Apa kejadahnya Kerajaan UMNO/BN bagi subsidi kepada Kilang Tepung nih?


Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Kerajaan UMNO/BN telah menghabiskan sekitar RM50Juta setahun untuk memberikan subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am Bungkusan 25kg kepada Pengusaha dan Pengimpot Tepung.

Ini kerana subsidi tepung gandum kegunaan am bungkusan 25 kilogram kepada pengguna sudah tidak lagi relavan memandangkan kebanyakkan pengguna kini memilih untuk membeli tepung gandum dalam pek 1 kilogram. 

Berikut adalah e-mail dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia tentang perkara ini..

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebentar tadi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) & gabungan NGO-NGO bersekutu telah menyerahkan Memorandum kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan berhubung Desakan Kepada Kerajaan Agar Menghapuskan Subsidi Bagi Tepung Gandum Kegunaan Am Bungkusan 25kg Yang Diberikan Kepada Pengusaha & Pengimpot Tepung.

Perkara ini dituntut sesuai kepada beberapa asas pertimbangan dan rasional seperti berikut:

1. Pemberian subsidi ini dilihat tidak menepati matlamat asalnya untuk meringankan bebanan rakyat sebaliknya menguntungkan pengusaha & pengimpot tepung terutamanya syarikat seperti FFM Berhad yang menerima lebih dari 50% keseluruhan subsidi yang bernilai RM 137,000,000.

2. Subsidi tepung gandum kegunaan am bungkusan 25 kilogram kepada pengguna sudah tidak lagi relavan memandangkan kebanyakkan pengguna kini memilih untuk membeli tepung gandum dalam pek 1 kilogram. Bermakna, subsidi yang bernilai kira-kira RM 82,000,000 ini dimanipulasi oleh pengusaha & pengimpot.

  3. Pemberian subsidi sia-sia ini membebankan Kerajaan dan menunjukkan tiadanya ketelusan & etika sebahagian pengusaha & pengimpot tepung.  Perkara ini telah berlanjutan sejak bertahun lamanya. Kerugian dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit bagi pemberian subsidi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

 4. Adanya pengusaha & pengimpot tepung seperti FFM Berhad yang memiliki kilang roti dan bakeri, ini membolehkan pihak FFM Berhad secara mudah memanipulasi subsidi ini dan membolehkan mereka menekan pesaing industri roti & bakeri dengan menawarkan harga yang lebih murah kepada pengguna.

5. Menggesa agar kerajaan melihat serta mengkaji semula subsidi yang disyaki disalahgunakan oleh pengusaha dan pengimpot tepung yang telah mengakibatkan kerugian Kerajaan.

Jika desakan ini dilaksanakan, kerajaan akan menjimatkan kira-kira RM 50,000,000 setahun daripada terus disalahgunakan oleh pengusaha & penimpot yang tidak bertanggungjawab. Penjimatan subsidi ini juga membolehkan jumlah tersebut disalurkan kepada sektor lain untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

Kami berharap agar perkara ini dapat disebar serta dikongsikan dengan para pengguna. Turut disertakan kenyataan akhbar, memorandum yang diserahkan serta gambar-gambar sekitar majlis.

Sekian. Terima kasih

"Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana"

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post