KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai masalah membenarkan
perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan selagi penganjur mematuhi Akta
Perhimpunan Aman 2011 dan berjanji tidak akan menimbulkan sebarang
gangguan kepada orang ramai.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kebenaran itu diberikan atas semangat akta yang baru digubal itu.
Bagaimanapun,
Hishammuddin menasihati pihak penganjur supaya menggunakan kaedah yang
betul dan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
"Saya
hendak mencadangkan bahawa penganjur perlu bekerjasama dengan pihak
polis untuk menentukan tempat yang sesuai bagi perhimpunan-perhimpunan
itu supaya ianya memberi jaminan perjalanan orang ramai yang hendak
pergi kerja dan sebagainya tidak terganggu dan bersesuaian mematuhi Akta
Perhimpunan Aman yang telah kita bentang dan luluskan," ujar
Hishammuddin.
"Kerajaan tidak akan menghalang
perhimpunan BERSIH 3.0 ini selagi ia tidak bercanggah dengan
undang-undang yang telah pun digubal dan diluluskan oleh Parlimen,"
katanya pada sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini.
Akta
Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang
diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011 bagi mengawal perhimpunan
awam di Malaysia.
Kata benarkan.. tapi kenapa sudah ada tangkapan?
Gambar di atas adalah gambar saudara Mohamad Karim dari Perak ditahan di Pudu Raya kira2 jam 12.00 tadi kerana memakai baju kuning Bersih. Beliau telah dibawa ke Pondok Polis untuk diambil keterangan.
Sumber gambar dari ( SINI )
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!