pemuda Perkasa mendakwa pemimpin Bersih 2.0 menggunakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menarik lebih ramai umat Islam dan pelajar menyertai perhimpunan pada 28 April ini.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata “Pak Samad” telah menjadi seorang pengkhianat bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan mengingatkan penulis berusia 76 tahun agar jangan mengorbankan kepercayaan hanya kerana seorang wanita.
“Samad Said, jangan jadi pengkhianat kepada negara. Ia amat jelas siapa Ambiga... Saya berdiri teguh dalam keyakinan saya bahawa beliau anti-Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam Irwan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa.
Beliau juga mengkritik Pak Samad ekoran penglibatannya, berkata ia sesuatu yang “malang” apabila individu yang diangkat sebagai ikon negara dalam bidang seni dan kesusasteraan tidak berkalakuan bijak.
“Jangan anda berani mencuba menarik penglibatan pelajar, Samad said. Jangan menjadi seorang pengkhianat,” katanya.
“Anda seorang umat Islam. Anda perlu tunjukkan anda tidak menyokong Ambiga. Anda sepatutunya mempertahankan Islam.
“Jangan memecahkan orang Melayu... hari ini anda mempunyai orang Melayu yang menyokong PAS, PKR dan Umno.
Beliau menambah bahawa sokongan terbuka Ambiga terhadao satu penganjuran program seperti Seksualiti Merdeka yang merupakan bukti Ambiha tidak menghormati Islam.
Seksualiti Merdeka bukan sahaja menentang kepercayaan Islam tetapi juga mementang Kristian. Jadi ia menunjukkan beliau seorang pengkhianat kepada agama,” katanya.
Irwan menggesa komuniti Melayu untuk berada di rumah pada 28 April dan bersabar menunggu pilihan raya umum ke-13 jika mereka benar-benar mahu menunjukkan kemarahan terhadap kerajan.
“Tunggu Parlimen dibubarkan,” katanya.
Semalam Pak Samad berkata persoalan tentang agama dan bangsa tidak timbul dalam perhimpunan itu.
“Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih.
“Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?” katanya.
Tambah Pak Samad: “ Sesiapa yang boleh membantu meningkatkan demokrasi, sama ada Kristian atau Islam.”
Pada Rabu lalu Bersih 2.0 mengumumkan cadangan mengadakan himpunan ketiga menuntut pilihan raya bersih dan adil, mengatakan walaupun kerajaan berjanji melakukan reformasi tetapi usaha ke arah itu kurang meyakinkan.
Pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan yang menyaksikan lebih daripada seribu ditahan, ramai tercedera dan kematian seorang bekas tentera.
Ekoran tindakan ganas pihak berkuasa, kerajaan dikritik di peringkat antarabangsa, membawa kepada Akta Perhimpunan Aman tahun lalu dan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.
The Malaysian Insider
hahaha!!ketua wira lembu tlh bersuara,kalo dah lembu lembu leh jugak,hahaha!!!lembu kalo di cucuk idung mau jugak ikut kate,hahaha!!tp ketua wira lembu ni spesis dah kne penyakit kuku dan mulut,hahaha!!!tk bleh nk berubat dah,hahaha!!!tunggu nk mampos je,hahaha!!!irwan ketua gerombolan lembu kak jat,hahaha!!!
ReplyDeleteHahahaahah..Nama saja ketua wira tapi telor tak ada. manusia mempunyai berbagai pendirian dan berbagai pendapat. Kalau nak bodek pun berpada-padalah, jangan jadi macam ketua perkasa. Kalau telor kecut duduk saja kat rumah jangan nak pengaruh orang lain.
ReplyDeletenampak gaya ada lagi yg cuba berlakon mati lagi, guling2 atas jalan. Ada yg berlakon sempot sampai mcm nazak nak mati, yg pasti cina2 jln sekerat jalan dan biarkan melayu2 lembu ni menjerit2 macam kera kena belacan. Ckplah apa shj, jenis puak2 ni kalau dah nabi palsu dia suara,semua menonong kelaur kandang. Dah mmg jenis ketinggalan serba serbi..
ReplyDeletesibelang ni adalah jenis lembu gila! heeee.. semua dicarutnya. tak berkaitan langsung dgn isu bersih. nabi palsulah, guling2lah, apa2lah kau lembu! kahkahkah
DeleteSalam,
ReplyDeleteaku ke MIHAS td.ada lebih kurang 300 gerai pameran produk halal.
Sedih bukan,ada kurang 15% gerai milik bumiputra islam milik rakyat malaysia.kebanyakan produk hala didominasi olh syarikat bukan bumiputra/islam yg menggunakan jenama ala ala islamik.
Berbual dgn isteri,kenapa hal ini terjadi.adakah sewa tapak gerai yg mahal?atau syarikat produk halal bumiputra tiada daya saing dan kekurangan dana.jika produk bumiputra yg ada pun di MIHAS td,lebih kepada produk minuman kopi pra campuran/herba.
Perkara seperti ini sepatutnya para ngo spt PEKIDA dan PERKASA mahupun UMNO sendiri perjuangkan.bukan perbodohkan mereka dgn sandiwara semusim dipilihanraya.
Allahuakbar, satu kenyataan terbaik dr anda!
Deletebelang,
ReplyDeleteaku kurang paham apa ko nak sampaikan.
bagi pencerahan please?
puak2 lembu= puak2 gigih sokong shahrizat lembuu?
nabi palsu= Najib Razak? sebab dia maksum dari segala segi, sebab tu kebal tindakan undang2?
setakat yg aku paham larr
huhuhuhuhu
Sapa yang mula2 menyokong Seksualiti Merdeka... Jawapannya Rancangan Wanita hari ini TV3 suku
ReplyDeletedari zaman dulu org yg lawan penjajah digelar pengkianat mcm mat kilau dan sebagainya.bila bjaya merdeka baru diangkat hero.dituduh pengkianat sbb x sebulu dgn boneka mat saleh.mcm skrg ni gak.padahal aku rasa pemimpin umno dulu pn masa mat saleh,diorang keje dgn mat saleh.masa jepun keje dgn jepun.tu yg kate pejuang merdeka dan bkn pengkianat?mcm gerakan BERSIH ni cuma nk undi yang telus.bkn nk benda laen pn.tp masalahnya,diorang berani sgt sbb tiada tindakan keatas diorang.klu org pr lawan,diorang ckp kita ganas.padahal diorang datang kacau membabibuta.masa chua soi lek ckp mcm2 dulu ttg islam,puak ni diam je
ReplyDeletehttp://princeofpilah.blogspot.com/2012/04/pegawai-informasi-ditangkap-menipu.html
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!